Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Sunday, August 22, 2010

Walcott Dapat Pujian Wenger

 Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya pasukannya mula merasai keuntungan hasil keputusan pengurus, Fabio Capello untuk tidak menyenaraikan Theo Walcott dalam skuad England ke Piala Dunia di Afrika Selatan.
Kelmarin, penyerang muda Arsenal itu mencatat hatrik membantu kelabnya mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Blackpool di Stadium Emirates dan tiga gol lagi menerusi Andrey Arshavin, Abou Diaby dan Maraouane Chakhmakh.
Wenger percaya penyudah hebat Walcott dan corak permainannya membuktikan pemain berusia 21 tahun itu semakin matang dan berazam melupakan kekecewaan Piala Dunia.
“Dia (Walcott) semakin pantas dan tajam dan saya suka melihat cara dia menjaringkan gol dengan pelbagai gaya.
“Dia bermain dengan kepantasan yang tinggi dan tidak mudah untuk membuat keputusan yang betul dan dia telah membuktikan dia mampu melakukannya,” kata pengurus Arsenal itu.
Walcott mempunyai rehat yang cukup sejak berakhirnya musim lepas dan mengembalikan kecergasan selepas dihantui kecederaan sejak dua musim lepas.
“Dia semakin bagus selepas direhatkan dan mempunyai persediaan yang baik untuk beraksi setelah sekian lama terpinggir.
“Kita semua dapat melihat ketajaman dan persediaan Walcott jika dia tidak dilanda kecederaan atau pulang lewat dari perlawanan antarabangsa,” kata pengurus kelahiran Perancis itu.
Wenger menegaskan, Walcott berazam untuk membuktikan Capello membuat keputusan salah selepas pengurus Itali itu terlepas pandang kemampuan Walcott.
Katanya, penyerang memakai jersi nombor 14 itu sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan memandang positif untuk mengatasi cabaran.
“Pada usianya, (rentak) pemain biasanya baru bermula dan dia perlu mempunyai sikap yang bagus serta mengelakkan diri dilanda kecederaan,” kata Wenger.
Wenger turut gembira dengan kemenangan selesa itu yang menyaksikan Cesc Fabregas membuat penampilan pertama sejak menyatakan kesetiaannya kepada kelab.
Bos Arsenal itu juga yakin untuk mendapatkan seorang lagi pemain sebelum tarikh perpindahan ditutup.
Penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer kekal menjadi pemain sasaran Wenger walaupun Fulham memberikan reaksi kurang senang minggu lepas selepas menerima tawaran kedua dari Arsenal sejak Mei lepas.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...