Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Wednesday, August 4, 2010

Bunyamin Rehat 5 Bulan

Pemain tengah Selangor, Mohd. Bunyamin Umar terpaksa melupakan aksi Piala Malaysia, setelah disahkan mengalami kecederaan ligamen lutut kanan.
Bunyamin baru sahaja menjalani pembedahan pada 28 Julai lalu.
Tambah memeritkan, doktor yang membuat rawatan di Majlis Sukan Negara (MSN) menasihatkan pemain itu berehat lima bulan, kerana ligamennya disahkan putus.
Kecederaan itu turut meranapkan peluangnya bermain bersama skuad Bawah 23 kebangsaan ke Sukan Asia dan Piala AFF Suzuki.
Bunyamin mengalami kecederaan tersebut ketika menentang Pulau Pinang pada 17 Julai lepas di Stadium Shah Alam, yang menyaksikan Selangor menang 3-0.
Musim ini, jurulatih Selangor, K. Devan banyak menggunakan khidmat Bunyamin yang digandingkan dengan Mohd. Amri Yahyah dan Hardi Jaafar di bahagian tengah.
Jelas Bunyamin, dia kecewa kerana terlepas peluang beraksi pada Sukan Asia dan Piala AFF Suzuki.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...