Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Saturday, August 14, 2010

Giggs Bela Beckham

 Pemain sayap Manchester United, Ryan Giggs membela bekas rakan sepasukannya, David Beckham supaya terus berjuang untuk masa depannya dalam skuad kebangsaan England.
Pengurus skuad Three Lions, Fabio Capello meminta pemain Los Angeles Galaxy itu supaya melupakan hasratnya untuk beraksi di peringkat antarabangsa.
Di sebalik keputusan tersebut, bekas legenda United itu digesa supaya jangan bersara dari peringkat antarabangsa, sebaliknya meneruskan perjuangan merebut tempat dalam skuad kebangsaan England.
Bercakap kepada Sky Sports News, Giggs menegaskan, Beckham harus diberi peranan untuk beraksi dalam pusingan kelayakan Euro 2012.
Kata: "Berita ini pasti amat mengecewakannya, kerana saya tahu dia amat sayangkan negaranya.
"Setakat yang saya tahu, tiada siapa di dunia yang mampu melakukan hantaran lintang setepat yang dia lakukan, memberikan kemenangan kepada pasukan menerusi sepakan bebas, dia pemain yang hebat.
"Memang mengecewakan, tetapi dia pernah melaluinya, saya pasti dia akan kembali dengan lebih gagah.
"Capello berkata, selagi dia menjadi pengurus, Beckham tidak akan beraksi dalam perlawanan kompetitif, tetapi sasaran utama Beckham ketika ini ialah cuba untuk cergas dan beraksi dengan Los Angeles Galaxy."
Pada usia 36 tahun dan akan memulakan kempen ke-19 Liga Perdana England, Giggs tidak menunjukkan tanda-tanda dia takutkan usianya yang kian meningkat.
Tegasnya, dia hanya beraksi seperti biasa pada setiap musim baru dan belum ada permintaan supaya dia bersara.
"Sejak empat atau lima musim lalu, saya melalui tempoh saingan liga. Saya mahu menikmatinya, saya lebih gembira sekarang berbanding lain-lain waktu di sepanjang karier,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...