Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, August 10, 2010

Azam Cole Untuk Liverpool

Kegagalan Liverpool mencatat kejayaan sejak beberapa musim ini disedari oleh bintang barunya, Joe Cole.
Dalam tempoh empat tahun sejak Steven Gerrard menjulang trofi Piala FA buat kali terakhir pada 2006, Chelsea, skuad yang dinaungi Cole sepanjang tempoh tersebut sudahpun merangkul gelaran Liga Perdana, dua Piala FA dan Piala Liga.
Kini, bintang tengah England itu barazam membantu kelab barunya memahat kejayaan dan bukan meratapi musim suram.
Selepas menamatkan tujuh musim di Chelsea, Cole amat bersemangat untuk mengulangi kejayaan yang pernah dikecapi ketika di London bersama Liverpool di bawah bimbingan Roy Hodgson.
"Sebaik melihat gambar-gambar di galeri, saya tahu anda mahukan lebih daripada itu. Kelab ini dibina atas kejayaan.
"Saya dapat merasakan keghairahan Liverpool, mereka dahagakan kejayaan dan ia adalah motivasi yang baik untuk memburu kejuaraan.
"Sebaik saya melangkah kaki ke tempat ini, saya sudah mula menyukainya dan saya percaya ada sesuatu yang istimewa di sini. "Saya pernah menjadi pemain terbaik bersama Chelsea dan saya bangga kerana meninggalkan mereka untuk menyertai sebuah kelab besar seperti Liverpool,'' ujar Cole.
Selepas dibelenggu kecederaan pada dua musim terakhir di Stamford Bridge, karier hebat Cole seakan mati di bawah jurulatih, Carlo Ancelotti musim lalu. Malah, dia hampir terlepas tiket ke Piala Dunia sebelum dibawa masuk pada saat akhir.
Cole dijangka memegang watak pembantu kepada bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres, kombinasi yang amat menarik.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...