Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, August 10, 2010

6 Aksi Persahabatan Uji Pasukan Selangor

Enam perlawanan bola sepak persahabatan disajikan buat juara Liga Super 2010, Selangor sebagai memastikan mereka di tahap kecergasan yang dikehendaki menjelang kempen Piala Malaysia, sekalipun majoriti pemain bakal menjalani ibadah puasa selama sebulan.
Tanggal 14 September yang membuka tirai Piala Malaysia juga tidak dianggap tidak terlalu jauh dan oleh dilengahkan. Jurulatih Selangor, , K. Devan sudah menetapkan kelab Sime Darby sebagai lawan Gergasi Merah itu di Stadium Shah Alam dalam persahabatan sulung mereka, Sabtu ini.
"Seterusnya kami akan menentang Sengkang Punggol Singapura pada 19 Ogos; Perak (21 Ogos) dan Johor FC (4 September), selain Pahang dan Kuala Lumpur pada tarikh yang bakal diputuskan dengan kesemuanya di gelanggang sama," katanya.
Devan yang ditemui pada majlis makan tengah hari anjuran kerajaan negeri bagi meraikan kejayaan Merah Kuning mempertahankan gelaran Liga Super di sini, semalam, menambah: "Sepak mula bagi siri persahabatan itu mungkin diadakan sama ada pada jam 9.30, 9.45 atau 10 malam.
"Latihan persediaan Piala Malaysia ditunda ke sebelah malam dengan satu sesi sahaja bagi membina semula stamina. Lawan kami dalam aksi persahabatan adalah pasukan yang tidak akan kami temui di peringkat awal hingga suku akhir pada Piala Malaysia nanti," katanya.
Selangor yang diundi dalam Kumpulan D bersama dua pasukan Liga Super, Perlis dan T-Team, selain juara Liga Perdana 2010, Felda United cuba memburu gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah, walaupun sudah kempunan Piala FA.
Kata Devan: "saya sentiasa mengingatkan pasukan bahawa Piala Malaysia merupakan pertandingan yang berbeza dengan Liga Super dan Piala FA. Mereka tidak boleh mengambil mudah dan perlu menggandakan usaha untuk mendapat hasil yang terbaik."
Musim lalu, Selangor dihampakan oleh Terengganu menerusi penentuan penalti pada suku akhir kedua di Kuala Terengganu biarpun menjadi pilihan untuk melengkapkan tiga gelaran di samping Liga Super dan Piala FA.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...