Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Wednesday, August 18, 2010

United Benam Newcastle

Jaringan Dimitar Berbatov, Darren Fletcher dan Ryan Giggs membantu Manchester United menewaskan Newcastle United 3-0 sekali gus memberi peringatan terhadap saingan mereka pada musim ini.
United menguasai perlawanan terhadap juara divisyen dua musim lepas itu, tatkala Wayne Rooney terus dilanda kemarau gol sejak kali terakhir merobek gawang menentang Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara, Mac lalu.
Berbatov membuktikan dirinya masih bernilai apabila menyumbat gol pertama pada setengah jam permainan hasil lorongan cantik daripada Paul Scholes dan Fletcher menambah gol kedua pada jarak dekat sebelum tamat babak pertama.
Pemain gantian, Ryan Giggs melebarkan jurang apabila menjaringkan gol ketiga melalui sepakan voli menarik lima minit sebelum tamat perlawanan, sekali gus melebarkan rekodnya.
Skuad bimbingan Alex Ferguson itu memulakan kempen dengan kemenangan bergaya untuk merampas semula kejuaraan setelah Chelsea menamatkan tiga tahun berturut-turut kejuaraan United musim lepas, dibezakan oleh satu mata.Bermain di Old Trafford, peluang Newcastle untuk menguasai perlawanan jelas sukar apatah lagi meletakkan penyerang tunggal, Andy Carroll.
Serangan United bermula menerusi sepakan lencong Rooney tetapi melambung tinggi sekali gus melegakan pelawat yang bertindak-balas selepas itu, namun tandukan Carroll tersasar.
Tuan rumah terus mengasak dengan percubaan jarak jauh Nani yang turut tersasar.
Newcastle turut mengancam sekali-sekala melalui rembatan Carroll dari luar kotak penalti tetapi dinafikan penjaga gol, Edwin van der Sar.
Setelah setengah jam bermain, United berjaya mendahului apabila Valencia merampas bola dari Jonas Gutierrez sebelum John O'Shea menghantar kepada Scholes sebelum disudahkan Berbatov.
Red Devils menggandakan gol sebelum waktu rehat hasil gerakan cantik Nani dan Evra untuk melorong bola rendah kepada Rooney, namun Fletcher pantas menolak bola ke dalam pintu gol.
Carroll mencuba nasib sekali lagi dari jarak jauh selepas gol kedua United tetapi gagal menggugat Van der Sar.
Kombinasi dua pemain veteran, Scholes dan Giggs membuktikan kelas tersendiri United apabila hantaran kemas Scholes disambar Giggs dengan sepakan voli menewaskan Harper.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...