Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Friday, July 30, 2010

Impian Gila City


Read more... WAJARKAH Manchester City dicemburui pada musim ini? Membawa masuk beberapa pemain berkelas dunia seperti David Silva, Yaya Toure, Jerome Boateng dan Aleksandar Kolarov menjadikan kelab tersebut kelihatan amat kuat untuk menghadapi musim baru.
Keempat-empat pemain itu dibeli oleh City dengan kos 74 juta Pound (RM 369.2 juta) dan merupakan paling tinggi berbanding kelab-kelab lain di Liga Perdana England (EPL).
Dengan Mario Balotelli, Edin Dzeko dan James Milner yang kian hampir ke Eastlands, pengurusnya, Roberto Mancini pasti tersenyum riang melihat senarai penuh skuad City dalam usaha mencabar prospek kejuaraan EPL.
Formula 'mi segera' yang dicuba oleh City mungkin akan memberi manfaat dalam menguatkan peluang kelab itu menyertai kelompok elit bersama Chelsea dan Manchester United namun ia akan bertukar sebaliknya jika Mancini gagal.
Andai kata pengurus berbangsa Itali gagal melepasi sasaran minimum seperti mendapat salah satu slot ke Liga Juara-Juara pada 2011 atau membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan, Mancini mungkin bakal mengikut jejak langkah bekas pengurus, Mark Hughes.
Apa yang jelas, pemilik City, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan mahu mencari jalan pintas meraih kejayaan dengan sanggup melaburkan wang beratus jutaan pound semenjak tahun lalu dan Mancini semakin tertekan memenuhi cita-cita jutawan tersebut.
Tidak keterlaluan mengatakan impian 'gila' City banyak menimbulkan perasaan iri hati para peminat Chelsea, Manchester United, Arsenal, Tottenham Hostpur dan Liverpool kerana pasukan mereka tidak dapat berbelanja sehebat kelab Eastlands itu.
Tetapi, City belum tentu boleh menjadi pilihan mencabar kejuaraan liga kerana kriteria menjadi sebuah pasukan juara buat pasukan tersebut belum kelihatan jika diperhatikan secara mendalam.
Antara persoalan yang timbul antaranya adakah Mancini mampu mengadunkan pemain-pemain berprofil tinggi yang dimilikinya?
Mungkin kehadiran ramai pemain bintang berkenaan pula boleh memberi kesukaran kepada Mancini kerana mereka semua belum tentu boleh menyesuaikan diri di EPL dan mendapat keserasian dengan pemain sedia ada.
Mancini telah menyatakan perancangannya melakukan polisi penukaran pemain pada sepanjang musim ini kerana meletakkan sasaran memenangi semua kejohanan yang mereka sertai.

Vuvuzela Dikecam Atau Di Ingat?


Read more...
RUMAH sudah siap pahat masih berbunyi, itulah nasib malang yang menimpa negara tuan rumah Piala Dunia 2010, Afrika Selatan, selepas berjaya menganjurkan kejohanan bola sepak terulung. Antaranya alat muzik vuvuzela masih hangat diperdebatkan.
Lebih malang ada yang tidak mahu alat muzik itu dibawa masuk dalam stadium apabila bermulanya liga bola sepak di Eropah dan ada juga negara Islam yang mengisytiharkan ia haram.
Pasukan Liga Perdana England (EPL),Tottenham Hotspur melarang penggunaan vuvuzela di White Hart Lane, kerana bunyi bising trompet plastik itu boleh mengganggu keselamatan awam.
Larangan oleh kelab EPL itu terhadap penggunaan trompet panjang plastik berkenaan dibuat selepas berunding dengan pihak polis setelah begitu banyak pihak yang mengecam penggunaan trompet tersebut pada Piala Dunia di Afrika Selatan.
Sebelum ini polis Cyprus mengumumkan bahawa mereka akan merampas vuvuzela yang di bawa masuk ke dalam stadium negara itu kerana plastik yang terdapat pada penghujung vuvuzela itu dianggap terlalu bahaya kepada keselamatan orang ramai.

Polis berkata pengumuman itu turut termasuk ketika perlawanan Piala Europa dan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah yang membabitkan kelab dari Cyprus.

Nasib Fabregas Bersama Barca Masih Kabur


Read more... Masa depan Cesc Fabregas masih belum dapat dipastikan, sama ada kekal bersama Arsenal atau kembali ke bekas kelabnya, Barcelona.
Malah, dia sendiri tidak memberikan jawapan muktamad.
Ketua pasukan berusia 23 tahun itu dipantau oleh kelab Catalan itu sejak sekian lama, namun Arsenal menolak bidaan juara La Liga itu, termasuk tawaran 29 juta pound (RM 144.2 juta) bulan lalu.
Dalam sesi perbualan dengan majalah dari Catalan, Fabregas berkata : ''Saya adalah penyokong Barcelona, saya merupakan ahli penyokong kelab itu.
''Saya mempunyai darah Barca sejak muda lagi, saya adalah orang Catalan.
''Bagaimanapun, saya adalah ketua pasukan Arsenal, saya merupakan pemain Gunners. Saya telah menjadi pemain yang matang di sana,'' kata Fabregas.
Pemain tengah itu, yang merupakan anggota skuad juara Piala Dunia Sepanyol, menyarung jersi Barca selepas 'dipaksa' rakan sepasukan, ketika meraikan kejayaan pasukan itu di Madrid.
Persoalannya, adakah dia akan menyarung jersi Barca selepas ini terus menjadi subjek perhatian.
Arsene Wenger berkata, dia tidak berniat menjual Fabregas dan pemain itu mempunyai hubungan rapat dengannya.
Fabregas menyertai Arsenal ketika berusia 16 tahun pada tahun 2003 dan mengalami proses kematangan di kelab itu.
Dia membuat 267 penampilan serta menjaringkan 48 gol dalam semua pertandingan.
''Dia umpama ayah kedua saya, orang paling penting kepada selepas ayah saya.
''Dia mempunyai sikap baik dengan saya dan menganggap saya seolah-olah seperti anak sendiri. Saya merupakan sebahagian daripada keluarganya.
''Dia tidak mahu saya meninggalkan Arsenal. Dalam perbualan terakhir dengannya di London, ia merupakan saat paling sukar dalam pengalaman hidup saya. Saya berasa cukup sedih,'' kata Fabregas.

Peminat Tangisi Pemergian Maradona


Read more... Pemecatan Maradona sebagai jurulatih Argentina, ditangisi sebahagian besar peminat legenda dunia itu, walaupun prestasinya jauh lebih teruk berbanding persembahannya ketika bergelar pemain.
Maradona mengkritik Presiden Bola Sepak Argentina (AFA), dengan tuduhan berkonspirasi menyingkirkannya.
Namun, peminat berpendapat Maradona harus diberi peluang membuktikan keupayaannya, walaupun tersingkir pada Piala Dunia.Impian tinggi Maradona memenangi Piala Dunia sebagai jurulatih berakhir, selepas dibelasah Jerman 0-4 pada suku akhir
Peminat mendakwa Maradona 'ditikam dari belakang' dan dia tidak diberikan layanan sewajarnya ketika menguruskan pasukan.

Skuad Bola Sepak Bawah Negara Kecundang


Read more... LEWAT mendapat rentak permainan membawa padah kepada skuad bawah 13 negara apabila tewas 2-1 kepada tuan rumah, Indonesia 1 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan A kejohanan bola sepak Piala Asean Yamaha 2010 di Stadium Soemantri Brodjonegoro, Jakarta semalam. Skuad bimbingan Annuar Abu Bakar kini perlu bangkit pada perlawanan kedua menentang Vietnam 1 hari ini, dengan keputusan seri sudah cukup membawa barisan muda negara ke separuh akhir. Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-16 melalui rembatan jarak dekat Muhammad Mulyarman sebelum Malaysia menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang disempurnakan Muhammad Amirul Muhammad bagi menyamakan kedudukan di separuh masa kedua.Bagaimanapun tiga minit sebelum tamat permainan, tuan rumah pula dianugerahkan sepakan penalti selepas pemainnya dijatuhkan pertahanan negara di dalam kotak penalti bagi memberikan gol kemenangan.

Red Giant Terdesak Buru Tiga Mata Berharga


Read more... KEPUTUSAN seri mungkin memadai, namun K Devan tidak mahu mengambil risiko apabila tetap menurunkan barisan terkuatnya demi memastikan tiga mata penuh bagi mengesahkan gelaran liga buat Selangor untuk dua musim berturut-turut. Berdepan Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini, satu mata dilihat mencukupi untuk melintasi garisan penamat di depan Kelantan berdasarkan perbezaan gol tetapi kemenangan akan memuktamadkan keputusan sekalipun Red Warriors memenangi baki dua perlawanan.
“Perbezaan gol kami adalah lebih baik daripada Kelantan, dengan kami memiliki kelebihan enam gol berbanding mereka,” kata pengendali Selangor yang kembali di bangku simpanan selepas penggantungannya tamat ketika perlawanan menentang Pulau Pinang, 17 Julai lalu.

“Namun kami akan bertemu Kedah pada perlawanan terakhir dan sebarang keciciran mata akan membuka peluang buat Kelantan yang berdepan Johor FC dan kemudian T-Team.

“Saya mahukan anak buah mengekalkan fokus sepanjang 90 minit esok (malam ini),” katanya yang kini memasuki musim keduanya bersama Gergasi Merah.

Kecuali pertahanan kebangsaan, Bunyamin Omar yang direhatkan berikutan kecederaan lutut, Devan memiliki skuad penuh untuk dipilih berdepan dengan pasukan pertama yang menghadiahkan kekalahan buat pasukan itu pada awal musim, 4-0 ketika bertandang ke Kuala Terengganu.
Namun, Devan juga mahukan anak buahnya untuk tidak memikirkan mengenai sebarang habuan kerana pihak pengurusan akan hanya mengumumkannya selepas menyempurnakan misi mereka.

Langkah Bijak Malaysia Dan Indonesia


Read more... Malaysia dan Indonesia merancang untuk mewujudkan Liga Bolasepak ASEAN, bagi mempertingkatkan lagi standard sukan itu di kalangan negara anggota di rantau ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sebelum ini negara anggota ASEAN hanya bertanding secara karnival pada Kejohanan Piala Tiger atau Pestabola Merdeka, tetapi kini hanya pada temasya Sukan SEA.
"Saya percaya liga peringkat Asia Tenggara ini mampu mempertingkatkan lagi mutu bola sepak di rantau ini," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya dari Indonesia, Dr Andi A Malarangeng, di sini, kira-kira 270km dari Bandung.
Ahmad Shabery kini berada di Bandung untuk menyertai kejohanan golf amal Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Temasya Sukan Bandung, yang bermula esok.
Temasya Bandung merupakan acara sukan yang bertujuan merapatkan hubungan di kalangan 6,000 mahasiswa Malaysia, yang berada di 17 daerah di Indonesia dan akan diadakan di Bandung dari 8 hingga 10 Oktober.
Ahmad Shabery berkata, Indonesia yang bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk mewujudkan Liga ASEAN akan mengemukakannya kepada Menteri-menteri Asean yang lain ketika temasya Sukan Olimpik Remaja di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos ini.
Sementara itu, Dr. Andi berkata beliau percaya kewujudan Liga ASEAN mampu membawa pembaharuan kepada pasukan di rantau ini.

Wednesday, July 28, 2010

Selangor Gembira Kelantan Semakin Terseksa


Read more... SELANGOR kini hanya selangkah daripada menjulang trofi Liga Super selepas mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas T-Team sambil Kelantan terus menghambat pendahulu dengan kemenangan di laman sendiri selepas membelasah KL Plus 4-1, malam tadi. Berbaki dua perlawanan, Red Giant terus mengekalkan kelebihan lima mata di puncak liga dengan sekadar mengharap keputusan seri dalam perlawanan berikut ketika pencabar terdekat mereka bergelar Red Warriors memerlukan tiga mata untuk terus bersaing. Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan yang mengharapkan kemenangan berjaya menghasilkan gol hasil jaringan Azizi Mat Ros (m-15), Indra Putra Mahayuddin (m-56), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-62), dan Mohd Nor Farhan Muhd (m-86) manakala gol tunggal KL Plus hasil jaringan Rusdyee Samsudin (m-67). ..

Lagi Berita Tentang Torres Dan City


Read more... Carlos Tevez mendesak supaya penyerang Liverpool, Fernando Torres menyertainya di Manchester City.
Pengurus City, Roberto Mancini mengakui berminat terhadap penyerang Sepanyol itu dan kelab Eastlands itu mungkin akan menambah perbelanjaan besar mereka untuk mendapatkan pemain dari pasukan yang menjulang trofi Piala Dunia.
Jika Tevez dan Torres beraksi dalam satu pasukan, mereka akan menjadi gandingan penyerang paling mantap dalam Liga Perdana England dan penyerang Argentina itu amat berharap untuk penyerang Sepanyol itu berpindah ke City.
Torres dikaitkan dengan perpindahan dari Anfield selepas Liverpool menamatkan saingan musim lalu di tangga ketujuh dan pemain Sepanyol itu bergelut dengan kecederaan di sepanjang musim.
Tevez pula melalui musim cemerlang bersama City, menjaringkan 23 gol untuk menjulang kelab Eastlands itu di tempat kelima Liga Perdana.

Ronaldo Kembali Berlatih Bersama Real


Read more... Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo terpaksa memendekkan cutinya bagi memulakan latihan bersama Real Madrid, kelmarin.
Ia merupakan latihan pertama Ronaldo di bawah bimbingan pengurus baru Jose Mourinho, sebelum mereka ke Amerika Syarikat untuk dua perlawanan persahabatan.
Semasa latihan yang berlangsung kelmarin, jurulatih kelab itu membahagikan pemain kepada dua kumpulan untuk bermain dalam dua perlawanan.
Kelab tersebut akan berada di California untuk kem latihan pra musim sehingga 7 Ogos ini.
Sebahagian pemain antarabangsa Real Madrid yang menyertai Piala Dunia Afrika Selatan akan berkumpul di California, melibatkan pemain bintang seperti Kaka, yang akan tiba Sabtu ini.
Pemain pertahanan Portugal, Pepe adalah yang pertama tiba untuk menyertai sesi latihan kelab tersebut.
Ronaldo, pemain paling mahal dibeli Real dari Manchester United, dengan nilai 94 juta euro pada Jun 2009, gagal menyinari Portugal semasa Piala Dunia.
Real akan beraksi pada dua perlawanan persahabatan semasa di California.
Kelab itu akan berdepan Aguilas de Amerika di San Francisco pada 4 Ogos dan tiga hari selepas itu menentang LA Galaxy di Los Angeles.

Maradona Tidak Akan Bersama Argentina Lagi.


Read more... Maradona yang sebelum ini di hangatkan tentang lanjutan kontrak beliau bersama Argentina,kini mungkin sudah berkubur..Hal ini di sebabkan oleh syarat bekas pemain Argentina itu yang inginkan semua pegawai yang bersama beliau semasa Piala Dunia di Afrika baru-baru ini dikekalkan,telah di tolak oleh Presiden Persatuan Bola sepak Argentina.Presiden Persatuan tersebut telah meminta agar sebilangan pegawai yang ditugaskan semasa Saingan Piala Dunia ditukar.Sesuatu yang tidak dapat diterima Maradona adalah pegawai yang minta ditukarkan oleh persatuan itu merupakan rakin karib Maradona itu sendiri.
Menurut AFA, pengurus skuad remaja Argentina, Sergio Batista akan menjadi jurulatih sementara untuk perlawanan persahabatan menentang Ireland 11 Ogos ini di Dublin.
Walaupun kontrak Maradona tidak akan diperbaharui, Cherquis Bialo memberi gambaran masih ada peluang untuk legenda bola sepak Argentina itu.

Wenger Tidak Mahu Jual Fabregas


Read more... Arsene Wenger menegaskan dia tidak berniat untuk menjual ketua pasukannya, Cesc Fabregas sambil menganggap andaian mengenai perpindahan pemain antarabangsa Sepanyol itu cuma khabar angin.
Barcelona dilaporkan belum berputus asa memburu pemain berusia 23 tahun itu dan menurut laporan media Britain dan Sepanyol, kelab Catalan itu telah membuat tawaran berjumlah 29 juta pound (RM 144.7 juta), bulan lalu..Selepas Sepanyol meraih Piala Dunia awal bulan ini, rakan sepasukan Fabregas menyarungkan jersi Barcelona kepada bintang Arsenal itu, menyebabkan ramai beranggapan dia semakin hampir ke Barca..Fabregas yang mempunyai baki kontrak selama 5 tahun di Arsenal dilihat mungkin tidak akan meninggalkan kelab itu kerana Arsenal tidak berminat untuk bercakap tentang penjualan ayam tambatan mereka..Impian Barca dilihat semakin mustahil untuk direalisalikan selepas kenyataan Wenger baru-baaru ini..

Red Warror Dalam Malaysia Book Of Record


Read more... - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencipta sejarah apabila menjadi badan sukan pertama di negara ini yang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya mengeluarkan 70 produk menggunakan jenama The Red Warriors (TRW).
Jenama The Red Warriors yang merupakan gelaran kepada skuad bola sepak Kelantan itu digunakan terhadap semua barangan sukan yang dikeluarkan KAFA termasuk makanan ringan yang dihasilkan daripada ikan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pengiktirafan tersebut merupakan kejayaan kepada KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu industri menguntungkan tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

Kelemahan FAM terbukti lagi?


Read more... Apakah keputusan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar skuad Harimau Muda A akan sekali lagi diselubungi kontroversi?
Mengikut kenyataan Timbalan Presiden FAM semalam, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, mereka belum memutuskan sama ada mahu menghantar skuad Harimau Muda A ke Slovakia.
Jika FAM memberi lampu hijau, skuad Harimau Muda menurut Redzuan akan bermain dalam Liga Divisyen Satu Slovakia selama satu musim dan bukannya perlawanan persahabatan seperti musim lalu.
Namun, apa yang menghairankan ialah berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia di laman web Persekutuan Bola Sepak Slovakia (www.futbalsfz.sk), liga di sana bermula pada 17 Julai lalu dan telah melalui dua perlawanan.
Andai benar apa yang diberitahu Redzuan, apakah status sebenar skuad Harimau Muda apabila tiba di sana kelak?
Adakah akan beraksi selaku pasukan yang bertanding atau sekadar menjadi pasukan pemanas badan?
Kelmarin, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee memberitahu yang dia mahu pasukan bimbingannya itu sekali lagi mendapat pendedahan di Slovakia pada tahun ini.
Jalan itu antara usaha paling baik kepada pemain pelapis Malaysia dalam memberikan pembelajaran berterusan dengan corak bola sepak Eropah.
Sebelum ini, Redzuan telah membayangkan Harimau Muda akan kembali bermain di Slovakia selepas mendapat undangan daripada badan induk bola sepak negara itu.
Sementara itu, Redzuan menjelaskan antara sebab utama FAM tidak boleh mengumumkan status sebenar Harimau Muda ke Slovakia ialah kerana ketiadaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Setiausaha FAM, Datuk Azzudin Ahmad yang masih berada di luar negara.

City Perlu Bayar RM148 Juta Jika Ingin Dapatkan Khidmat Milner


Read more... Aston Villa meletakkan 30 juta pound (RM148.5 juta) sebagai harga yang perlu dibayar oleh Manchester City sekiranya mahu mendapatkan khidmat James Milner, atau mereka boleh melupakan hasrat untuk membeli bintang sayap England itu.
Usaha City untuk membawa Milner ke Eastland masih tergantung selepas pengurus Villa, Martin O'Neill mengesahkan bahawa dia tetap akan membawa pemain itu ke Portugal dalam perlawanan pra-musim, hujung minggu ini.
City bersedia membayar 24 juta pound (RM118.6 juta) untuk Milner, kurang 6 juta pound (RM29.6 juta) daripada nilai yang ditetapkan Villa.
Villa sebelum ini sudahpun menolak tawaran 20 juta pound (RM98.7 juta) yang diberikan City, sebaliknya menegaskan dia hanya bersedia melepaskan Milner sekiranya harga yang ditetapkan Villa berjaya dipenuhi.
Tonggak Piala Dunia England itu dilaporkan sudah kembali menyertai latihan bersama pasukan semalam dan mengadakan pertemuan hati ke hati dengan O'Neill.
Menyedari proses perpindahan Milner ke City akan mencetus reaksi kurang senang di kalangan penyokong Villa, O'Neil mengetepikan pemain itu daripada aksi persahabatan menentang Walsall, malam ini.

Monday, July 26, 2010

Pasaran Pemain Piala Dunia 2010 Laris


Read more... LUPAKAN sejenak kegembiraan dan kecemerlangan Sepanyol meraih kejuaraan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini. Sebaliknya inilah masa terbaik buat peminat bola sepak melihat pembelian pemain besar-besaran selepas kejohanan tersebut.
Baik pemain bintang sedia ada, mahupun yang baru sahaja dilabelkan sebagai bintang. Mereka menjadi rebutan hangat pasukan liga di Eropah mahupun di beberapa benua lain.
Tinggal beberapa minggu sahaja liga utama di Eropah akan bermula, pengurus pasukan dan ejen pemain masing-masing sibuk mendapatkan pemain yang diidamkan selepas melihat aksi mereka di pentas Piala Dunia.
Nama-nama pemain yang menonjol di Afrika Selatan sudah disebut-sebut akan berpindah dari kelab asal mereka. Walaupun ia sekadar khabar angin tetapi memberi kesan mendalam buat peminat di seluruh dunia.
Dua pemain muda Jerman, Mesut Ozil dan Samir Khedira adalah antara pemain yang menjadi buruan kelab gergasi Eropah termasuk pasukan Liga Perdana England (EPL), Manchester United.
Alex Ferguson dikatakan kembali menjejaki tonggak utama Piala Dunia Jerman tersebut (Ozil) selepas terlepas untuk menandatangani pemain itu pada usia remaja tetapi kini mahukan kembali pemain yang digelar 'the ghost' itu.
Fergie sedar Ozil, 21, kini mempunyai baki satu tahun sahaja lagi bersama Werder Bremen yang mahu menjual pemain itu sebelum tonggak tengah itu mampu dimiliki dengan percuma.
Kelab Bundesliga itu mahukan 20 juta euro bagi melepaskan Ozil tetapi kini harga tersebut direndahkan kepada lapan juta euro. Selain United, Arsenal dan Manchester City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain berdarah Turki itu.
Jumlah perbelanjaan United terhad tetapi jika perjanjian itu berbaloi, Fergie akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tunai.
United telah mendapatkan seorang penyerang baru dari Mexico, Javier Hernandez dari Guadalajara pada 27 Mei lalu dan dia telah memperoleh permit. Hernandez beraksi cemerlang di Afrika Selatan dengan menyumbangkan dua gol.
Pemain yang sudah terkenal seperti Didier Drogba, Fernando Torres dan Cesc Fabregas tidak terkecuali menjadi rebutan dan disebut-sebut akan beralih angin walaupun ada di antara mereka gagal memperaga aksi terbaik di Piala Dunia 2010.
Ketika artikel ini ditulis Drogba telah dikaitkan dengan pasukan terkaya di EPL, Manchester City walaupun kelab itu sudah mengesahkan mendapat khidmat beberapa pemain terbaru termasuk David Silva dari Sepanyol.
Bagaimanapun Chelsea menafikan khabar angin yang mengatakan Drogba akan dijual pada musim ini kepada City. Ejen Drogba, Thierno Seydi, berkata demikian dalam wawancara radio dan memberitahu dia langsung tidak dihubungi oleh City.
Malah, City turut menafikan bahawa mereka akan membeli Drogba dan kini Chelsea mengeluarkan kenyataan yang sama.
"Segala itu adalah tidak benar, Drogba sama sekali tidak akan dijual,'' kata jurucakap Chelsea baru-baru ini.
Seorang lagi pemain yang beraksi di posisi sama, Klaas-Jan Huntelaar juga dikaitkan dengan City dan pemain yang membarisi skuad Belanda di Piala Dunia itu dikatakan tiba di lapangan terbang Manchester Selasa lalu.
Berusia 26 tahun, pemain antarabangsa Belanda itu dikaitkan perpindahan ke Aston Villa atau Tottenham selepas Ketua Eksekutif AC Milan, Adriano Galliani berkata, Huntelaar mungkin akan dijual ke kelab EPL.
City pernah dikaitkan dengan penyerang Liverpool, Fernando Torres bagi melengkapkan senarai penyerang mereka yang sekarang ini dibarisi Emmanuel Adebayor, Carlos Tevez (Argentina), Craig Bellamy dan Roque Santa Cruz (Paraguay).
Huntelaar membuat empat kemunculan bersama Belanda pada Piala Dunia di Afrika Selatan, termasuk menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Cameroon.
Pemain bintang lain yang tidak terkecuali dikatakan akan berpindah ialah ketua pasukan England, Steven Gerrard. Namun awal-awal lagi Gerrard menafikannya dengan menyatakan sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson dan ia merupakan petanda jelas dia akan kekal di Anfield.
"Saya telah berjumpa dengan Roy Hodgson dan menerusi pertemuan itu saya amat kagum dengan perancangannya untuk masa depan pasukan.
"Saya hanya kembali menyertai sesi latihan hari ini di Melwood dengan beberapa pemain yang turut beraksi pada Piala Dunia, saya tidak sabar untuk memulakan musim baru,'' kata Gerrard.
Ulasan Gerrard dibuat sehari selepas Liverpool mengikat kontrak dengan pemain tengah England, Joe Cole.
Sebelum ini Gerrard adalah di antara sasaran pengurus baru Real Madrid, Jose Mourinho, yang juga pernah cuba untuk membawa keluar pemain itu dari Liverpool semasa dia menjadi pengurus Chelsea.
Hodgson juga menafikan laporan bahawa pemain tengah pertahanan, Javier Mascherano mahu meninggalkan Liverpool dan menyertai Inter Milan.
Mascherano difahamkan pulang bercuti ke Argentina bersama keluarga selepas skuad kebangsaannya tewas di peringkat suku akhir Piala Dunia. Dia menjadi sasaran bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang kini mengendalikan Inter Milan.
Hodgson mengakui belum berbual dengan Mascherano dan tidak membalas sebarang jawapan daripada pesanan menerusi telefon, tetapi dia tetap optimis bekas pemain West Ham itu tidak akan meninggalkan Liverpool.
"Spekulasi mengenai masa depan Mascherano berterusan, namun saya tegaskan ia sekadar spekulasi semata-mata kerana saya tidak mendengar apa-apa dari Inter Milan selain dia akan pulang ke sini serta berlatih bersama-sama kami,'' katanya.
Fabregas pula tidak henti-henti dikaitkan dengan kelab remajanya, Barcelona. Malah media Sepanyol pernah melaporkan Presiden kelab itu, Sandro Rosell ke London untuk berunding dengan Arsenal dalam usaha membawa pulang Fabregas.
Biarpun Barca dilaporkan mengalami masalah kewangan, namun Rosell tetap komited untuk mendapatkan semula bekas pemain remajanya itu kembali ke Catalan, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.
Lain-lain perkembangan mengenai pemain Piala Dunia 2010 ialah penafian penjaga gol England, David James yang dikatakan tidak berminat untuk menyertai kelab EPL, Sunderland selepas pasukan asalnya Portsmouth tersingkir ke Liga Kejuaraan musim lalu.
Patrice Evra yang merupakan pemain pertahanan kiri United, juga dikatakan menarik perhatian Mourinho ke Real Madrid tidak terkecuali rakan sepasukan, Nemanja Vidic. Kedua-dua pemain ini gagal membawa negara masing-masing mara lebih jauh di Afrika Selatan.Jika United melepaskan Vidic, pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini mungkin akan menjadi sasaran walaupun nasib negaranya di Piala Dunia tidak ada bezanya dengan Evra dan Vidic.
Sehingga ke hari ini perpindahan pemain menjadi isu di dada akhbar bahagian sukan seluruh dunia, bagaimanapun kesahihan tentang mana-mana pemain akan berhijrah masih menjadi tanda tanya sehinggalah mereka betul-betul menandatangani kontrak baru.
Bagaimanapun perkara ini ada kalanya mampu memberi kejutan dan ada yang menimbulkan kemarahan kepada penyokong setia sesuatu pasukan, manakan tidak pemain kesayangan s

Liverpool Bakal Melepaskan Mascherano


Read more... Gergasi Liga Perdana England, Liverpool bersedia untuk menjual pemain tengah Javier Mascherano kepada juara Itali Inter, demikian menurut laporan akhbar Mirror.
Ketua pasukan Argentina itu sememangnya dikaitkan dengan perpindahan ke kelab juara Eropah itu, yang kini dilatih oleh bekas jurulatih Liverpool, Rafael Benitez.
Malah Mascherano sendiri bersedia untuk ke Itali dan kini dilaporkan Liverpool bersedia untuk mendengar tawaran dari Inter.
Laporan menyebut, ejen pemain tengah itu, Walter Tamer telah ke Milan untuk mengadakan perbincangan terbuka dengan Inter, walaupun Nerazzurri belum lagi membuat sebarang pengumuman.
Liverpool mahukan bayaran 30 juta pound bagi khidmat bekas pemain tengah West Ham United itu, tetapi Inter tidak bersedia untuk membayar lebih 20 juta pound.
Namun, pemain berusia 26 tahun itu enggan komited lagi di Liverpool dan ini menyebabkan Reds mungkin menerima tawaran tersebut, yang membolehkan Roy Hodgson memburu pemain lain.

Peringatan Rajagopal


Read more... Jurulatih negara, K.Rajagobal tidak mahu para pemain terlalu cepat dibuai mimpi indah, hanya disebabkan kita mengejutkan skuad Bawah 23 Korea Selatan 1-0 pada aksi persahabatan, semalam.
Menurutnya, adalah satu perkara yang kurang bijak jika mahu menilai hanya berdasarkan satu perlawanan, kerana apa yang dimahukan ialah aksi konsisten di peringkat antarabangsa terutamanya Sukan Asia, Guangzhou pada Oktober ini.
''Memang benar kita menang, namun ini hanya satu daripada perlawanan persahabatan dan para pemain tidak boleh cepat rasa berpuas hati.
''Apa yang penting selepas ini saya harapkan para pemain mempunyai keyakinan tambahan menentang pasukan-pasukan lain selepas mengatasi Korea," katanya.
Selain itu, Rajagobal menganggap para pemain berhak menang, kerana menampilkan persembahan bersemangat dan berkeinginan untuk menang.
''Walaupun mungkin pasukan berstatus kelab atau universiti, Korea tetap Korea dan kami tetap menang ke atas pasukan yang bernama Korea Selatan.
''Saya gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh pemain dan saya puji persembahan mereka hari ini," katanya.
Dia juga menambah, barisan pemainnya selepas ini perlu terus menyesuaikan diri dengan formasi yang dia gunakan, bersesuaian mengikut keupayaan skuad negara dalam perlawanan pada masa akan datang.
Sementara itu, jurulatih Korea, Hong Myung Bo mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengejutkan skuad bimbingannya.
''Barisan pemain saya masih belum ada pengalaman di peringkat antarabangsa dan mereka terlalu gugup apabila beraksi di stadium yang besar serta di hadapan penyokong.
''Padang juga amat licin, namun pemain Malaysia lebih pantas serta bersemangat dan mereka berhak memperoleh kemenangan dalam perlawanan ini.
''Diharapkan selepas ini, para pemain akan terus belajar dan beberapa perlawanan persahabatan yang sudah diaturkan kepada mereka," ujarnya.

Sunday, July 25, 2010

Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia!!!!


Read more... Kejayaan membanggakan!!!! Itulah ungkapan yang dapat diberikan kepada kesungguhan yang telah ditunjukkan pasukan Bola Sepak Negara kita setelah berjaya mengatasi Skuad Bola Sepak Korea U23.Kemenangan ini telah terhasil menerusi tendangan padu yang telah dilakukan oleh ayam tambatan Skuad Negara iaitu Safiq Rahim yang telah melakukan tendangan daripada kawasan luar kotak penalti.Walaupun Skuad Negara di asak sepanjang 90 minit masa permainan,tetapi kekebalan barisan pertahanan negara telah dapat menghalang penyerang pasukan Korea daripada membolosi gawang pasukan negara.Apa-apa pun,tahniah setinggi-tingginya diucapkan kepada barisan pemain dan juga pegawai yang telah bertungkus-lumus bagi mengharumkan nama negara kita,Malaysia..Tahniah!!

Saturday, July 24, 2010

Skuad Negara Hormat Kekuatan Pasukan Korea


Read more... Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, K. Rajagobal menyuarakan rasa hormat terhadap skuad Olimpik Korea Selatan sambil menegaskan dia memiliki taktik buat lawan pada perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang ini.
“Saya menghormati Korea yang sudah layak ke Piala Dunia lapan kali dan pasukan belia mereka tidak kurang hebatnya dengan corak permainan pantas (mara ke suku akhir Kejohanan Dunia Bawah 20 Tahun di Mesir tahun lalu).
“Namun, pemain Malaysia wajar menikmati perlawanan ini tetapi tidak bererti mereka cuma bermain sambil lewa kerana saya akan mengatur taktik yang sesuai dengan keadaan pemain yang saya miliki,” katanya pada sidang akhbar menjelang perlawanan memperingati hubungan diplomatik 50 tahun itu.
Anak buah Rajagobal yang kebanyakannya tonggak juara Sukan SEA Laos tahun lalu, menghadapi pelawat yang dibimbing pemain yang pernah beraksi dalam empat Piala Dunia, Hong Myung Bo sebagai sebahagian persediaan menghadapi Sukan Asia Guangzhou, November ini.
“Perlawanan ini satu kesempatan terbaik mengenali perwatakan pemain dan kemampuan bermain sebagai sepasukan selain sejauh mana persediaan dari segi fizikal dan mental. Lagipun sudah agak lama kita tidak berdepan lawan yang sehandal Korea,” ujarnya.
Sementara itu, Myung Bo, pemenang Bola Gangsa Piala Dunia 2002, mengakui tuan rumah memiliki pemain berkemahiran dan kemampuan teknikal yang agak baik walaupun kedua-dua negara sudah lama tidak bertembung di arena antarabangsa.
“Saya hanya sempat mengumpul 19 pemain untuk berlatih bersama sejak seminggu lalu. Kini saya cuba curahkan pengalaman berharga saya dalam Piala Dunia lalu dalam mendidik angkatan muda Korea dan saya dapati mereka begitu cepat meningkat.
“Ada juga beberapa pemain yang pernah beraksi di Mesir lalu dan ada yang cuba digilap untuk menghadapi Sukan Asia Guangzhou,” katanya yang memiliki dua bintang Kejohanan Dunia Bawah 20 Tahun iaitu Kim Dong Sub yang beraksi di Liga Jepun dan Park Hee Sung.
Sekiranya masih seri selepas 90 minit masa permainan sebenar, pemenang perlawanan ini akan terus ditentukan menerusi sepakan penalti tanpa perlu melalui 30 minit masa tambahan.
Harga tiket yang dikenakan ialah RM30 di grandstand dan RM10 di tempat duduk biasa manakala cuma RM5 bagi penonton kanak-kanak yang dijual di stadium mulai 10 pagi hari ini.
Kesebelasan kemungkinan Malaysia: Sharbinee Allawee Ramli, Mohd. Sabre Mat Abu, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad.

Buruan Real Madrid Untuk Mendapatkan Khidmat Ibrahimovic Menemui Jalan Buntu


Read more... Penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic tidak akan menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid musim depan.
Sebelum ini, laporan di Sepanyol mengatakan bahawa jurulatih Real, Jose Mourinho berminat mendapatkan bekas bintangnya itu.
Mourinho juga dikatakan sedia menukar Ibrahimovic dengan perancang Real kelahiran Brazil, Kaka.
Barca pula dilaporkan bersedia melepaskan Ibrahi- movic selepas prestasi hambarnya di Nou Camp musim lalu.
Begitupun ejen Ibrahimovic, Mino Raiola menjelas- kan, pemain itu tidak akan berhijrah ke mana-mana terutamanya Real.
"Saya masih belum bercakap dengan wakil Real atau tentang kemungkinan pertukaran dengan Kaka. Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini," kata Raiola.
"Zlatan masih ada kontrak dengan Barca dan dia mahu membuktikan kualitinya apabila dia bersedia se- penuhnya.
"Dia kini hanya memberi tumpuan terhadap pasukannya dan tidak sabar lagi untuk memula- kan musim baru sebagai pemain Barca."
Tempat Ibrahimovic dalam skuad utama Barca kini dalam keadaan bahaya berikutan kehadiran penyerang Sepanyol, David Villa.

Huntelaar Bakal Bermain Untuk Liverpool?


Read more... Pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson berminat untuk mendapatkan khidmat Klaas Jan Huntelaar secara pinjaman.
Pada mulanya, Hodgson ditawarkan £14 juta (RM69 juta) oleh pemilik The Reds untuk membawa penye- rang Belanda itu dari AC Milan.
Namun terbaru, Hodgson hanya diberi peruntukan sebanyak £2 juta (RM10 juta).
Sebelum ini, Huntelaar, 26, telah dimaklumkan khidmatnya tidak lagi diperlukan Milan.
Ketua Eksekutif Milan, Adriano Galliani turut membuat kenyataan bahawa Huntelaar akan menyertai salah sebuah kelab Liga Perdana England.
Sekiranya perjanjian pinjaman itu berjaya, Liverpool akan mempunyai pilihan untuk membeli Huntelaar apabila krisis kewangan mereka beransur pulih.
Begitupun, bekas penyerang Ajax Amsterdam dan Real Madrid itu perlu membuktikan kemampuannya terlebih dahulu.
Sebagai rekod, Huntelaar telah membuat empat penampilan pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini dan dia menjaringkan gol kemenangan ketika skuad Oranje mengalahkan Cameroon 2-1 pada peringkat kumpulan.

Vidic Semakin Kaya Bersama MU


Read more... Manchester United bersedia menawarkan Nemanja Vidic gaji berjumlah £90,000 (RM443,361) seminggu.
Tawaran tersebut dibuat bagi menggagalkan usaha kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid memancing tonggak pertahanan Serbia itu dari Old Traf- ford.
Vidic yang menjadi buruan Real, mengharapkan kontrak baru sejak 12 bulan lepas, namun baru kini United bersedia untuk duduk dan berbincang mengenai kontrak lanjutan selama dua tahun.
Real dilapor sanggup membayar £25 juta (RM123 juta) ke atas pemain pertahanan tengah itu yang sebelum ini mendedahkan, dia mahu menerima gaji yang banyak seperti dua tonggak United, Wayne Rooney dan Rio Ferdi- nand.
Situasi tersebut menyaksikan United akhirnya terpaksa menawarkan kontrak baru kepada pemain berusia 28 tahun itu.
Vidic masih ada baki dua tahun lagi dalam kontrak empat tahunnya ketika menyertai United dari Spartak Moscow dengan harga £7.2 juta (RM35.5 juta) pada 2006.
Jika segala perancangan berjalan dengan baik, kontrak baru Vidic itu nanti bakal menyaksikan dia kekal di Old Trafford sehingga Julai 2014.
Ketika tahap kecergasan Ferdinand masih diragui selepas dia berehat panjang ekoran kecederaan belakang, skuad The Red Devils pastinya tidak mahu kehilangan Vidic pada musim panas ini.
Pengurus United, Alex Ferguson tiada banyak pilihan di posisi pertahanan dengan hanya memiliki Jonny Evans yang dilihat masih tercari-cari rentak.
Wes Brown pula kurang beraksi di posisi pertahanan tengah manakala Chris Smalling kurang pengalaman kerana jarang diturunkan.

Semangat David Villa Bersama Barcelona


Read more...
David Villa (gambar) sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Penyerang berbisa Sepanyol itu telah menandatangani kontrak bersama Barca selepas berhijrah dari Valencia pada Mei lalu.
Pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Villa telah meledak lima gol seterusnya membantu Sepa nyol muncul juara.
Kini, Villa mengakui yang dia cukup teruja untuk bekerjasama dengan Guardiola.
"Saya mempunyai keinginan yang besar untuk berlatih bersama Pep," katanya.
"Tidak hanya kerana apa yang telah dilakukannya kepada Barcelona sebelum ini tetapi juga kerana apa yang ra- kan sepasukan beritahu kepada saya.
"Mereka memberitahu saya, beliau (Pep) adalah seorang jurulatih yang mampu menjadikan kamu lebih baik secara individu dan kolektif.
"Kapten Barca, (Carles) Puyol memberitahu saya yang dia tidak pernah bertemu jurulatih seperti Pep sepanjang kariernya."
Sebelum meninggalkan Valencia untuk ke Barca, Villa telah dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah.
Namun, dia membuat keputusan untuk terus kekal di Sepanyol dengan menyertai kelab Catalan itu.
"Ia adalah satu kebebasan bagi saya untuk membuat sebarang keputusan," katanya.
Villa juga yakin dia mampu untuk menyesuaikan diri dengan kelab baru- nya itu.
"Pasukan kebangsaan (Sepanyol) dan Barca menggunakan formasi yang sama, 4-3-3 dan saya rasa selesa dengan tiga posisi di bahagian serangan," jelas Villa

Cemas Menjelang Pertemuan Skuad Bola Sepak Malaysia VS Korea


Read more... BENTENG terakhir skuad bola sepak kebangsaan sedikit goyah menjelang pertembungan dengan pasukan bawah 23 tahun Korea Selatan esok berikutan kecederaan yang menimpa penjaga gol Mohd Farizal Marlias dan Khairul Fahmi Che Mat.
Farizal pemain Perlis, mengalami kecederaan di bahagian mata selepas bertembung dengan salah seorang pemain ketika sesi latihan kelmarin manakala Khairul Fahmi pula tidak begitu cergas akibat sakit belakang.
Situasi itu pastinya mengundang rasa kurang senang buat K Rajagobal yang tidak mempunyai pilihan selain memanggil penjaga gol Harimau Muda A, K Sasikumar sebagai langkah awal untuk berdepan sebarang kemungkinan jika dua pemain itu tidak dapat pulih dalam masa terdekat.

Ketika ini, beliau hanya mempunyai seorang pemain yang benar-benar cergas di posisi itu, Mohd Sharbinee Allawee, tonggak utama skuad bawah 23 tahun yang menjuarai pingat emas Sukan Sea di Laos tahun lalu.

“Kecederaan tidak dijangka berlaku kepada pemain Farizal Marlias yang mendapat kecederaan teruk semasa latihan. Dia mengalami luka di mata selepas bertembung dengan pemain manakala (Khairul) Fahmi pula tidak begitu sihat.

“Jadi saya membuat keputusan untuk membawa masuk Sasikumar dari pasukan Harimau Muda. Dalam masa singkat ini susah untuk saya memanggil penjaga gol pasukan lain selain Sasikumar yang hanya berlatih di Bukit Jalil,” kata Rajagobal.

Rajagobal memanggil 25 pemain bawah 23 tahun untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM Kelana Jaya sejak Ahad lalu sebagai persiapan menghadapi skuad Korea dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara itu.

Skuad negara bagaimanapun mendapat suntikan semangat selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas kelab dari Liga Singapura, Beijing Guoan Talent FC di Singapura Selasa lalu.

“Selepas hanya berehat sehari, skuad ini menentang kelab Beijing (Guoan Talent FC), memang ada tanda positif pada perlawanan itu tetapi bermain menentang Korea nanti pemain negara perlu berada di tahap lebih tinggi kerana kita semua sedia maklum bahawa Korea adalah pasukan yang penuh dengan tradisi, kekuatan yang tidak perlu diperkatakan lagi,” jelasnya.

Sekalipun sekadar perlawanan persahabatan, pertemuan dengan skuad Olimpik Korea bimbingan Hong Myung Bo adalah kesempatan terbaik untuk Rajagobal merencana pasukannya yang mempunyai misi besar di Sukan Asia di Guangzhou dan Piala AFF hujung tahun ini.

Manakala pasukan Taegeuk Warriors itu pula pastinya tidak mahu status mereka sebagai gergasi Asia diperlekehkan Malaysia apabila membuat penampilan pertama sejak skuad Olimpik mereka tewas 2-1 kepada pasukan senior negara dalam Pestabola Merdeka.

Nukilan Sebelum Bermulanya Saingan Liga Perdana Inggeris(EPL)


Read more... APA khabar buat peminat sukan bola sepak? Mungkin selepas berakhirnya Piala Dunia di Afrika Selatan pada 12 Julai lalu, ramai antara anda agak bosan kerana tiada lagi perlawanan bola sepak berkualiti tinggi yang menjadi bahan tontonan kecuali aksi di Liga Malaysia.
Namun, sepanjang tempoh kurang dari sebulan ini sebelum sepak mula Liga Perdana England (EPL) pada 14 Ogos ini, kebanyakan daripada anda yang mengikuti antara liga paling popular di dunia itu sedang melihat penuh minat dalam pasaran perpindahan pemain yang dibuka pada 1 Julai lalu.
Boleh dirumuskan, pintu perpindahan didapati masih suram dan kebanyakan kelab gergasi seperti Manchester United serta Chelsea masih belum melakukan pembelian secara besar-besaran.
Seperti dijangka, Manchester City akan berbelanja mewah pada musim ini dan mereka telah berjaya membawa masuk tiga pemain berstatus bintang, David Silva, Yaya Toure dan Jerome Boateng bagi memperkuatkan cabaran pasukan itu merebut gelaran.
Persoalannya mengapa itu semua terjadi? Walaupun situasi itu tidak banyak berbeza daripada musim lalu, apa yang ketara pembabitan dua kelab paling mewah berbelanja iaitu City dan kelab La Liga, Real Madrid dilihat antara faktor terbesar merosakkan pasaran pemain.
Pembelian beberapa pemain yang melebihi nilai sebenar seperti Yaya Toure ke City yang berharga £28 juta pound (RM 138.5 juta) dan Angel de Maria 40 juta Euro(RM 165.8 juta) menjadikan beberapa kelab lain mengambil pendekatan bersikap tunggu dan lihat.
Apa yang nyata, kelab-kelab lain terpaksa melakukan pembelian pemain yang tidak menjadi buruan City dan Real kerana sudah pasti mereka akan tewas dalam bidaan harga di samping tawaran harga yang tidak munasabah.
Diramalkan akan timbul pembelian di saat akhir oleh kelab-kelab lain kerana City dan Real masih aktif di pasaran perpindahan pemain.
Menyorot keperluan pemain di kalangan lima calon kejuaraan EPL, juara musim lalu, Chelsea boleh dianggap antara kelab yang tidak perlu melakukan pembelian panik kerana masih mempunyai keseimbangan di segenap posisi.
Hilangnya Joe Cole, Michael Ballack dan Juliano Belletti serta kemungkinan Deco bukan satu isu besar buat The Blues.
Mereka masih ramai pemain berkaliber yang boleh dibariskan sama ada bertindak selaku pemain utama atau simpanan.
Pengurusnya, Carlo Ancelotti, yang sudah mendapatkan Yossi Benayoun mungkin akan melakukan pembelian satu atau dua pemain muda seperti mana bidaan ke atas bakal bintang Brazil, Neymar yang masih di peringkat rundingan dan pemain tengah, Ramires.
Bagi United, hanya Javier Hernandez dan Chris Smalling antara muka baru yang dibawa masuk oleh Alex Ferguson, namun dijangkakan pengurus berbangsa Scotland mungkin akan membeli seorang pemain tengah iaitu bintang Jerman, Mesut Ozil dan seorang pemain pertahanan.
Namun, itu bergantung kepada kejayaan United memujuk hati Nemanja Vidic yang dilaporkan merajuk mengenai isu gaji dan difahamkan Real Madrid cuba memancing khidmat pemain Serbia itu.
Kelibat pemain muda seperti Gabriel Obertan, Danny Welbeck dan Federico Macheda menyakinkan Ferguson bahawa mereka tidak perlu bernafsu besar membeli pemain baru seperti jirannya di City.
Arsenal pula diramalkan melakukan sedikit transformasi di bahagian pertahanan dan penjaga gol selepas melepaskan ramai pemain seperti William Gallas, Mikael Silvestre dan Phillippe Senderos. Namun, setakat ini hanya Laurent Koscielny dibeli oleh Arsene Wenger.
Mungkin akan ada seorang lagi pemain baru di bahagian pertahanan buat Arsenal atau menyakinkan pemain veteran, Sol Campbell untuk kekal selama setahun lagi bersama Gunners.
Ketika ini, spekulasi kuat mengatakan penjaga gol Australia dan Fulham, Mark Schwarzer akan menjadi penjaga gol utama Arsenal, namun perpindahan itu masih belum menjadi kenyataan kerana Fulham masih ketiadaan pengurus bagi menyelesaikan urusan berkenaan.
Minggu lalu, peminat Liverpool begitu gembira apabila bekas pemain Chelsea, Joe Cole memilih The Reds sebagai destinasi terbaru kariernya. Pembelian itu penting buat pengurus baru, Roy Hodgson bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Benayoun.
Ditambah kehadiran Milan Jovanovic dan Danny Wilson, Hodgson kini masih aktif memburu beberapa pemain lain.
Antaranya Christian Poulsen dan Loic Remy bagi menggantikan Javier Mascherano serta David N'gog yang dijangka meninggalkan Liverpool.
Pintu perpindahan masih terbuka sehingga 31 Ogos ini dan mungkin akan berlaku banyak kejutan serta pembelian yang tidak dijangkakan, sama-samalah kita tunggu.

Honda Hampir Pasti Ke AC Milan


Read more... Kelab Itali, AC Milan semakin hampir mendapatkan bintang Jepun, Keisuke Honda dari CSKA Moscow dengan nilai perpindahan dianggarkan £12.5m (RM 61.8 juta).
Berdasarkan sumber, Milan yang turut dikenali nama jolokan ‘Rossoneri’ yakin akan mendapatkan khidmat Honda pada musim baru nanti.
‘‘Kami semakin berjaya mendapatkan Honda, kedua-dua kelab hampir mencapai perjanjian mengenai kontrak.
‘‘Jurulatih, Massmiliano Allegri amat berminat dengannya dan mahu dia beraksi bersama-sama Alexandre Pato dan Ronaldinho,’’ kata sumber tersebut.
Honda yang berumur 24 tahun menjadi perhatian banyak pihak selepas mempamerkan aksi cemerlang di Liga Juara-Juara 2009/10 ketika bersama CSKA Moscow diikuti persembahan di Piala Dunia 2010 dengan Jepun dan menjaringkan tiga gol.
Dia yang boleh beraksi di posisi penyerang dan tengah diketahui mempunyai kaki kiri yang baik.
Dia pernah dikaitkan dengan Arsenal, Liverpool, Birmingham City, Everton, Atletico Madrid, Deportiva La Coruna dan Valencia

Friday, July 23, 2010

Perlawanan Malaysia VS Korea Umpama Mimpi Ngeri Kepada pasukan Selangor Dan Kelantan


Read more... Sama ada bertuah dan lebih bermanfaat kerana menimba pengalaman antarabangsa atau bakal merana menerima kepulangan pemain tercedera, mampu mempengaruhi pencapaian pasukan Liga Super yang kembali berentap khususnya Selangor dan Kelantan, Rabu ini.
Mereka yang di ambang penentuan juara musim 2010 dengan baki tiga perlawanan, pasti berharap supaya tiada sebarang musibah itu menimpa Nasriq Baharom, Safiq Rahim, Asraruddin Putra Omar, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan menentang skuad Olimpik Korea Selatan, esok.
Dengan cuma rehat dua hari diberikan selepas perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, Gergasi Merah dan Wira Merah bakal menanti penuh debaran sambil mencongak saki-baki harapan untuk memastikan pasukan masing-masing mencapai matlamat idaman.
Mengumpul 57 mata, Selangor bakal bertandang ke Kuala Terengganu untuk menentang T-Team dengan kelebihan lima mata di depan Kelantan yang mahu melayani KL PLUS di Kota Bharu dengan tumpuan masing-masing masih untuk cuba memastikan mata penuh digenggam.
Sesudah menang 3-0 ke atas Pulau Pinang, langkah skuad bimbingan K. Devan kian panjang untuk mengekalkan takhta kejuaraan sedangkan semangat pantang menyerah tidak akan sesekali tersemat di hati anak buah B. Sathianathan apatah lagi ekoran kemenangan 2-0 di Kuala Lumpur, 17 Julai lalu.
Kelab Terengganu itu bagaimanapun bukan mudah dijinakkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, gelanggang yang pernah menyaksikan Merah Kuning tersungkur dibenam 'tentera muda' Terengganu bimbingan Irfan Bakti Abu Salim, 4-0 dalam pusingan pertama liga, Januari lalu.
Namun, rekod kemenangan ke atas T-Team 3-0 dalam pusingan liga, April lalu, masih boleh dipertaruhkan dan tonggak depan seperti Safee Sali, Amri Yahyah, Amirulhadi Zainal dan Safiq pasti cukup arif bagaimana untuk mengulanginya selagi mendapat bantuan mantap rakan dari segenap sudut.
Kelantan bakal berdepan situasi yang mampu menyebelahinya memandangkan taraf dan corak permainan KL PLUS yang menanti, Rabu ini didapati tidak banyak bezanya dengan Kuala Lumpur yang ditewaskan 2-0 menerusi jaringan Nor Farhan Muhammad dan Badri Radzi, minggu lalu.
Perebutan tempat ketiga bagaimanapun kian pasti diungguli Terengganu selepas terus mara dengan menumpaskan Johor 2-0 sedangkan pencabar terdekat, Johor FC yang kekurangan 10 mata di tempat keempat didapati agak lewat untuk bangkit mengejar meskipun menundukkan T-Team 2-0, minggu lalu.
Agak menarik dalam persaingan Liga Super, Rabu ini ialah tempat keempat kelab selatan Semenanjung itu yang turut dicemburui T-Team, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang yang masing-masing berhasrat untuk tidak dipencilkan ke zon pertengahan atau dicap kelas dua.
Antara kelima-lima jurulatih pasukan berkenaan, hanya Ahmad Yusof yang turut paling berdebar menanti dan mengharapkan kepulangan tonggak Kedah berkeadaan bebas kecederaan 100 peratus selepas perlawanan menentang Korea.
Enam pemain Hijau Kuning yang turut masih bersama jurulatih negara, K. Rajagobal ialah Ahmad Shakir Md. Ali, Baddrol Bakhtiar, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Faizal Abu Bakar, Khyril Muhymeen Zambri dan Mohd. Sabre Mat Abu.

Skuad Bola Sepak Malaysia Masih Ada Harapan


Read more... ERA 1970 hingga 1980 adalah zaman yang mana skuad bola sepak Malaysia cukup digeruni di Asia. Nama-nama besar seperti Datuk Soh Chin Aun, Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, James Wong dan Hassan Sani masih dikenali sehingga kini, merekalah antara barisan pemain negara yang berjuang untuk menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Selepas hampir 40 tahun kegemilangan itu berlalu, Malaysia kini berada pada ranking 142 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebaliknya Korea Selatan yang pernah satu ketika menjadi ratahan kita, cukup mengujakan. Begitu juga Jepun.
Pun begitu, pada Sukan SEA Laos yang lalu, ada sedikit sinar pada wajah skuad kebangsaan apabila berjaya menggondol pingat emas, sekali gus meletakkan kembali harapan tinggi peminat untuk melihat barisan skuad Harimau Malaya di pentas lebih berprestij - Piala Dunia.
Persoalannya sekarang ialah bila? Jatuh bangun skuad kebangsaan dalam kancah Asia sudah cukup menakutkan sebelum ini.
Apa pun, pintu belum tertutup, masih ada banyak ruang yang boleh diperbaiki. Pokoknya ia mesti bermula daripada kancah Liga Malaysia (Liga M). Liga inilah yang sebenarnya mengukur kemampuan, kualiti dan kehebatan pemain yang kita miliki.

Sabah Mengikut Jejak Langkah Felda United Ke Liga Super


Read more... Sabah berjaya memintas PKNS pada perlawanan terakhir Liga Perdana musim ini selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pos Malaysia tatkala pesaingnya itu tewas 2-1 kepada Harimau Muda, semalam.
Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, skuad bimbingan Gary Phillip itu berjaya memperoleh jaringan seawal minit keempat menerusi gerakan cantik Farid Ideris yang memperdayakan pertahanan lawan sebelum masuk petak penalti melepaskan rembatan deras.
Jaringan tunggal itu sudah cukup untuk membawa Sabah kembali ke Liga Super dengan menduduki tangga kedua di belakang Felda United yang sudah mengesahkan tempat ke saingan tersebut lebih awal sebelum perlawanan terakhir.
Felda United muncul juara Liga Perdana dengan mengumpul 50 mata selepas mencatat keputusan seri 0-0 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
PKNS yang memerlukan kemenangan untuk kekal di tangga kedua gagal berbuat demikian ketika beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya apabila ditewaskan Harimau Muda.
Harimau Muda yang turun tanpa 10 pemain utama mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan D. Saarvindran pada minit ke-23 dan 42 manakala gol sagu hati PKNS disumbangkan oleh Cristie Jaya Seelan seminit sebelum perlawanan tamat.
Sementara itu, USM FC berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Shahzan Muda yang tersingkir ke dari Liga Perdana apabila menduduki tempat terakhir dengan hanya mengumpul lapan mata daripada 22 perlawanan.
Turut mengikut jejak langkah Shahzan Muda tersingkir dari Liga Perdana ialah Melaka yang menduduki tangga kedua terbawah dan mereka tewas pada perlawanan terakhir 6-1 kepada Sarawak.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelasah Majlis Perbandaran Muar 8-0.
Sabah mara ke Liga Super selepas menanti dalam tempoh lima tahun, kali terakhir mereka beraksi di kejohanan utama Liga Malaysia itu ialah pada 2005.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...