Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Wednesday, July 28, 2010

City Perlu Bayar RM148 Juta Jika Ingin Dapatkan Khidmat Milner

Aston Villa meletakkan 30 juta pound (RM148.5 juta) sebagai harga yang perlu dibayar oleh Manchester City sekiranya mahu mendapatkan khidmat James Milner, atau mereka boleh melupakan hasrat untuk membeli bintang sayap England itu.
Usaha City untuk membawa Milner ke Eastland masih tergantung selepas pengurus Villa, Martin O'Neill mengesahkan bahawa dia tetap akan membawa pemain itu ke Portugal dalam perlawanan pra-musim, hujung minggu ini.
City bersedia membayar 24 juta pound (RM118.6 juta) untuk Milner, kurang 6 juta pound (RM29.6 juta) daripada nilai yang ditetapkan Villa.
Villa sebelum ini sudahpun menolak tawaran 20 juta pound (RM98.7 juta) yang diberikan City, sebaliknya menegaskan dia hanya bersedia melepaskan Milner sekiranya harga yang ditetapkan Villa berjaya dipenuhi.
Tonggak Piala Dunia England itu dilaporkan sudah kembali menyertai latihan bersama pasukan semalam dan mengadakan pertemuan hati ke hati dengan O'Neill.
Menyedari proses perpindahan Milner ke City akan mencetus reaksi kurang senang di kalangan penyokong Villa, O'Neil mengetepikan pemain itu daripada aksi persahabatan menentang Walsall, malam ini.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...