Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Saturday, December 11, 2010

Chong Wei hampiri kejuaraan kelapan


Read more... Selepas membuka tirai 2010 dengan merangkul kejuaraan pertama yang ditawarkan pada tahun baru - Terbuka Korea, Januari lalu, jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berpeluang untuk menutup tirai dengan memenangi gelaran Siri Super terakhir yang dipertandingkan selepas melangkah ke final Terbuka Hong Kong, semalam.Malah, Chong Wei juga bakal menamatkan tahun 2010 dengan mengekalkan kedudukan No. 1 dunia, selain memburu kejuaraan antarabangsa kelapannya musim ini.

Bagaimanapun, laluan juara All England itu untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu tidak mudah dengan seteru lama iaitu juara Olimpik, Taufik Hidayat dari Indonesia menanti pada perlawanan akhir di Stadium Queen Elizabeth, hari ini.

Semalam, Chong Wei yang turut menjuarai Terbuka Malaysia, Jepun, Macau, Indonesia, Grand Prix Malaysia serta pingat emas Sukan Komanwel tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain utama Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-14, 21-17 hanya dalam 36 minit.

Taufik, 29, pilihan ketiga kejohanan sebaliknya dipaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan pemain pelapis paling meningkat China, Chen Long 15-21, 21-11, 21-19 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 1 jam, 9 minit dalam satu lagi separuh akhir.

Rekod pertemuan kedua-dua pemain berpihak kepada Chong Wei, yang menang 9-6 (dalam kejohanan individu) ke atas pemain Indonesia itu, begitupun Taufik berjaya memenangi pertemuan mereka pada Kejohanan Dunia di Paris, Ogos lalu.

Selepas hasrat peminat untuk menyaksikan perlawanan ulangan di antara Chong Wei dan Lin Dan pada saingan akhir tidak kesampaian, berikutan tindakan Lin Dan menarik diri di suku akhir kelmarin, pertemuan Chong Wei-Taufik tetap dianggap klasik dan menjanjikan pertarungan menarik.

Terbuka Hong Kong yang menawarkan hadiah AS$250,000 (RM785,000) mampu menjadi penawar terbaik buat Chong Wei, selepas gagal merangkul gelaran dunia buat kali pertama, selain dikecewakan oleh Lin Dan dalam perebutan emas Sukan Asia, bulan lalu.

Sementara itu, juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia yang masih segar dengan kejayaan merampas pingat emas Sukan Asia daripada pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, mara ke final beregu lelaki selepas menumpaskan Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan 21-19, 23-21.

Pertarungan akhir perseorangan wanita pula bakal menyaksikan pertembungan menarik di antara pemain No. 5 dunia, Wang Shixian dari China dengan ratu badminton India, Saina Nehwal. Shixian mara selepas mengejutkan naib juara dunia dan rakan senegara, Wang Xin 21-13, 21-14, manakala Saina mengetepikan pemain utama Jerman, Juliane Schenk 21-19, 17-21, 21-12.

Kejuaraan beregu wanita pula menemukan pilihan pertama, Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin dari Taiwan dan beregu China, Wang Xiaoli-Yu Fang. Xiaoli-Yu Fang mara selepas mengejutkan pilihan kelima yang juga rakan senegara, Pan Pan-Tian Qing 21-9, 21-8. Wen Hsing-Yu Chin pula menumpaskan Valeria Sorokina-Nina Vislova 18-21, 21-12, 21-13.

Monday, November 22, 2010

Hoki lelaki ke separuh akhir


Read more... Skuad hoki lelaki negara berjaya menempah tempat ke separuh akhir selepas menang 4-2 ke atas China dalam perlawanan peringkat Kumpulan A di Padang Hoki Aoti, semalam.Malaysia tidak menunggu lama untuk mendahului apabila Muhamad Amin Rahim menyempurnakan pukulan sudut pada minit kedua.Tersentak dengan jaringan awal itu China bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan 11 minit kemudian, menerusi pukulan sudut penalti Liu Yixian.Skuad bimbingan Stephen Van Huizen kembali mendahului hasil permainan menarik Faizal Saari, yang memperdayakan pertahanan lawan sebelum melepaskan pukulan kencang pada minit ke-18.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan China berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-36 hasil jaringan padang Na Yubo.

Lima minit kemudian Malaysia kembali di depan, ia berpunca daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan dengan baik oleh Hafifihafiz Hanafi.

Malaysia berada pada kedudukan selesa untuk mencatatkan kemenangan apabila menambah gol keempat menerusi gol padang pemain berpengalaman, Azlan Misron pada minit ke-66.

Malaysia, yang menduduki tangga kedua Kumpulan A di belakang Korea Selatan, akan menentang juara Kumpulan B India dalam saingan separuh akhir esok.

Nicol, Azlan julang pingat emas


Read more... Malaysia kembali ligat memburu sasaran mencapai sembilan pingat emas pada Sukan Asia XVI di sini, selepas Datuk Nicol David dan Mohamad Azlan Iskandar masing-masing menyumbang pingat emas pada perlawanan akhir skuasy individu lelaki dan wanita, semalam.Kejayaan Nicol dan Iskandar semalam menjadikan jumlah kutipan emas kontinjen negara di Sukan Asia kepada lima emas dan kembali meletakkan Malaysia bersaing mencari kedudukan 10 terbaik pada temasya yang akan berakhir pada 27 November (Sabtu) ini.

Nicol, pemain yang menduduki ranking No. 1 dan juara dunia turun selaku penyandang juara menentang lawannya dari Hong Kong, Annie Au, yang terpaksa berpuas hati dengan perak dalam perlawanan yang mendebarkan sebelum ratu skuasy itu mencatat kemenangan 11-8, 8-11, 11-6, 11-7.

Nicol yang menang dalam set pertama bagaimanapun, terpaksa akur pada kehebatan Annie bermain hantaran bola pendek apabila tewas 8-11 dalam set kedua sebelum bangkit dalam dua set berikutnya apabila lawannya mula nampak keletihan dan sering melakukan kesilapan.

Taktik pemain Hong Kong itu yang gemar melakukan hantaran pendek dan bermain rali akhirnya menjerat diri, apabila Nicol bijak menggunakan corak permainan pantasnya untuk mencuri mata.

Kejayaannya itu juga sekali gus melebarkan rekod kemenangannya pada Sukan Asia sejak meraih emas pertama pada Temasya Bangkok 1998 sebelum tewas pada perlawanan akhir di Busan 2002 untuk pulang gangsa dan bangkit merampas kembali kemenangan dalam Sukan Asia Doha 2006.

Nicol yang akan beraksi dalam acara berpasukan wanita berkata, beliau benar-benar terharu dan gembira dengan kejayaan memenangi acara individu.

''Dia (Annie) bermain dengan baik. Saya benar-benar memerah keringat pada petang ini (semalam). Saya menyedari terpaksa melakukan yang terbaik untuk menang pertarungan itu dan akhirnya saya berjaya. Ini adalah emas ketiga saya dalam Sukan Asia. Saya bangga dapat menyumbang pingat emas untuk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Sementara itu, Azlan yang akhirnya berjaya memenangi pingat emas pertama Sukan Asia mengakui berasa puas selepas sekadar meraih perak di Doha 2006 selepas tewas kepada Ong Beng Hee pada perlawanan akhir.

''Pingat emas ini ditujukan untuk negara. Ini yang paling penting. Kami dibayar untuk mencari pingat emas dan bukan sekadar berusaha keras semata-mata," ujarnya.

Pada perlawanan akhir, semalam Azlan yang turun selaku pilihan pertama berjaya menewaskan lawannya dari Pakistan yang menang perak, Aamir Atlas Khan 11-6, 11-7, 11-6 yang terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki pemain Malaysia itu dalam tempoh 39 minit.

Aamir, kelmarin menewaskan penyandang juara Doha 2006, Beng Hee 11-5, 11-8, 9-11, 15-13 untuk menempah pertemuan akhir skuasy individu manakala Azlan mengetepikan cabaran India, Saurav Ghosal 11-5, 6-11, 11-5, 12-10.

Sementara itu, Beng Hee dan seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Low Wee Wern masing-masing membawa pulang pingat gangsa daripada acara individu itu.

Saturday, November 20, 2010

Reds beraksi tanpa Gerrard


Read more... Liverpool beraksi tanpa Steven Gerrard, minggu ini, tetapi mereka tidak mungkin mengharapkan lawan yang lebih baik berbanding West Ham ekoran ketiadaan kapten itu yang selama ini menjadi tonggak pasukan.Reds ternyata berang selepas pemain tengah itu berada di atas padang selama lebih sejam sewaktu England kalah 1-2 kepada Perancis dalam perlawanan persabahatan pertengahan minggu di Wembley.

Kelab itu menegaskan yang mereka telah membuat perjanjian dengan pengurus England, Fabio Capello bahawa Gerrard yang di bawa keluar ekoran kecederaan hamstring pada minit ke-84, sepatutnya ditukarkan dalam tempoh sejam permainan.

‘‘Sukar untuk percaya SG (Steven Gerrard) cedera,’’ kata Ketua Kecergasan Liverpool, Darren Burgess yang dipetik melalui laman sosial Twitter.

‘‘Ia sangat tidak profesional dan sekarang kami terpaksa membayar harga atas sikap tidak bertanggungjawab itu. Ia sesuatu yang amat memalukan,’’ tambahnya dalam satu mesej yang kemudiannya telah dipadam daripada laman tersebut.

Liverpool menjangkakan Gerrard mungkin tidak dapat beraksi antara tiga hingga empat minggu, dan, dia akan terlepas perlawanan menentang kelab tercorot Liga Perdana, West Ham di Anfield, hari ini.

Ketiadaan Gerrard bakal membuka laluan kepada Christian Poulsen bagi menyakinkan Liverpool yang penyertaannya ke dalam kelab itu berbaloi, terutamanya, ketika Lucas yang digantung selepas menerima kad merah ketika tumpas 0-2 kepada Stoke, minggu lalu, yang sekali gus menamatkan rekod enam perlawanan tanpa kalah Reds.

Poulsen, 30, pemain yang dibeli dari Juventus pada awal musim, tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas Liverpool tewas 1-2 kepada Blackpool pada 3 Oktober lepas.

Pemain Denmark itu telah diejek oleh penyokong Liverpool sewaktu dia di bawa masuk sebagai pemain gantian ketika Liverpool seri 1-1 dengan Wigan awal bulan ini.

Namun Poulsen, yang pernah bermain di bawah kendalian pengurus Liverpool, Roy Hodgson di Copenhagen, menegaskan yang dia yakin untuk memenangi hati penyokong dengan membantu kelab itu berada di kedudukan teratas liga.

‘‘Saya tahu yang saya berada di dalam sebuah kelab yang besar dan persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan utama amat sukar,’’ kata Poulsen.

‘‘Saya berada dalam situasi yang amat tertekan kerana tidak bermain baik pada permulaan musim. Tetapi saya gembira berada di sini.

‘‘Saya tidak fikir penyokong Liverpool telah menyaksikan aksi sebenar saya. Kami mempunyai jurulatih baru, kakitangan di belakang tabir yang baru dan pemain serta pemilik kelab yang baru. Ia mengambil masa untuk kami mencari persefahaman.

‘‘Saya harap kami dapat memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Saya benar-benar ingin memainkan peranan besar untuk membantu pasukan.’’

Hodgson turut meragui kecergasan penyerang, Fernando Torres dan Dirk Kuyt. Torres yang terlepas aksi persahabatan yang menyaksikan Sepanyol tewas 0-4 kepada Portugal mengalami kecederaan buku lali di Stoke, sementara, Kuyt juga berhadapan masalah sama dan diketepikan daripada tugas antarabangsa mewakili Belanda.

Sementara itu, pemain England, Joe Cole juga mungkin tidak beraksi berikutan masalah hamstring, manakala, Martin Skrtel bergelut dengan kecederaan lutut dan buku lali.

Kecederaan hantui Chelsea


Read more... Masalah kecederaan kini menghantui Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yang akan berkunjung ke Stadium St. Andrew, hari ini, untuk perlawanan Liga Perdana menentang Birmingham City.
Malah, kekalahan mengejut sewaktu menentang Sunderland di Stamford Bridge, Ahad lepas, turut memberi impak yang besar kepada pasukan bimbingan Ancelotti itu.Selepas kekalahan pertama 3-0 di tempat sendiri, Chelsea terus diburu keresahan apabila kapten pasukan, John Terry mungkin tidak dapat beraksi untuk beberapa bulan kerana masalah saraf.

Selain Terry, pemain pertahanan tengah, Alex juga tidak dapat diturunkan kerana baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan akan direhatkan sekurang-kurangnya enam minggu.

Dalam pada itu, Terry dijadual akan mendapatkan rawatan di Itali bagi memastikan masalah saraf yang dihidapinya sejak hujung musim lepas dapat di atasi.

''Masalah ini mengganggu saya, saya tahu kecergasan saya tidak begitu baik untuk perlawanan menentang Birmingham dan masalah ini memerlukan masa sebulan untuk pulih,'' kata Terry.

Bagi mengatasi masalah skuad Blues itu, Ancelotti terpaksa menurunkan beberapa pemain muda seperti Branislav Ivanovic dan Paulo Ferreira untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan.

Sementara itu, Ancelotti berkata, pemain tengahnya, Frank Lampard memerlukan tiga minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan sebelum boleh beraksi, manakala, Michael Essien digantung dua perlawanan selepas perlawanan menentang Fulham.

Selain itu, bintang Chelsea, Didier Drogba masih belum cergas sepenuhnya setelah pulih daripada penyakit malaria.

Thursday, October 28, 2010

Empat 'otai' NS janji gegar aksi final


Read more... Empat pemain 'otai' skuad Negeri Sembilan menyatakan tekad untuk mengganyang Kelantan biarpun diasak bertubi-tubi, lebih-lebih lagi dipikul tugas berat mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang disandang pada tahun 2009.kata mereka, misi 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini lebih besar cabarannya, bukan setakat menjulang kembali Piala Malaysia ini, tetapi berhadapan 'musuh' yang sama-sama ditemui pada babak akhir 2009 lalu.

'Otai' Hoben Jang Hoben, Rezal Zambry Yahya, Idris Abdul Karim, Muhammad Shukor Adan dan Ching Hong Aik adalah sandaran skuad ini dalam menghadapi Kelantan, Sabtu ini dan mereka mempunyai cerita untuk dikhabarkan kepada pemain dan penyokong Kelantan.

''Kita akan lenyapkan impian Red Warriors untuk membalas dendam kekalahan mereka musim lalu. Kita akan pertahankan Piala Malaysia untuk kali keduanya," kata ketua pasukan, Rezal, 32, ketika ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, semalam.

Katanya, strategi dan gerak permainan yang diaturkan oleh jurulatih Wan Jamak Wan Hasan pasti menyengat lawan pada babak akhir Sabtu ini.

''Saya akui beban memang di bahu kami. Tetapi kami bukan pasukan pilihan, jika dibandingkan dengan Kelantan. Kami adalah pasukan bertahan yang akan melakukan apa sahaja untuk memastikan piala itu bertakhta di negeri ini," katanya.

Tambah Rezal, sebagai pemain senior dalam pasukan ini, dia optimis untuk terus meletakkan keyakinan kepada rakan sepasukan bahawa mereka boleh menggegar Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kejutan yang mungkin tidak dapat dirasakan oleh pemain Kelantan.

''Pemain muda dan barisan sedia ada telah buktikan komitmen mereka ketika kami berjaya menjulang Piala Malaysia musim lalu termasuk Piala FA," katanya.

Rezal yang masih bergelut dengan kecederaan pada lututnya tetap meletakan azam untuk beraksi pada babak akhir ini.

''Tunggu sahaja Jumaat ini, kalau semua baik, saya akan turun beraksi dengan persetujuan jurulatih," tegasnya.

Sementara itu, Muhammad Shukor, 32, mempunyai tugas besar memastikan benteng pertahanan terus kukuh tanpa boleh dilepasi barisan serangan Kelantan.

''Bukan semua pemain bertuah kerana dapat beraksi pada babak akhir ini dan tentulah bagi pemain 'otai' seperti kami semua, akan menjadi penyuntik semangat kepada pemain muda untuk beraksi dengan lebih baik.

''Sudah tentulah sebagai 'otai' dalam pasukan, kami akan sentiasa memberi perangsang dan kata-kata semangat kepada rakan sepasukan dan tidak terlalu alpa dengan taktik yang dibawa lawan di tengah padang," katanya.

Dalam pada itu, Idris, 34, berkata, dia sudah tiga kali bermain di babak akhir Piala Malaysia dan percaya kehadiran ramai pemain muda di dalam skuad Negeri Sembilan akan memberikan kelebihan kepada pasukan ini.

''Walaupun mereka ini muda, tetapi mempunyai bakat yang sudah digilap oleh Wan Jamak. Kami akan terus membimbing mereka di tengah padang.

''Saya akan bermain sebaik mungkin dan memastikan Piala Malaysia ini tidak keluar diusung pemain Kelantan ke Kota Bahru. Saya mahu piala ini diusung dan dibawa kembali ke Seremban," katanya.

Sementara itu, bek kiri Negeri Sembilan yang juga merupakan pemain paling senior, Hong Aik, 35, beranggapan tugas Negeri Sembilan mempertahankan gelaran juara sebenarnya lebih sukar berbanding Kelantan yang ingin bergelar juara.

''Saya tahu ia akan memberikan sedikit tekanan kepada kami, namun ia bukan alasan untuk tidak melangkah ke stadium itu dengan kejayaan.

''Kami sudah bersedia untuk berhadapan Kelantan, penyokong juga diharap turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan. Kami akan bermain dengan cara yang terbaik. Memang pasti dicari, tetapi bola itu bulat, macam-macam boleh berlaku," katanya.

Sunday, October 24, 2010

Chelsea kukuhkan kedudukan liga


Read more... Juara bertahan, Chelsea dipaksa bekerja keras oleh Wolverhampton Wanderers sebelum menang 2-0 untuk menjarakkan kelebihan kepada lima mata di hadapan Manchester City yang berada di tangga kedua.Florent Malouda menjaringkan gol ketujuhnya pada musim ini pada minit ke-23, selepas mempamerkan gerakan menarik bersama Nicolas Anelka dan Yuri Zhirkov.

Ketika penonton di Stamford Bridge cemas melihatkan kedudukan 1-0 masih belum selamat buat Chelsea, pemain gantian, Salomon Kalou memastikan tiga mata milik Chelsea apabila tenang menyempurnakan hantaran daripada Michael Essien pada minit ke-82.

Wolves cuba mendapatkan gol melalui beberapa percubaan, namun dihampakan kecekapan Peter Cech sementara Jose Bosingwa dan Didier Drogba masing-masing gagal menambahkan jaringan buat Chelsea.

Chelsea kini memungut 22 mata daripada sembilan perlawanan manakala Manchester City berpeluang merapatkan jurang mata kepada dua sekiranya menang ke atas Arsenal, hari ini.

Dalam satu lagi perlawanan, kesilapan penjaga gol Everton, Tim Howard membantu Tottenham seri 1-1 dengan Everton di White Hart Lane.

Everton yang masih segar dengan kemenangan ke atas Liverpool dalam pertembungan Merseyside minggu lalu, membuka tirai perlawanan dengan baik apabila Leighton Baines menjaringkan gol pada minit ke-17 melalui sepakan percuma yang cantik.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Tottenham melipatgandakan usaha dalam mencari gol penyamaan dan hasilnya tiga minit kemudian, jaringan yang dicari akhirnya menjelma.

Berpunca hantaran bola silang daripada pemain pertahanan, Alan Hutton ke sebelah kanan pintu gol Everton, Howard membuat kesilapan dengan menumbuk bola tersebut tepat ke arah Peter Crouch.

Penyerang antarabangsa England itu bijak mengambil kesempatan dengan menanduk tepat ke arah tengah kawasan gol Everton sebelum disambar Rafael Van der Vaart yang mudah melepaskan rembatan untuk gol penyamaan

Kelantan Bertemu N.Sembilan Di Final


Read more... Bagaikan ulangan perlawanan akhir tahun lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan sekali lagi bertemu pada pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil, 30 Oktober ini.Jaringan tunggal daripada pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78 ekoran kesilapan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias sudah cukup buat skuad Red Warriors menyingkirkan Kedah dalam aksi di Stadium Sultan Muhammed IV.

Gol tersebut membawa Kelantan ke pentas perlawanan akhir untuk dua musim berturut-turut menyebabkan stadium bertukar menjadi gegak gempita dengan sorakan padu lebih 20,000 penyokong fanatik tuan rumah.

Kehadiran semula Norshahrul dalam kesebelasan utama Kelantan ternyata membawa masalah kepada pasukan pelawat apabila merencanakan hampir setiap serangan Red Warriors.

Norshahrul hanya memerlukan tempoh empat minit untuk menguji gawang Kedah, namun percubaannya pada minit ke dua terkena tiang gol sebelum satu lagi rembatan kaki kirinya melebih palang gol, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Percubaan pertama Kedah hadir seawal minit ke-11 melalui Mohd. Faizal Abu Bakar, namun sepakan leret diambilnya singgah di sebelah kanan gawang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Selepas asakan bertali arus, Norshahrul akhirnya menjadi pemusnah apabila sepakan sudut yang diambilnya melencong masuk ke dalam gawang dan gagal dibaca dengan baik oleh Mohd. Helmi yang tertumbuk ke dalam gawang sendiri.

''Kemenangan ini saya hadiahkan kepada semua penyokong setia Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami.

''Mungkin ketiadaan saya dalam dua perlawanan ekoran penggantungan memberikan kelebihan kepada saya untuk beraksi baik membantu Kelantan mendapatkan gol,'' katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Negeri Sembilan bangkit menebus maruahnya yang tercalar di Paroi minggu lalu untuk mengatasi Johor FC 2-0 di gelanggang lawan apabila mara dengan kelebihan agregat 2-1.

Kemenangan itu melayakkan pasukan Negeri Sembilan ke Bukit Jalil buat kali kedua berturut-turut sekali gus menghancurkan harapan Sang Lebah untuk beraksi buat pertama kali.

Jaringan pertama disumbangkan oleh Mohd. Shukor Adan pada minit ke-36 melalui satu tandukan yang menerjah gawang lawan.

Gol kedua dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-60 separuh masa kedua melalui tendangan penalti selepas S. Kunalan dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Skuad Lebah semakin hilang punca apabila pemain pertahanan mereka, Mohamad Izuan Jarudin dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua.

Perlawanan juga tergendala selama dua minit pada minit ke-84 apabila penyokong tuan rumah membaling botol ke dalam padang gara-gara membantah keputusan pengadil, namun pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan.

Friday, October 22, 2010

N. Sembilan belum panik


Read more... Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan berkata, semuanya tampak sempurna buat pasukannya, yang menguasai perlawanan ketika berdepan Johor FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, kelmarin.Namun, kesilapan penjaga gol pasukan tuan rumah, Sani Anuar Kamsani, yang gagal membaca tepat pergerakan bola, memberikan ruang kepada Johor FC mencuri satu gol untuk dibawa pulang ke Pasir Gudang.

''Inilah bola sepak, walaupun saya rasakan semua pemain sudah beraksi baik, kami akhirnya kalah.

''Kami tidak sepatutnya kalah. Namun, akibat satu kesilapan pada minit akhir, ia menghukum kami. Begitupun, saya ucapkan tahniah kepada pemain kerana mereka telah memberikan yang terbaik, '' katanya, kelmarin.

Mohd. Ezaidy Khadar muncul wira Johor FC apabila jaringannya pada minit ke-89, memberikan skuad bertaraf kelab itu bekalan berharga pada aksi separuh akhir kedua, esok.

Begitupun, Wan Jamak belum panik sebaliknya optimis mereka akan bangkit pada perlawanan kedua di Stadium JCorp.

''Saya telah berpesan kepada pemain supaya jangan sesekali mudah berputus asa. Masih ada baki saingan 90 minit, apa yang penting kami perlu memburu gol awal di Pasir Gudang nanti, '' katanya.

Wan Jamak turut mempertahankan tindakannya meletakkan Ching Hong Aik di posisi hadapan, walaupun gagal bergandingan baik dengan Shahurain Abu Samah.

''Saya tiada pilihan, kami ada ramai penyerang muda yang berbakat, tetapi tiada pengalaman untuk beraksi pada peringkat seperti ini.

''Mahu tidak mahu, saya terpaksa meletakkan Hong Aik yang bertindak sebagai perancang di barisan hadapan,

Rooney akhirnya bersuara


Read more... Wayne Rooney menyalahkan kegagalan Manchester United berbelanja besar untuk menguatkan pasukan, mendorong dia mengambil keputusan enggan menandatangani kontrak baru bersama juara 18 kali Liga Perdana England itu.Rooney mengejutkan United minggu lalu, apabila memberitahu ketua eksekutif, David Gill bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu, kerana kurang senang terhadap polisi kelab yang kurang bercita-cita dalam pasaran perpindahan pemain.

Pengurus Alex Ferguson kemudiannya mengumumkan keputusan Rooney Selasa lalu, ketika pemain berusia 24 tahun itu masih diberi pilihan untuk kekal di Old Trafford.

Namun, Rooney dilihat tetap berhasrat untuk meninggalkan kelab tersebut.

"Saya bertemu David Gill minggu lalu dan dia tidak memberikan saya apa-apa jaminan tentang masa depan pasukan ini.

"Kemudiannya, saya memberitahu dia bahawa saya tidak akan menandatangani kontrak baru. Saya berminat untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Alex kelmarin, dan terkejut dengan beberapa kenyataan beliau.

"Memang benar, seperti yang dikatakannya, saya dan ejen saya telah beberapa kali berbincang dengan kelab mengenai kontrak baru.

''Pada satu mesyuarat Ogos lalu, saya bertanyakan mengenai jaminan terhadap keupayaan berterusan kelab untuk menarik pemain terbaik dunia,'' kata Rooney dalam kenyataan, kelmarin.

Rooney memenangi tiga trofi Liga Perdana England dan sekali Liga Juara-Juara, sejak menyertai United pada 2004 dari Everton dengan bayaran AS$40 juta.

Namun, United hanya memenangi Piala Liga musim lalu, selepas kehilangan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.

United tidak membeli mana-mana pemain berprofil tinggi sebagai pengganti, walaupun memiliki simpanan tunai 163.8 juta pound, pada tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun.

Keupayaan United untuk bersaing membeli pemain terbaik dunia, dihampakan dengan beban hutang lebih 750 juta pound, ekoran pengambilalihan kelab itu oleh keluarga Glazer pada 2005.

Rooney juga membandingkan kelab jiran, Manchester City yang secara dramatik berbelanja besar, jauh mengatasi United sejak dua tahun lalu setelah dibeli oleh usahawan dari Abu Dhabi, Sheikh Mansour.

Wednesday, October 20, 2010

Johor FC menyengat


Read more... SANG Lebah menyengat, Rusa merana, Kenari dan Kijang pula belum senang duduk. Itu yang berlaku pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam tadi.Johor FC yang mendapat jolokan Lebah, mengganas di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan.

Kemenangan tersebut sekurang-kurangnya melegakan skuad bimbingan Azuan Zain itu yang akan beraksi di gelanggang sendiri pada aksi kedua, Sabtu ini.

Kemenangan Johor FC itu diperoleh menerusi jaringan pemain gantian, Mohd. Ezaidy Khadar yang menyambar bijak kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-88.

Kemenangan tersebut boleh dianggap selesa buat Sang Lebah yang telah mempamerkan corak permainan konsisten sejak dari peringkat kumpulan lagi.

Bagi Negeri Sembilan, kekalahan pada perlawanan ini agak menyukarkan misi mereka untuk mempertahankan Piala Malaysia yang mereka menangi tahun lalu dan yang pasti, mereka harus menyalahkan jentera serangan yang gagal menfaatkan beberapa peluang yang diperoleh sepanjang perlawanan tersebut.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah lain pula ceritanya.

Tuan rumah, Kedah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kelantan, namun yang menjadi tumpuan ialah penahanan 10 penyokong Kedah oleh pihak polis selepas dikesan cuba membawa masuk mercun, bunga api, baton spring dan air ketum.

Tindakan pantas pihak polis itu telah menggagalkan hasrat penyokong yang tidak berdisiplin itu untuk mengadakan ‘pesta mercun’ sepanjang perlawanan tersebut.

Meskipun masih terlalu awal untuk membuat ramalan, tetapi keputusan perlawanan malam tadi bakal menyukarkan tugas skuad Kenari yang akan bertandang ke Kota Bharu, Sabtu ini sementara Kelantan boleh mengukir senyuman kerana mereka telah membuktikan kekebalan di halaman sendiri setakat ini.

United Resah Andai Rooney Ke City


Read more... Manchester United bertekad untuk memastikan Wayne Rooney tidak menyertai musuh setempat mereka, Manchester City. Sebaliknya, skuad The Red Devils itu lebih rela menjual Rooney kepada Barcelona atau Chelsea.Masa depan Rooney di Old Trafford hampir pasti berakhir pada Januari depan setelah pengurus United, Alex Ferguson mengesahkan bahawa penyerang England itu mahu meninggalkan kelab tersebut.

City dikatakan bersedia menawarkan Rooney gaji sekitar £250,000 (RM1.2 juta) seminggu tetapi United lebih cenderung melihat pemain England itu berhijrah ke luar negara atau menyertai Chelsea.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola malam kelmarin turut mengesahkan bahawa dia cukup mengidamkan pemain seperti Rooney.

“Dia (Rooney) merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia dan tak ramai pemain yang memiliki kualiti sepertinya. Saya dah lama meminatinya,” kata Guardiola.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti turut mengalu-alukan kehadiran Rooney ke kelab London itu andai ayam tambatan United itu berminat menyertai mereka.

Ketika ini, United dikatakan begitu bimbang jika Rooney memilih untuk menyertai City dan kemudiannya mereka melihat pula pemain itu berjaya membantu City muncul juara Liga Perdana England musim ini.

“Jika perpindahan ke City itu berlaku, ia pasti akan menjadi satu mimpi ngeri buat kami. Jadi kami akan sedaya upaya untuk menghalang ia daripada berlaku,” kata sumber dalaman United.

Namun United mungkin terpaksa akur dengan kekayaan dimiliki City yang mampu untuk memberikan tawaran lebih lumayan berbanding kelab-kelab lain bagi mendapatkan Rooney.

Nilai Rooney kini telah pun merudum kerana dia hanya memiliki baki kontrak sehingga Jun 2012 bersama United.

Barcelona dijangka akan meletakkan tawaran sekitar £25 juta (RM122.5 juta) untuk mendapatkan Rooney tatkala City pastinya mampu meletakkan tawaran yang lebih tinggi.

Tuesday, October 19, 2010

Man. City sedia melabur dapatkan Rooney RM493j !!!


Read more... Manchester City sedia membuat tawaran perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dengan pakej berjumlah £100 juta (RM493 juta) bagi mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.
Penyerang England itu telah memaklumkan kepada United tentang niatnya yang enggan menyambung kontrak baru selepas perselisihan faham dengan pengurus, Alex Ferguson.

City kini bersedia mengambil kesempatan di atas masalah yang sedang melanda kelab Old Trafford itu.

Kelab Eastlands itu dikatakan merancang mengemukakan pakej perpindahan yang bakal menyaksikan mereka membayar United £50 juta (RM246.3 juta) ke atas Rooney dengan tambahan £50 juta (RM246.3 juta) bagi membayar gaji penyerang tersebut yang masih ada baki kontrak selama empat tahun lagi di United.

City juga sanggup menjadikan Rooney sebagai pemain yang menerima bayaran termahal dalam Liga Perdana England dengan gaji mencecah £250,000 (RM1.2 juta) seminggu atau £13 juta (RM64 juta) setahun.

Malah, Rooney yang semakin tidak gembira dengan kehidupannya di Old Trafford juga dikatakan bersedia menerima tawaran perpindahan paling kontroversi itu yang melibatkan dua kelab di Manchester.

Real Madrid telah menafikan yang mereka berminat membeli Rooney apabila musim perpindahan

dibuka Januari depan, manakala Barcelona pula tidak mempunyai sumber kewangan yang besar untuk mendapatkan penyerang berusia 24 tahun itu.

Rooney meninggalkan Everton ketika berusia 20 tahun untuk menyertai United pada musim 2004 dengan yuran perpindahan berjumlah £25.6 juta (RM126 juta).

Chelsea Turut Alu-Alukan Kedatangan Rooney


Read more... Carlo Ancelotti membuka pintu buat penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney menyertai Chelsea. Ketika ini, pengurus The Blues itu sedang memantau hubungan Rooney dengan pengurus United, Alex Ferguson yang kini dilaporkan semakin panas.
Situasi itu mencetuskan spekulasi bahawa Rooney bakal meninggalkan Old Trafford.

"Sekiranya United bersedia melepaskan Rooney, bukan saja akan menarik perhatian Chelsea, bahkan kelab lain juga akan berminat," jelas Ancelotti.

Baru-baru ini, pemilik Chelsea, Roman Abramovich telah mengarahkan agar perbelanjaan skuad The Blues itu dikurangkan.

Namun, sumber rapat kepada jutawan Rusia itu memberitahu: "Sekiranya harga Rooney berpatutan, Abramovich sudah pasti berminat untuk mendapatkannya."

Rooney, 24, mempunyai baki kontrak 18 bulan lagi di Old Trafford dan difahamkan, penyerang England itu juga mahu gaji sebanyak £200,000 (RM985,772) seminggu untuk kekal bersama United.

Monday, October 18, 2010

Pertembungan Real Madrid VS AC Milan Di Nanti Peminat


Read more... Dua pasukan ternama di Eropah, Real Madrid dan AC Milan akan membuat perhitungan dalam aksi Liga Juara- Juara di Santiago Bernabeu awal pagi esok dengan kedua- duanya memasang impian untuk menerajui tangga teratas Kumpulan G.

Real ketika ini mempunyai kelebihan dua mata mengatasi AC Milan selepas kelab Sepanyol itu menang kedua-dua perlawanan awal tanpa dibolosi sebarang gol.

Biarpun Real cemerlang menyumbat 10 gol dalam dua perlawanan terakhir liga domestik, Milan memiliki rekod cemerlang selepas menewaskan Real 3-2 di Bernabeu pada aksi musim lalu menerusi jaringan kemenangan Alexandre Pato.

Namun penyerang Real, Cristiano Ronaldo yakin pasukannya kini sudah menemui rentak dan perlawanan tersebut tepat pada masanya untuk mereka membalas dendam atas kekalahan musim lalu.

"Kemenangan 4-1 ke atas Malaga, Sabtu lalu memberi kami keyakinan untuk menghadapi Milan. Kami sedar kemenangan ke atas Milan secara kasarnya sudah melayakkan kami ke pusingan kalah mati.

"Jadi kami akan turun pada perlawanan ini berbekalkan prestasi semasa yang cukup baik ketika ini," kata Ronaldo.

Jurulatih Real, Jose Mourinho turut memiliki rekod baik bertemu Milan ketika dia membimbing Inter Milan musim lalu dengan tiga kemenangan dan sekali tewas kepada Milan.

"Saya gembira dengan evolusi yang berlaku dalam pasukan ini. Kami berjaya menjaringkan banyak gol kerana kami memiliki penjaring gol dan jika kami menang ke atas Milan, pusingan kalah mati sudah hampir pasti milik kami," kata Mourinho.

Milan pula turut pada prestasi terbaik selepas mereka menewaskan Chievo 3-1 pada aksi Serie A, Sabtu lalu.

Pemain Milan, Andrea Pirlo yakin skuad bimbingan Massimiliano Allegri pada musim ini mampu mengulangi kejayaan lalu apabila menjuarai Liga Juara- Juara pada 2003 dan 2007 ketika dibimbing Carlo Ancelotti.

"Pasukan ini mengingatkan saya kepada skuad Milan ketika di bawah bimbi- ngan Ancelotti. Saya ketika itu beraksi sebagai pemain tengah bersama Kaka dan Rui Costa.

"Kami kini sudah mula kembali beraksi seperti itu yang mana ia telah membawa kejayaan cemerlang. Kami harap ia merupakan suatu petanda yang baik," kata Pirlo.

Sunday, October 17, 2010

Rooney tinggalkan United?


Read more...


ROONEY dikatakan sudah tawar hati untuk terus kekal di Old Trafford selepas berlaku perselisihan dengan Ferguson.





Wayne Rooney bakal mening- galkan Manchester United berikutan beberapa perselisihan faham dengan pengu- rus, Alex Ferguson.(Click READ MORE Di Sebelah Gambar Untuk Berita Lanjut)

Perbincangan kontrak baru yang akan mengekalkan Rooney di Old Trafford sehingga penghujung kariernya telah tertangguh, sekali gus membuka jalan buat penyerang England itu meninggalkan United pada musim perpindahan Januari depan.

Hubungan Ferguson dan Rooney sema- kin renggang sejak penyerang berusia 24 tahun itu kembali daripada tugasan anta- rabangsa bersama England minggu lepas.

Semuanya berpunca daripada beberapa perselisihan faham berikutan pembongka- ran skandal seks Rooney yang turut menyaksikan Ferguson mengetepikan penyerang England tersebut dalam skuad United.

Penyerang itu diketepikan ketika United menentang bekas kelabnya, Everton seminggu selepas skandal tersebut terbongkar.

Ferguson menjelaskan bahawa beliau hanya mahu melindungi penyerang itu da- ripada kutukan peminat Everton yang enggan memaafkannya kerana meninggal- kan Goodison Park pada 2004.

Tetapi sebenarnya Ferguson memberi- tahu Rooney bahawa keputusan berkenaan dibuat sebagai hukuman terhadap isu peribadinya itu dan juga berdasarkan ramalannya bahawa prestasi penyerang tersebut akan terjejas.

Terbaru, Rooney diletakkan di bangku simpanan dan masuk sebagai pemain gantian ketika United seri 2-2 dengan West Brom di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.

Ketua Eksekutif United, David Gill kini bersiap sedia untuk berdepan satu lagi perpindahan paling sensasi dalam sejarah pasukan itu.

Ketiadaan Rooney nanti diramal mencetuskan pelbagai polemik baru berbanding perpindahan dua bintang The Red Devils sebelum ini, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Barcelona dan Real Madrid menjadi destinasi terbaik baginya untuk keluar dari England manakala Chelsea dan Manchester City pula akan memberi peluang kepada Rooney untuk terus beraksi dalam Liga Perdana England.

Begitupun, Rooney sebelum ini memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk berpindah keluar dari England dan tidak begitu selesa dengan gaya hidup di kota London.

Situasi ini menyaksikan kelab terkaya dunia, City berpeluang cerah untuk merampas penyerang tersebut daripada kelab jiran setempat mereka.

Pemilik kelab, Sheikh Mansour juga sedang mencari seorang penyerang baru setelah Robinho gagal memberi impak di kelab Eastlands itu.

Malah, Rooney juga kagum dengan sambutan yang diberikan terhadap Carlos Tevez ketika dia meninggalkan United dan menyertai City, 18 bulan lalu.

Perpindahan Rooney ke City juga boleh dilihat sebagai reaksi balas dendamnya terhadap Ferguson.

Sengsara Liverpool bermula


Read more... Zaman sengsara Liverpool bermula dan pasukan itu dilihat berpotensi untuk turun ke liga divisyen satu musim depan. Hajat kelab itu untuk memulakan era baru dalam Liga Perdana England terus terencat.

Semalam, skuad kendalian Roy Hodgson itu mengalami kekalahan 0-2 kepada Everton dalam pertemuan dua kelab jiran setempat Merseyside tersebut.

Dua gol daripada Tim Cahill dan Mikel Arteta menjamin tiga mata penuh buat Everton yang berjaya melonjak ke tangga ke-11, manakala Liverpool jatuh ke tangga kedua tercorot liga.

Dengan pemilik baru kelab itu dari Amerika Syarikat, John W. Henry hadir untuk menonton perlawanan di Goodison Park itu, Liverpool tetap gagal menghadiahkan kejayaan yang amat dinanti-nantikan peminat mereka selepas isu pengambilalihan kelab tersebut sudah diselesaikan.

Kekalahan semalam juga menyaksikan skuad kendalian Roy Hodgson itu hanya mengutip enam mata daripada lapan perlawanan musim ini.

Ia memberi gambaran mengenai tugas sukar yang menanti pemiliknya, Henry dan Kumpulan New England Sports Ventures (NESV) untuk membina semula reputasi The Reds selaku pasukan elit yang kini semakin tenggelam. Apa yang pasti, kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad dari Anfield itu boleh dikatakan sebagai landasan untuk mereka turun ke liga bawahan.

Saturday, October 16, 2010

Man. United Hanya Seri


Read more... Manchester United mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana England apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan West Bromwich Albion semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford itu, skuad The Red Devils terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang muda Mexico, Javier Hernandez seawal minit kelima.

Nani menambah derita West Bromwich apabila meledak gol kedua United pada minit ke-25, sekali gus meletakkan skuad kendalian Alex Ferguson itu selesa sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bermula, West Bromwich dilihat tampil dengan aksi lebih kemas dan hasilnya mereka memperoleh gol pertama apabila tonggak pertahanan United, Patrice Evra menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50.

West Bromwich tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Somen Tchoyi meledak gol lima minit kemudian.

Dengan keputusan seri itu, United masih kekal di tangga ketiga liga dengan hanya mengumpul 14 mata, empat dibelakang pendahulu, Chelsea.

Sementara itu, Arsenal memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Birmingham City di Emirates.

Begitupun, Birmingham terlebih dahulu mengejut tuan rumah apabila membuka tirai jaringan menerusi Nikola Zigic pada minit ke-33.

Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, The Gunners kembali memperkemaskan jentera serangan mereka sebelum Samir Nasri meledak gol penyamaan hasil sepakan penalti yang diperoleh empat minit sebelum tamat babak pertama.

Marouane Chamakh menyelamatkan maruah The Gunners apabila dia menjaringkan gol kemenangan hanya selepas dua minit babak kedua bermula.

Di Craven Cottage, Tottenham Hotspur turut cemerlang selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Fulham sementara Bolton Wanderers menewaskan Stoke City 2-1 di Stadium Reebok.

Dua lagi perlawanan yang berlangsung semalam menyaksikan Newcastle United sekadar seri 2-2 dengan Wigan Athletic di St. James Park manakala Wolves seri 1-1 menentang West Ham United di Stadium Molineux.

Friday, October 15, 2010

Sukan Komanwel 2010 labuh tirai


Read more... SELAMAT tinggal New Delhi dan jumpa lagi di Glasgow 2014.

Slogan itu menutup tirai temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India yang bermula 3 Oktober lalu.

Semalam, secara rasmi temasya yang memasuki edisi ke-19 itu melabuhkan tirainya.

Upacara penutup di Stadium Jawaharlal Nehru itu berlangsung penuh gemilang-gemilang dan berwarna-warni.

Di sebalik pelbagai masalah yang menghantui tuan rumah, terutama dalam isu Perkampungan Sukan serta isu keselama- tan, temasya kali ini masih mampu berjalan lancar dan selamat.

Malah kini pujian diberikan kepada pihak penganjur yang berjaya memastikan temasya di New Delhi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Dalam masa yang sama, kontinjen Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila mencatat pencapaian terbaik pada Sukan Komanwel sejak menyertainya pada 1950 dengan memenangi 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa.

Catatan tersebut mengatasi pencapaian terbaik setakat ini iaitu pada 1998 di Kuala Lumpur yang menyaksikan kontinjen negara memenangi 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Pada temasya 2006 di Melbourne, Australia, kontinjen Malaysia membawa pulang tujuh pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa.

Semalam, Malaysia menambah empat lagi pingat emas pada hari terakhir saingan iaitu tiga menerusi badminton dan satu daripada gimnastik artistik.

Sementara itu, upacara penutup semalam bermula seawal pukul 2 petang waktu tempatan apabila Stadium Jawaharlal Nehru dibuka kepada orang awam.

Persembahan kebudayaan bertemakan kegemilangan sukan memulakan acara penutup diikuti perbarisan masuk setiap kontinjen ke stadium.

Majlis penutup dirasmikan oleh wakil Ratu Elizabeth, Putera Edward.

Hadir sama ialah Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Michael Fennel, Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan Timbalan Presiden India, M. Hamid Ansari.

Upacara penutup diakhiri dengan penyerahan bendera CGF oleh tuan rumah New Delhi kepada penganjuran Sukan Komanwel 2014, bandar raya Glasgow, Scotland.

Bendera CGF diserahkan oleh Ketua Menteri Delhi, Sheila Dikshit kepada wakil tuan rumah Sukan Komanwel 2014, Lord Provost of Glasgow, Robert Winter.

"Tugas sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2014 akan kami laksanakan sebaik mungkin," kata Winter dalam ucapannya semalam.

Skuad Badminton Tepati Ramalan Emas


Read more... EPERTI diramal, badminton menjadi 'lubuk emas' buat kontinjen Malaysia. Pada hari terakhir Sukan Komanwel 2010 semalam, barisan pemain badminton negara menyumbang tiga pingat emas, sekali gus membantu kontinjen Malaysia mengatasi sasaran 10 emas yang diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) pada temasya kali ini.

Daripada lima acara final yang berlangsung di Kompleks Sukan Siri Fort, empat dari- padanya menampilkan kelibat pemain negara.

Tampil sebagai pasangan bukan pilihan, Koo Kien Keat-Chin Eei Hui masih mampu mencipta kejutan apabila menghadiahkan pingat emas dalam acara beregu campuran.

Mereka menewaskan beregu pilihan pertama dari England, Nathan James Robert- son-Jenny Wallwork 22-20, 21-12.

Selepas itu, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih emas kedua peribadinya pada temasya ini selepas menang mudah 21-10, 21-8 ke atas Rajiv Ouseph dari England 21-10, 21-8 dalam acara perseorangan lelaki.

"Saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini. Ia dianggap sebagai suatu persiapan awal saya untuk menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, China bulan depan.

"Saya telah menjalani rawa- tan pada kecederaan belakang. Sebelum ini, kecederaan ini telah banyak mengganggu saya tetapi kini ia lebih baik.

"Dua kejayaan berturut-turut (Terbuka Jepun dan Sukan Komanwel) memberi keyakinan kepada saya untuk menghadapi Sukan Asia nanti," kata Chong Wei.

Emas ketiga acara badminton semalam dihadiahkan menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selepas mereka menumpaskan gandingan England, Robertson-Anthony Clark 21-19, 21-14.

Begitupun, Wong Mew Choo terlepas meraih emas apabila tewas 21-19, 21-23, 13-21 kepada pemain pilihan pertama dari India, Saina Nehwal.

Terdahulu, skuad negara muncul juara dalam acara berpasukan campuran selepas membenam India 3-1.

Friday, October 8, 2010

Hodgson lega Liverpool dijual


Read more... Pengurus Liverpool, Roy Hodgson semalam mendedahkan, beliau 'gembira' pasukan Reds dijual kepada pemilik Boston Red Sox kerana ia dapat menyelamatkan kelab tersebut.

Tawaran 300 juta pound (RM1.48 bilion) yang dikemukakan oleh pemilik Red Sox, New England Sports Ventures dipersetujui oleh tiga ahli lembaga kelab.

Bagaimanapun penjualan tersebut cuba dihalang oleh pemilik bersama Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett Jr., yang memberitahu, tawaran tersebut "sangat jauh daripada nilai sebenar kelab".

"Amat sukar untuk ahli lembaga menyelesaikan perkara ini. Saya tahu, ia tidak mudah buat mereka kerana pemilik mempunyai idea berbeza mengenai terma jualan.

"Pada saya persetujuan yang dicapai adalah sesuatu yang hebat. Nampaknya akan diteruskan,'' kata Hodgson.

Hodgson sebelum itu turut diberi jaminan, tugasnya sebagai pengurus adalah selamat sekali pun Liverpool mendapat pemilik baru.

Kedudukan pengurus berpengalaman itu nampak 'panas' ketika ini selepas Liverpool menghuni tangga tiga tercorot untuk berada di zon penyingkiran.

Nicol hampiri kejuaraan sulung


Read more... Pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David meneruskan kempen memburu pingat emas pertama Sukan Komanwel selepas melangkah ke perlawanan akhir di New Delhi, India.

Selepas gagal dalam dua percubaan, Nicol melangkah ke final pertamanya selepas mengetepikan pilihan keenam dari Australia, Kasey Brown 11-6, 11-3, 11-3..

Kemenangan ini bakal menemukan juara dunia lima kali itu dengan musuh tradisi, Jenny Duncalf dari England pada perlawanan akhir hari ini.

Duncalf mara selepas menundukkan rakan senegara, Alison Waters 6-11, 12-10, 11-9, 11-4.

''Ia satu perasaan yang amat menyenangkan - saya bermain baik hari ini.

"Apa yang saya fikirkan ketika ini cuma mahu layak ke final,'' kata Nicol.

Ketika ditanya mengenai peluang yang dinantikan selama ini untuk meraih emas, Nicol memberitahu: ''Saya mengambil masa agak lama untuk memahami apa yang berlaku kepada diri saya pada temasya lalu. Tetapi saya berusaha meningkatkan permainan saya. Saya bangga dapat beraksi di sini.''

Mengulas mengenai satu-satunya kejuaraan utama yang masih belum dimenanginya, Nicol berkata: ''Ia sesuatu yang belum pasti. Itu yang menariknya, saya hanya memerlukan selangkah lagi.''

Kemaraan Nicol bagaimanapun gagal dituruti rakan senegara, Mohd. Azlan Iskandar apabila dia kandas di separuh akhir.

Azlan, pilihan keenam terpaksa akur dengan kehebatan pemain No. 4 dunia, James Willstrop dari England 4-11, 7-11, 5-11.

Willstrop akan berdepan rakan senegara, Nick Matthew di final hari ini.

Tuesday, October 5, 2010

Real tunjuk belang


Read more... Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid membelasah Deportivo La Caruna 6-1 dalam saingan La Liga semalam sekali gus menghilangkan keraguan ketumpulan bahagian serangan kelab gergasi Sepanyol itu.

Hanya menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan sebelum ini, Real membuktikan permulaan yang baik di hadapan penyokong sendiri apabila mendahului Deportivo menerusi tandukan Ronaldo pada minit keempat.

Mesut Ozil menghukum kesilapan pertahanan pasukan pelawat untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-24 menerusi rembatan deras ke sudut pintu gol.

Xabi Alonso membuat hantaran jauh kepada Gonzalo Higuain sebelum membuat hantaran lintang kepada Angel de Maria yang menanduk kemas untuk gol ketiga pada minit ke 35.

Pada minit ke-48, Deportivo cuba bertindak balas apabila pada penyerangnya, Lassad Nouioui membuat gerakan solo, namun penjaga gol Real, Iker Casillas tenang menyelamatkan gawang pasukannya.

Derita Deportivo bertambah parah setelah Higuian menjaringkan go keempat Real pada minit ke-54 dan jaringan sendiri pemain tengah Deportivo, Jose Castro pada minit ke-61 meletakkan Real selesa mendahului 5-0.

Deportivo cuba meneruskan sisa perjuangan menerusi jaringan saguhati Juan Rodriguez pada minit ke-79 namun Ronaldo melengkapkan malam gemilang buat Real apabila menjaringkan gol keenam pada minit ke-89.

Nicol, Chong Wei 'diburu'


Read more... Sukan Komanwel Delhi yang memulakan acara semalam, merupakan gelombang baru buat sukan negara kita, apabila nama Malaysia menjadi sebutan ramai kerana memiliki jaguh bertaraf dunia.

Jika suatu ketika dahulu, jarang sekali atlet kita menjadi buruan media apatah lagi dikenali di luar negara, Sukan Komanwel di sini, lain pula ceritanya.

Mendahului senarai atlet kita yang paling popular di sini, sudah tentunya jaguh skuasy dunia, Datuk Nicol David, pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei serta jaguh basikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang.

Status ketiga-tiga atlet negara ini diletakkan sama tahap dengan atlet lain yang bertaraf dunia tetapi tidak beraksi seperti jaguh basikal trek Britain, Chris Hoy atau pelari wanita sensasi Afrika Selatan, Caster Semenya.

Nicol, Chong Wei dan Azizulhasni menjadi buruan media antarabangsa dan tempatan di sini.

Ini terbukti apabila seorang pegawai kontinjen negara 'diasak' dan dipaksa oleh wartawan asing supaya membawa keluar Chong Wei seketika dari Perkampungan Sukan, di sini, untuk ditemubual.

Setelah permintaannya gagal dipenuhi, wartawan terbabit meminta diberikan nombor telefon bimbit Chong Wei untuk dihubungi.

Nampaknya wartawan berkenaan amat bersungguh-sungguh untuk menemubual jaguh negara itu.

Penyertaan Nicol pada Sukan Komanwel mendapat perhatian banyak pihak, media dan peminat skuasy di sini.

Media di sini memberikan publisiti apa jua kenyataan atau berita buat Nicol.

Bagi mereka, Nicol adalah penyelamat kepada kesuraman temasya di sini, selepas beberapa nama besar menarik diri.

Nama Azizulhasni juga tidak kurang popular di sini. Pada sidang media melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini, wartawan tempatan di sini, bertanyakan mengenai Azizulhasni.

Dia bersungguh-sungguh ingin tahu lebih banyak mengenai Azizulhasni jaguh basikal trek negara itu.

Situasi tersebut menggambarkan program pembangunan sukan negara sudah membuahkan hasil yang amat membanggakan, malahan amat cemerlang.

Apa pun pencapaian kita pada temasya kali ini, nama Malaysia akan sentiasa dikenang kerana sikap 'sporting', sanggup menghantar jaguh-jaguh sukan bertaraf dunia beraksi di New Delhi ketika temasya itu gempar dengan pelbagai isu.

Tuesday, September 28, 2010

Chelsea cari sentuhan kemenangan


Read more... Selepas menyaksikan Chelsea mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan domestik, pemain sayap Perancis, Florent Malouda bersemangat untuk membantu pasukannya kembali mencari sentuhan kemenangan, apabila menentang juara Perancis, Marseille dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah hari ini.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti memulakan musim baru dengan cemerlang, apabila memenangi semua lima perlawanan liga, namun kempen mereka tiba-tiba bertukar haru biru minggu lalu, bermula disingkir Newcastle United dalam Piala Liga, diikuti kalah 0-1 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana.

Dua kekalahan tersebut merosakkan rekod tanpa kalah pasukan itu dalam semua kejohanan musim ini. Malouda yakin, rentetan kekalahan tidak akan berlanjutan ke perlawanan ketiga, hari ini.

Sejak diambilalih jutawan Rusia, Roman Abramovich pada 2003, Chelsea sudah menghadiahkan beberapa kejuaraan domestik, namun kelab London itu masih belum mencatat kejayaan di peringkat Eropah. Paling hampir mereka melakukannya pada 2008, apabila kalah penentuan penalti kepada Manchester United pada final.

Kejayaan merampas kejuaraan Liga Perdana England musim lalu menaikkan semangat pemilik dan pemain Blues untuk memburu kejuaraan elit Eropah buat kali pertama. Mereka berasakan musim ini adalah peluang terbaik untuk melakukannya.

"Chelsea memasang sasaran besar musim ini - memenangi Piala Eropah. Dua tahun lalu, ia sangat mengecewakan kerana kami hampir menang tetapi kalah tipis,'' ujar Malouda.

Malouda bagaimanapun percaya, Chelsea memiliki skuad yang mantap musim ini, di mana pengalaman dan kekuatan menyeluruh pasukan Blues mampu membantu mereka menyerap tuntutan tinggi untuk bergelar juara Eropah. Pengalaman yang dimiliki oleh Ancelotti, jurulatih yang membawa AC Milan muncul juara dua kali juga akan membantu.

"Pengurus boleh menurunkan satu pasukan pada hari Sabtu dan menurunkan pasukan yang lain pada pertengahan minggu. Kedua-duanya, biarpun berbeza barisan pemain tetapi tetap sebuah skuad berkelas dunia,'' kata Malouda.

Pada ketika Chelsea menjadi pilihan untuk mengalahkan Marseille di Stamford Bridge dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan hari ini, Malouda tetap bimbang dengan kejutan yang bakal dibawa skuad bimbingan Didier Deschamps itu.

United alami krisis kecederaan


Read more... Alex Ferguson berdepan krisis kecederaan dua pemain utama menjelang pertemuan Liga Juara-Juara menentang Valencia, Khamis ini.

Ryan Giggs disahkan tidak tersenarai dalam skuad Manchester United ke Sepanyol, selepas mengalami kecederaan paha ketika United seri 2-2 dengan Bolton, manakala Wayne Rooney masih bergelut untuk cergas sepenuhnya.

Penyerang England, Rooney mempamerkan satu lagi aksi malap, dirundung kecederaan buku lali, sebelum dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 30 minit, sambil Ferguson berharap pemain bintangnya itu akan pulih pada perlawanan menentang Valencia.

"Kecederaan Giggs lebih serius dan mungkin direhatkan untuk beberapa minggu, manakala Rooney dijangka cergas untuk perlawanan Khamis ini," kata Ferguson.

Sebelum ini, United terpaksa melupakan khidmat Antonio valencia, yang cedera buku lali untuk jangka masa panjang, di samping Micheal Carrick dan Owen Hargreaves turut diketepikan.

Ini menyebabkan Ferguson berdepan krisis kecederaan di saat penting musim ini.

Rio Ferdinand juga terlepas aksi Ahad lepas dan pertahanan England itu masih belum bersedia untuk bermain dalam tempoh terdekat, kerana dilanda masalah kecederaan lutut.

Drogba bersemuka bekas kelab lama


Read more... Penyerang Chelsea, Didier Drogba bakal bersemuka dengan bekas kelab di mana dia mencipta nama, Marseille pada perlawanan Liga Juara-juara, esok.

Perlawanan Kumpulan F itu berlangsung di Stamford Brigde, akan menjadi pertembungan pertama Drogba dengan bekas kelabnya itu.

Peminat Marseille masih memuja penyerang Ivory Coast itu, yang turut mengakui hatinya masih bersama kelab Mediterranean itu, walaupun hanya bermain selama semusim.

Drogba menyertai Chelsea pada 2004 dari Marseille, dengan rekod perpindahan kelab, 24 juta pound, bermula baik musim ini dengan lima gol.

Bagaimanapun, penyerang berusia 32 tahun itu tampil dengan aksi hampa, apabila dia dikeluarkan ketika pasukannya tewas 0-1 kepada Manchester City, sekali gus mengakhiri permulaan sempurna dalam saingan Liga Perdana England.

Sebelum itu, Drogba terlepas perlawanan Liga Juara-Juara apabila Chelsea menewaskan Zillina 4-1, akibat digantung perlawanan.

Penyerang lasak itu akan mengetuai bahagian depan skuad Carlo Ancelotti, untuk memulihkan semangat, setelah tewas buat pertama kali dalam liga, juga kalah kepada Newcastle United dalam saingan Piala Liga, minggu lepas.

Kemenangan ke atas Marseille akan menjadikan Chelsea semakin selesa untuk ke peringkat kalah mati.

Harimau Muda sukar catat kemenangan


Read more... Peluang Harimau Muda untuk mencipta kemenangan pertama di Slovakia semakin sukar, apabila kehilangan lapan pemain utama yang mewakili skuad bawah 23 negara pada Piala Millenium Thang Long di Vietnam, apabila berdepan Liptovsky Mikulas, hari ini.

Situasi itu menyebabkan pengendalinya, Ong Kim Swee tiada pilihan, selain mempertaruhkan pemain simpanan, apabila berdepan Liptovsky, yang menduduki tangga ketujuh Liga Divisyen Satu Slovakia, amat sukar dijinakkan.

Sehubungan itu, Kim Swee tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar barisan pemain simpanannya cetek pengalaman.

‘‘Berbanding lapan pemain lain, mereka yang akan saya akan turunkan masih baru beraksi di Slovakia dan memerlukan masa untuk mendapat rentak.

“Kehilangan lapan pemain serentak, menjejaskan rentak keseluruhan skuad yang telah saya bina sejak perlawanan pertama lagi.

“Namun, itu bukan alasan untuk saya mengibar bendera putih. Saya tetap menaruh harapan kepada barisan simpanan untuk melakar sesuatu dan tidak mustahil Liptovsky boleh dikalahkan, ’’ katanya ketika dihubungi.

Lapan pemain yang mengikuti latihan skuad kebangsaan sejak 21 September lalu ialah K. Gurusamy, Mahali Jasuli, Mohd. Fadhli Mohd Shas, Mohd. Fandi Othman, Zamir Selamat, Mohd. Muslim Ahmad, Gary Steven Robbat dan Izzaq Faris Ramlan.

Tanpa kelibat mereka, Kim Swee mungkin terpaksa mempertaruhkan kreativiti dua pemain tengah, D. Saarvindran dan S. Sivanesan.

Selain berdepan Liptovsky, Harimau Muda juga tidak dapat menggunakan khidmat lapan pemain tersebut ketika berdepan Zemplin Michalovce pada 6 Oktober ini.

Namun, Gurusamy dan Zamir digugurkan dalam senarai akhir 20 pemain ke Vietnam.

Harimau Muda mencatat dua keputusan dua seri dan dua kali tewas dalam empat perlawanan awal dengan pasukan Liga Divisyen Satu Slovakia.

Tewas 1-3 kepada Ruzemberok B dalam perlawanan pembukaan namun bangkit seri 2-2 ke atas Petrzalka.

Taktik Real Tak Menjadi


Read more... Pengurus baru Real Madrid, Jose Mourinho yang sering mengamalkan corak permainan menyerang, namun hanya menjaringkan enam gol daripada lima perlawanan, gagal menambah jaringan apabila seri tanpa jaringan dengan pendatang baru La Liga, Levante.

Ini merupakan kali kedua Real gagal menjaringkan setakat ini, selepas seri tanpa jaringan dengan Real Mallorca dan ini membuatkan Mourinho pening kepala untuk menjelaskan kegagalan anak buahnya memanfaatkan gol gol.

"Saya sangat risau kerana kami kehilangan empat mata tanpa menjaringkan sebarang gol walaupun mampu melakukannya berdasarkan peluang yang diperolehi.

"Ia perkara yang tidak normal apabila anda gagal menjaringkan dua atau tiga daripada enam peluang yang baik.

"Kami tidak gembira kerana gagal menjaringkan gol, sedangkan mempunyai banyak peluang ketika menentang Levante," katanya.

Real masih belum tewas dalam enam perlawanan liga, namun dua keputusan seri menyebabkan gergasi Sepanyol itu berada pada kedudukan ketiga liga, dua mata di belakang Valencia, satu mata di belakang musuh ketat, Barcelona.

Pertahanan Real tidak mempunyai banyak masalah, kerana hanya bolos satu gol dan pengurus berbangsa Portugis itu berharap bahagian serangan lebih mengancam selepas ini.

"Kami menguasai permainan, ini menunjukkan tidak perlu perubahan taktik.

"Malah kualiti pemain juga tidak harus dipertikaikan, kerana kita tahu semua pemain mempunyai rekod yang cemerlang untuk menjaringkan gol.

"Anda tidak akan menang jika gagal menjaringkan gol walaupun pertahanan sangat bagus," kata bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan itu.

Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain, masing-masing menjaringkan 53 gol pada musim lepas, mempunyai banyak peluang gol, tetapi gagal menterjemahkan kepada jaringan.

Keputusan itu menyebabkan Real menyerahkan kedudukan teratas liga kepada Valencia.

"Musim lepas kami menjaringkan lebih 100 gol dan ini tidak patut jika kami gagal mengulanginya,'' kata Mourinho.

Sunday, September 26, 2010

United Hampir Di malukan


Read more... Pemain gantian Manchester United, Michael Owen menyumbang gol pertamanya pada musim ini untuk membolehkan pasukan itu mengutip satu mata selepas seri 2-2 menentang Bolton dalam saingan Liga Perdana England, semalam.

Bekas penyerang England itu menjaringkan gol kedua United pada minit ke-71 selepas Nani menyumbat gol pertama United.

Keputusan seri membolehkan Red Devils di tangga kedua, tiga mata di belakang Chelsea.

Pemain sayap Portugal, Nani menunjukkan permainan menarik apabila membawa bola secara solo dari tengah padang dan menembusi pertahanan Bolton untuk menjaringkan gol pada jarak 20 meter pada minit ke-23.

Gol United itu diperoleh selepas Zat Knight mengejutkan gol pembukaan untuk Bolton pada minit ke-6 perlawanan separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah, enggan mengaku kalah dan menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 menerusi Martin Petrov untuk mendahului seketika sebelum Owen mengikat keputusan seri 2-2.

Ini adalah gol ketiga Owen setelah dia menjaringkan dua gol ketika menentang Scunthorpe pada Piala Liga, Rabu lalu.

''Ini perlawanan yang cukup getir dan kami mencipta banyak peluang bagaimanapun gagal untuk menjayakan peluang tersebut.

''Saya gembira kerana dapat menjaringkan gol tetapi kami sedikit kecewa kerana tidak dapat untuk mencapai matlamat.

''Bagaimanapun Bolton tidak boleh dipandang rendah pada perlawanan ini dan kini kami memberikan fokus pada perlawanan seterusnya,'' kata Owen.

Barcelona lonjak tangga kedua


Read more... Penyandang juara, Barcelona memintas musuh tradisi, Real Madrid untuk melonjak ke tangga kedua bola sepak divisyen satu Sepanyol (La Liga) selepas mengalahkan aksi 10 pemain Atletico Bilbao 3-1, semalam.

Barcelona mencatat kemenangan ketiga liga berturut-turut, berterima kasih kepada jaringan babak kedua daripada Seydou Keita, Xavi dan Sergi Busquets yang mengambil kesempatan penuh kekurangan Bilbao, yang kehilangan seorang pemain pada minit ke-33 selepas Fernando Amorebieta dilayangkan kad merah.

Walaupun Barcelona juga terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas penyerang Sepanyol, David Villa dibuang padang pada minit terakhir permainan, namun jaringan Busquets pada masa kecederaan cukup untuk memastikan pasukan itu pulang bersama tiga mata.

Dalam satu lagi perlawanan, Real gagal memecah kebuntuan apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pendatang baru, Levante untuk membuka jalan kepada Barca memintas mereka. Begitupun, Valencia menjadi pendahulu baru liga dengan kelebihan satu mata selepas mengalahkan Sporting Gijon 2-0.

"Ini adalah keputusan yang tidak normal, apatah lagi selepas melihat kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Ia keadaan yang membimbangkan saya kerana anda memerlukan jaringan untuk menang dan sekarang kami melepaskan beberapa mata.

"Kualiti pemain bukan masalah utama kerana mereka adalah pemain yang biasa menjaringkan gol yang banyak,'' kata jurulatih Real, Jose Mourinho.

Real menjadi penjaring terbanyak musim lalu dengan 102 gol, namun di bawah kendalian Mourinho, pasukan itu cuma menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan liga setakat ini.

Bagi Real, Liga Juara-Juara adalah keutamaan mereka selepas ini, dan pasukan itu akan bertandang ke Perancis untuk berdepan Auxerre esok.

Sementara itu, Barca menggunakan sepenuhnya kesempatan berdepan 10 pemain Bilbao dalam sebahagian besar permainan untuk mencatat kemenangan 3-1 di San Mames.

Beraksi dalam keadaan hujan, pasukan pelawat bagaimanapun mengetepikan faktor padang licin. Barcelona mendapat kelebihan pada minit ke-33, apabila Amorebieta yang melakukan terjahan keras terhadap Andres Iniesta dilayangkan kad merah.

Ketika saingan hampir tamat, Barcelona cemas seketika selepas Igor Gabilondo berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-90 dan seminit kemudian, Villa pula dibuang padang kerana menolak Carlos Gurpegi.

Wenger Pertahan Almunia


Read more... Pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan menyalahkan Manuel Almunia atas dakwaan dua kesilapan yang dilakukan penjaga gol itu sehingga menyebabkan Gunners tewas 2-3 di tempat sendiri kepada West Bromwich Albion.

Selepas gagal mendapatkan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer, Wenger mengambil keputusan untuk tetap menyenaraikan Almunia sebaik pasaran perpindahan ditutup.

Kegagalan Gunners untuk mendapatkan penjaga bertaraf dunia kembali menghantui mereka di Stadium Emirates, kelmarin tatkala Almunia melakukan dua kesilapan sehingga membolehkan pasukan lawan memperoleh gol.

Wenger bagaimanapun menolak untuk menyalahkan Almunia semata-mata.

"Anda boleh tertanya-tanya terhadap ramai pemain jika mahu menyoal tentang prestasi, terutama sekali bahagian pertahanan. Ramai pemain melakukan kesilapan yang teruk.

"Saya tidak mahu hanya menyalahkan aksi seorang pemain sahaja, kami memang bermain dengan teruk.

"Anda boleh memilih ramai pemain untuk dipersalahkan. Secara keseluruhan ia adalah pasukan yang buruk dan kami harus menganalisis kenapa ia berlaku," katanya.

Almunia melepaskan gol melalui jaringan penalti pada separuh masa pertama selepas dia menjatuhkan Peter Odemwingie tetapi penjaga gol itu berjaya menafikan sepakan yang diambil Chris Brunt.

Odemwingie membuka jaringan dan selepas itu Almunia membenarkan Gonzalo Zara melepaskan rembatan jarak dekat mengatasinya, malah dia juga keluar terlalu awal untuk menyaksikan gol ketiga menerusi Jerome Thomas yang menolak masuk bola melepasi gawang bekas kelab lamanya.

Samir Nasri membalas dengan dua gol tetapi Wenger begitu kecewa dengan prestasinya.

"Saya percaya perlawanan ini tidak boleh diterima. Sebelum kami menentang West Brom dengan mempamerkan aksi mantap.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku. Kami harus duduk bersama untuk menganalisis apa yang berlaku. Prestasi kami tidak baik." katanya.

Pengurus West Brom, Roberto Di Matteo merasakan pasukannya layak untuk memperoleh mata maksimum.

"Saya mahu mengatakan kami berhak memperolehnya, cara kami bermain, mencipta peluang, menjaringkan gol dan bermain dengan baik.

"Kami terlepas meluangkan menjaringkan gol melalui sepakan penalti, saya tidak pasti tentang kad kuning kepada penjaga gol. Ia menjadi tanda tanya sama ada dia sepatutnya kekal atau tidak.

"Kami meletakkan tekanan kepada mereka. Kami cuba untuk tidak memberikan mereka ruang bermain seperti biasa.

Jaringan Liverpool sah - Pegawai liga


Read more... Pengadil, Stuart Atwell membuat keputusan tepat dengan membenarkan gol pembukaan kontroversi Liverpool yang dijaringkan oleh Dirk Kuyt untuk membantu pasukannya seri 2-2 dengan Sunderland dalam saingan Liga Perdana England, kelmarin.

Dalam perlawanan di Anfield itu, Sunderland dihadiahkan sepakan percuma di kawasan sendiri pada minit keenam dan Michael Turner yang mengambil tendangan menolak bola ke belakang untuk dihantar kepada penjaga gol, Simon Mignolet.

Namun, sepakan lemahnya pantas disambar oleh Fernando Torres yang kemudian yang menghantar bola untuk disudahkan Kuyt.

Ia tidak jelas, sama ada Turner sememangnya mengambil sepakan itu atau hanya berniat untuk menghantar bola kepada Mignolet dan meminta penjaga gol itu melakukan tendangan.

Atwell yang tidak melihat insiden sebenar telah membenarkan jaringan tersebut selepas mendapatkan pandangan daripada penjaga garisan.

"Ketika gol pertama masuk, semua orang di stadium tahu bahawa sepakan percuma belum diambil,'' kata pengurus Sunderland, Steve Bruce yang berang.

Bagaimanapun, Pegawai Rasmi Perlawanan Profesional Liga Perdana (PGMO) selepas menghalusi insiden berkenaan mendapati, tindakan Atwell membenarkan gol adalah tepat.

"Berdasarkan Peraturan Dalam Perlawanan, selepas menghentikan permainan atas sebarang kesalahan, pengadil kena mengarahkan supaya perlawanan disambung semula.

"Amalan yang biasa digunakan dalam kebanyakan kes, pengadil akan menyambung perlawanan dengan mengarahkan pemain mengambil sepakan bebas. Biasanya, tidak banyak isyarat yang digunakan oleh pemain sebelum mengambil tendangan... dalam peraturan juga tidak menyebut wisel mesti ditiupkan untuk membolehkan sepakan diambil.

"Perlawanan sudah bermula sebaik bola disepak dan bergerak. Jadi, dalam kes ini.. perlawanan sudah disambung sebaik pemain Sunderland menyepak bola.

"Seperkara lagi, dalam peraturan juga menyebut, sepakan kena diambil di tempat kejadian di mana kesalahan di lakukan. Sekali lagi, dalam kes ini, pengadil berhak membenarkan sepakan itu kerana ia dibuat di tempat yang sepatutnya,'' kata PGMO dalam satu kenyataan.

Dua gol daripada penyerang England, Darren Bent bagaimanapun membolehkan Suderland menyamakan kedudukan, kemudian mendahului 2-1.

Namun, ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard memastikan tuan rumah menutup saingan dengan seri 2-2 selepas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Roy Hodgson berkata, pengadil membuat keputusan yang tepat dengan membenarkan jaringan Kuyt.

"Malah, saya rasa Torres dan Kuyt berfikir dengan pantas. Saya tidak fikir gol pertama patut dibatalkan,'' kata Hodgson.

Saturday, September 25, 2010

Chelsea Tumbang Di Tangan Man.City


Read more... Carlos Tevez menamatkan permulaan cemerlang Chelsea musim ini, selepas jaringan tunggalnya memberikan Manchester City kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Liga Perdana England itu, semalam.

Chelsea, yang memenangi semua lima perlawanan awal, kalah buat kali pertama setakat ini, hasil jaringan Tevez pada minit ke-59.

Jaringan kemenangan itu bermula selepas dia membawa bola bersendirian dari garisan tengah, tanpa dicabar pemain lawan.

Selepas mengambil keputusan tidak melakukan hantaran kepada David Silva yang tidak dikawal, Tevez memperdaya Ashley Cole, dengan merembat leret di celah-celah kaki pertahanan lawan dari luar petak penalti menewaskan penjaga gol, Petr Cech.

Sebelum itu, Chelsea hampir mendahului pada minit ke-27, apabila hantaran silang Florent Malouda ditanduk Alex, sebelum disambung oleh Branislav Ivanovic, juga melalui tandukan tetapi bola terkena palang, ketika percubaan susulan pemain Serbia itu mudah diselamatkan Joe Hart.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengkritik aksi pasukannya dan enggan merungut dengan kekalahan tersebut, selepas mereka tersingkir dari Piala Liga Rabu lalu, apabila kalah kepada Newcastle.

"Kami tidak bermain seperti yang diharapkan, kami tidak mampu menggunakan kualiti yang ada, ini menjadikan keadaan sangat rumit.

"City bermain baik di bahagian tengah dan mereka sentiasa mematahkan serangan kami, mereka berhak menang," katanya.

Aksi semalam merupakan kali kedua Chelsea dibolosi setakat ini dan terus hampa untuk membalas jaringan Tevez apabila Didier Drogba dikeluarkan pada minit ke-75.

Ferguson resah prestasi Rooney


Read more... Alex Ferguson bimbang dengan prestasi bintangnya, Wayne Rooney yang mulai merosot selepas kisah peribadinya didedahkan, apabila Manchester United beraksi di Stadium Reebok, hari ini.

Rooney menerima tamparan hebat baru-baru, setelah media mendedahkan kisah hidup penyerang England itu secara terperinci.

Penyerang berusia 24 tahun itu hanya menjaringkan dua gol sahaja setakat ini, berbanding enam gol dalam tempoh yang sama musim lepas, menunjukkan Rooney bergelut untuk mengatasi masalah terbarunya.

“Saya tidak percaya dia mempunyai masalah dari segi keyakinan.

“Cuma Rooney mula sedar. Dia menyedari apa maksudnya jika menjadi tumpuan media untuk soalan yang tiada kaitan dengan bola sepak.

‘‘Saya tidak fikir dia mampu mengalihkan perhatian media terhadap dirinya ketika ini,’’ kata Ferguson.

United berkunjung ke padang Bolton Wanderes dengan misi meneruskan pencapaian cemerlang, selepas menewaskan musuh tradisi, Liverpool 3-2 minggu lepas.

“Rooney tidak boleh bergerak tanpa paparazzi disekelilingnya, sebagai pemain muda, itu bukan yang dia dimahukan,

“Anda mahu beraksi dan menikmati permainan bola sepak tanpa sebarang gangguan. Gangguan akan meletihkan anda.

“Dia mahu terus bermain dengan bebas, tetapi media sering membuat dia tertekan,”.

Wednesday, September 22, 2010

Sumbangan Ronaldo


Read more... Cristiano Ronaldo, Gonzalo Higuain dan Karim Benzema masing-masing meledakkan gol untuk membantu Real Madrid menumpaskan Espanyol 3-0 dalam perlawanan La Liga, kelmarin.

Pemain sayap Portugal itu membuka jaringan dengan menyempurnakan penalti pada minit ke-28 dalam aksi di Stadium Santiago Bernabeu.

Ketika kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain, Higuain mendapat bola menerusi hantaran Carlos Kameni dan merembat deras pada minit ke-78 untuk kedudukan 2-0.

Benzema menggantikan Higuain dan berganding kemas dengan Lassana Diarra, apabila penyerang Perancis itu mengelecek dua pertahanan Espanyol, sebelum merembat deras pada minit ke-88.

Madrid mengambil alih teraju liga buat seketika, namun Valencia mampu merampas semula kedudukan teratas apabila menentang Atletico Madrid kemudiannya.

"Keputusan ini amat bagus kerana kami melalui perlawanan sukar. Ia jaringan yang sangat penting buat saya,'' kata Benzema.

Athletic Bilbao meneruskan permulaan baik dengan mencatat kemenangan 3-0 ke atas Mallorca, manakala Osasuna meraih kemenangan pertama 3-1 ke atas Real Sociedad.

Benzema, yang dimasukkan sebagai pemain gantian dalam lima perlawanan berturut-turut, mahu membuktikan kepada pengurus, Jose Mourinho bahawa dia sudah bersedia untuk memberi sumbangan.

"Saya harap lebih kerap diturunkan untuk menjaringkan gol. Saya sedia bekerja keras demi Mourinho,'' kata Benzema.

Messi tiada pengganti


Read more... Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola semalam mengakui, kekosongan yang ditinggalkan Lionel Messi, yang diketepikan akibat kecederaan hampir tiada pengganti, namun dia cuba mengatasi masalah itu dalam dua perlawanan liga La Liga.

Messi terlepas aksi liga menentang Sporting Gijon hari ini, selain turut disisihkan daripada pertemuan dengan Athletic Bilbao, Sabtu ini selepas buku lalinya terkehel akibat diasak keras oleh pertahanan Atletico Madrid, Tomas Ujfalusi dalam saingan liga, hujung minggu lalu.

Pemain Terbaik Dunia itu, yang menjaringkan gol pembukaan ketika Barcelona menang 2-1 di Calderon, Sabtu lalu, juga masih tidak pasti dapat diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Rubin Kazan, 29 September ini.

"Dia (Messi) mempunyai bakat yang amat istimewa. Dia hampir tidak boleh digantikan, tetapi kami hanya mahu memandang ke depan dan bernasib baik, kami hanya kehilangannya untuk tempoh yang singkat,'' kata Guardiola.

Menurut Guardiola, Messi dijangka kembali ke pangkuan pasukan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, namun Barca tidak akan terburu-buru untuk menurunkan pemain itu.

"Saya tidak tahu sama ada dia sempat untuk beraksi dalam perlawanan menentang Rubin Kazan. Dia akan berehat sehingga dia benar-benar sembuh,'' kata Guardiola lagi, yang juga bekas pemain tengah Barcelona dan Sepanyol.

Sementara itu, jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak Sepanyol menjatuhkan hukuman gantung dua perlawanan ke atas Ujfalusi kerana melakukan asakan keras yang mengakibatkan kecederaan.

Pemain pertahanan Republik Czech itu dilayangkan kad merah kerana insiden tersebut dan meminta maaf kepada Messi kerana mengkasarinya secara tidak sengaja.

"Saya bukan pemain yang kasar. Saya mungkin melakukan terjahan yang keras tetapi saya cuba mendapatkan bola. Saya melakukannya tanpa niat kerana saya sentiasa bermain dengan sepenuh perasaan dalam setiap perlawanan,'' kata Ujfalusi,

Bekas pemain Fiorentina itu mendapat sokongan pengurus England, Fabip Capello, yang kini berada di Madrid untuk menghadiri persidangan UEFA, badan bola sepak Eropah. "Saya amat mengenali Ujfalusi, beliau seorang pemain yang jujur.

"Saya harap Messi dapat kembali dengan cepat kerana dia adalah pemain yang bagus dan sentiasa menunjukkan aksi menarik di atas padang,'' kata Capello.

Barca buru kemenangan tanpa Messi


Read more... Penyandang juara, Barcelona mahu memburu kemenangan pertama di tempat sendiri musim ini, apabila menentang Sporting Gijon di Camp Nou, hari ini.

Pasukan Pep Guardiola kalah 0-2 kepada pendatang baru Hercules pada perlawanan pertama di padang sendiri, namun bangkit dengan kemenangan 5-1 ke atas Panathinaikos pada Liga Juara-Juara dan menang 2-1 ke atas Atletico Madrid, Ahad lalu.

Barca, di tangga keenam liga, satu mata di belakang Real Madrid dan tiga mata di belakang pendahulu, Valencia, terpaksa melakukannya tanpa pemain bintang Lionel Messi, untuk tempoh 10 hari berikutnya, apabila pemain Argentina itu terkehel pergelangan kaki kanan ketika menang ke atas Atletico.

Messi dibentes keras oleh pertahanan dari Republik Czech, Tomasz Ujfalusi, yang kemudiannya dibuang padang.

"Kami gembira dengan kemenangan di Atletico, yang mana ia sepatutnya berakhir dengan kemenangan 5-1, ekoran beberapa peluang gol.

"Namun, kami kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Messi. Bukan hanya Cristiano Ronaldo (Real Madrid) yang harus dilindungi. Pengadil sepatutnya melindungi semua pemain,'' kata pengendali Barca, Pep Guardiola.

Dengan ketiadaan Messi, beban menjaringkan gol kini digalas penyerang Sepanyol, David Villa, yang menyertai Barca dari Valencia. Dia mahu menambah gol liga selepas menjaringkan gol pada aksi sulungnya bersama Barca.

Ia merupakan perlawanan yang istimewa buat Villa, yang memulakan kariernya di Sporting Gijon, sebelum menjadi pemain berkelas dunia bersama Valencia dan kini bersama Barcelona.

Kelab lama Villa, Valencia dijangka bergelut tanpa sentuhan pemain itu musim ini, namun juara 2004 itu kini di tangga teratas liga dengan sembilan mata, dua mata mengatasi Sevilla dan Real Madrid.

Tuesday, September 21, 2010

Berbatov sedia tawan EPL


Read more...
Alex Ferguson percaya Dimitar Berbatov sudah bersedia untuk mendominasi Liga Perdana England, selepas penyerang Bulgaria itu meledak hatrik menewaskan Liverpool, kelmarin.

Setelah diselar kerana perpindahannya bernilai 30 juta pound (RM145 juta) dari Spurs pada 2008 tidak berbaloi, Berbatov membalas kepercayaan Ferguson dengan menjaringkan gol menakjubkan dalam kemenangan klasik 3-2 di Old Trafford.

Selepas aksi kurang meyakinkan musim lepas, Berbatov telah menjaringkan tujuh gol setakat enam perlawanan dalam semua kejohanan musim ini, termasuk gol kedua yang hebat menerusi gaya akrobatik ketika menentang Liverpool.

Ketika praperlawanan, Ferguson memberi amaran kepada Berbatov bahawa kempen musim ini sangat besar buatnya dan pemain yang memegang rekod perpindahan termahal itu akhirnya memberi reaksi yang positif.

“Jaringan kedua memang tidak dijangkakan, ia percubaan mengejut. Tidak ramai yang melakukan percubaan seperti itu berakhir dengan bola masuk ke dalam gawang, kami pernah melihatnya dan ia berlaku sekali lagi, hari ini dia berjaya melakukannya.

“Kami lihat Dimitar mula percaya kepada dirinya sendiri. Banyak kritikan dilemparkan kepadanya musim lepas, ia berlaku terhadap pemain yang menyertai United dengan nilai perpindahan yang tinggi dan mereka tidak melakukan hatrik setiap perlawanan.

“Ia adalah cara beberapa pemain yang datang ke sini tetapi musim ini dia bermula dengan cara yang betul. Latihannya sudah bagus, dia beraksi pada jelajah pra-musim.

“Tidak boleh diragui kualitinya dan kami melihatnya sekali lagi hari ini,” kata Ferguson.

Ferguson, yang sememangnya berhajat untuk menewaskan Liverpool, menjadi saksi pertemuan terbaru di antara dua musuh tradisi itu yang berakhir dengan kemenangan pasukannya.

Pengurus veteran itu sangat gembira dengan kemenangan tersebut.

“Kemenangan ini merupakan satu ujian. Ketika ini orang bercakap tentang Liverpool yang kalah.

‘‘Ia akan menjadi perkara yang sama jika kami tidak menang. Ia adalah perkara yang biasa dalam perlawanan,” ujarnya.

Ferguson juga mengulas mengenai penyerang Liverpool, Fernando Torres yang berjaya mendapatkan sepakan bebas untuk membolehkan Steven Gerrard menjaringkan gol penyamaan selepas kekasaran dilakukan ke atasnya oleh John O’ Shea.

“Saya melihatnya, amat jelas Torres berlakon, ia tidak boleh disangkal lagi. Dia cuba supaya pemain kami diperintah keluar padang,” kata Ferguson.

Selepas Gerrard menjaringkan gol melalui sepakan penalti dan sepakan percuma, Berbatov menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-84, untuk meraih tiga mata.

“Pelbagai perkara bermain dalam fikiran saya ketika kedudukan 2-2.

‘‘Namun, kami menunjukkan semangat melawan yang tinggi, kami bersaing sehingga tamat perlawanan.

“Kami harap pada masa akan datang, kami tidak akan mengusutkan lagi keadaan. Kami akan terus bekerja keras. Perjalanan masih panjang. Saya berharap pada penghujung saingan nanti, kami berada di tangga teratas,” kata Berbatov.

Man. City ujian sebenar anak buah Ancelotti.


Read more... Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengakui pasukannya bakal berdepan ujian sebenar dalam perlawanan bakal mendatang selepas mengalahkan Blackpool 4-0, kelmarin.

Dua gol Florent Malouda dan masing-masing satu daripada Salomon Kalou serta Didier Drogba membolehkan Chelsea mencatat kemenangan kelima liga, empat hari selepas menewaskan MSK Zilina 4-1 dalam aksi sulung Liga Juara-Juara.

Chelsea meneruskan kempen mempertahankan kejuaraan dengan cemerlang walaupun Ancelotti mengakui lawan mereka terlalu mudah dan kekuatan Blues belum teruji sepenuhnya.

Bagaimanapun, kunjungan Chelsea ke Manchester City minggu depan belum boleh diramal dan bekas pengurus AC Milan tersebut berharap dapat meneruskan momentum itu.

"Mungkin kami mempunyai perlawanan mudah sebelum ini. Setiap perlawanan boleh menjadi mudah dan jika tidak bermain dengan baik, perlawanan akan menjadi sukar.

"Kami belum lagi menentang pasukan yang lebih kuat tetapi kami bermain dengan baik setakat ini dan itu merupakan perkara yang penting," kata pengurus kelahiran Itali itu.

Ancelotti menegaskan, anak-anak buahnya perlu mengekalkan tahap permainan mereka untuk menewaskan pasukan yang lebih kuat.

"Saya fikir amat penting buat pasukan untuk menunjukkan keyakinan dalam setiap perlawanan dan kami perlu sedar saingan selepas ini lebih sukar.

"Jika kami mampu bermain dengan tahap terbaik menentang pasukan seperti City, maka ia akan menjadi ujian yang getir untuk ditempuhi," ujar Ancelotti.

Apa pun, Chelsea perlu melayan kunjungan Newcastle United dalam pertemuan Piala Liga dan Ancelotti bakal membuat beberapa perubahan dengan merehatkan pemain-pemain senior.

Perubahan itu akan memberi lebih masa kepada pemain pertahanan, John Terry untuk pulih daripada kecederaan tulang rusuk manakala pemain tengah, Frank Lampard dijangka diturunkan menentang City selepas menjalani pembedahan burut.

"Lampard mungkin cergas sepenuhnya untuk berdepan City dan Terry akan pulih dalam dua atau tiga hari lagi," tambah Ancelotti.

Barcelona tamat badi di Atletico


Read more... Penyandang juara, Barcelona kembali berada di landasan mempertahankan kejuaraan La Liga selepas menamatkan badi di Vicente Calderon dengan menundukkan Atletico Madrid 2-1 semalam untuk mengekori pendahulu, Valencia dengan tiga mata di belakang.

Barcelona yang diaibkan pendatang baru liga, Hercules 0-2 di tempat sendiri, minggu lalu tewas dalam dua kunjungan ke Calderon sebelum ini, namun semalam, dua gol babak pertama menerusi bintang penyerang Argentina, Lionel Messi dan bintang Piala Dunia Sepanyol, Gerard Pique berjaya memberi kekalahan pertama Atletico, musim ini.

“Kami terlepas beberapa peluang terbaik dan penjaga gol mereka (David) de Gea mempamer permainan yang menakjubkan.

“Pada penghujung perlawanan, dua gol sudah memadai. Ia adalah kemenangan yang penting meskipun kami tidak mempunyai rehat yang cukup kerana akan menghadapi satu lagi perlawanan Rabu ini (menentang Sporting Gijon),’’ kata penyerang Barcelona, David Villa.

Ini adalah kemenangan pertama buat jurulatih Barcelona, Pep Guardiola di Atletico, sekali gus membolehkan pasukannya mendaki ke kedudukan keenam liga, satu mata di belakang musuh ketat, Real Madrid.

Kegembiraan Guardiola itu bagaimanapun sedikit terencat apabila Messi terpaksa diusung keluar pada minit terakhir kerana kecederaan buku lali selepas disepak pertahanan lawan, Tomasz Ujfalusi.

Messi dijangka terpaksa direhatkan dua minggu selepas doktor mengesahkan ligamen buku lali kanan pemain itu rosak.

Dalam satu lagi perlawanan, juara liga 2002 dan 2004, Valencia merampas takhta liga daripada Real selepas menundukkan Hercules 2-1 untuk mengutip sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan.

Valencia kini dua mata mengatasi Real dan Sevilla, yang bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Malaga 2-1, berterima kasih kepada jaringan Alejandro Alfaro dan Martin Caceres.

Ini adalah kekalahan kedua Atletico dalam tempoh seminggu, selepas tumpas 0-1 kepada Aris Salonica dalam saingan Liga Europa. Bagaimanapun mereka kekal di tangga keempat liga dengan perbezaan gol ke atas Barca.

Sunday, September 19, 2010

Hari istimewa Fergie


Read more... Alex Ferguson mendakwa pertembungan Liverpool-Manchester United terus menjadi perlawanan yang dinanti-nanti oleh semua, sekalipun kelab Anfield itu dilanda kemerosotan prestasi

Menjelang pertemuan dengan anak buah Roy Hodgson di Old Trafford malam ini dengan masing-masing terikat dengan 18 kejuaraan, pengurus berbangsa Scotland itu membuka cerita bahawa matlamat utamanya ketika tiba di Old Trafford pada 1986, adalah menyanggah Liverpool ‘daripada singgahsana utama.Dan sekalipun dipintas Chelsea yang menjulang mahkota Liga Perdana Inggeris musim lalu serta diatasi kelab jiran Manchester City yang berbelanja besar dalam pasaran perpindahan, tarikh pertemuan dengan Liverpool masih menjadi hari terpenting dalam diari tahunannya.
“Saya berulang kali berkata, setiap kali jadual perlawanan dikeluarkan, ia akan menjadi jadual yang penting, tidak syak lagi. Malah berdasarkan sejarah, pertemuan dengan Liverpool sentiasa sengit tetapi saya tidak perlu merenung sejarah setiap masa.”

Umum mengetahui betapa hubungan Ferguson dengan jurulatih Liverpool lalu, Rafa Benitez amat dingin dengan pengurus United itu menegaskan dia tidak pernah menganggap ia bersifat ‘peribadi’ dan sebaliknya kini, dia menyanjungi tinggi pengganti Benitez, Hodgson.

“Anda perlu menilai dirinya (Benitez), bukan saya,” kata Ferguson.

Dan semalam, Ferguson terbukti masih memperlekehkan Benitez yang kini menjadi pengurus Inter Milan apabila berkata, Benitez adalah punca sebenar kemerosotan Liverpool yang sekadar menduduki tangga ketujuh liga musim lalu..

Toure Mahu City Bukti Kekuatan Sebenar


Read more... Manchester City berkunjung ke Wigan hari ini bagi melangsaikan perlawanan yang termasuk dalam kategori perlu dimenangi sekiranya mereka serius mahu mencapai impian Liga Juara-Juara, kata Yaya Toure.

Toure, menyertai City dari Barcelona musim panas lalu, mulai menyesuaikan diri dengan saingan sebenar Liga Perdana Inggeris dan setakat kini membuktikan jumlah 24 juta pound (RM118 juta) dibelanjakan Roberto Mancini untuk mendapatkannya, berbaloi.

Selepas mengatasi Red Bull Salzburg dalam saingan Liga Europa Khamis lalu, keyakinan City memuncak semula selepas dilanda kekecewaan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Dua minggu lalu, mereka tewas kepada Sunderland dan sekadar seri 1-1 dengan Blackburn Rovers minggu lalu.
Selepas membelanjakan lebih 100 juta pound (RM492 juta) akhir musim lalu, keputusan sebegitu, ke atas pasukan yang sepatutnya mampu ditewaskan City, sekadar menambahkan lagi tekanan ke atas Mancini serta anak buahnya.

Toure juga tidak terlepas daripada tekanan dan mengutip tiga mata ke atas skuad Roberto Martinez akan membuka laluan City terus memburu tempat dalam kelompok empat teratas liga.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar,” kata pemain tengah itu. “Wigan adalah pasukan seperti Sunderland dan Blackburn, mereka bekerja keras, ia tidak akan memudahkan kami tetapi tiga mata amat penting.

“Wigan pasti bertambah yakin selepas menundukkan Tottenham.

Thursday, September 16, 2010

Ancelotti tabik Anelka


Read more... Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memuji aksi penyerang kontroversi Perancis, Nicolas Anelka selepas pasukannya menang selesa 4-1 ke atas Zilina dalam saingan Liga Juara-Juara.

Anelka, yang menjadi tajuk utama akhbar pada Piala Dunia kerana dihantar pulang oleh jurulatih Raymond Domenech, meledak dua gol pada aksi semalam.

Dia turut memainkan peranan utama bagi memastikan juara Liga Perdana itu mengharungi aksi di tempat lawan di Slovakia tanpa masalah, selepas membuka gerakan gol pembukaan yang disempurnakan oleh Michael Essien.

“Perancang utama perlawanan ini adalah Anelka. Aksinya menakjubkan, dia membuka ruang, mencipta peluang gol, menjaringkan dua gol dan membuka gerakan untuk Essien menjaringkan gol pertama.

“Dia boleh beraksi di mana-mana bahagian di posisi depan. Kadang kala kami menggunakan dia secara bebas, dia juga mampu beraksi di bahagian tengah.

‘‘Malam ini dia mempamerkan skil yang menakjubkan,,’’ kata Ancelotti.

Jurulatih Zilina, Pavel Hapal turut memuji sumbangan Anelka.

“Bagi saya pemain terbaik perlawanan ini adalah Anelka,” katanya.

Essien membuka jaringan pada minit ke-13, menerusi sepakan rendah, selepas mendapat hantaran Anelka dari sebelah kiri.

Pada minit ke-24, Anelka menewaskan penjaga gol Zilina, Martin Dubravka dengan sepakan rendah selepas Florent Malouda menghantar bola lambung di tengah pertahanan pasukan lawan.

Anelka membuatkan penyokong tuan rumah terdiam empat minit kemudian, apabila menjadikan kedudukan 3-0, apabila mudah menanduk bola yang melantun, selepas percubaan ketua pasukan Chelsea, John Terry terkena palang.

Daniel Sturridge menjaringkan gol keempat Chelsea pada minit ke-48, apabila mengelecek pertahanan lawan selepas mendapat hantaran Yossi Benayoun.

“Babak pertama cukup menakjubkan. Kami bermain amat tersusun terutama menerusi serangan balas. Kami banyak mencipta peluang gol. Ia prestasi yang mengkagumkan.

“Babak kedua berbeza. Kami menguasai perlawanan. Kami melakukannya sangat baik, kami bermula baik dalam Liga Juara-Juara, semuanya bagus ketika ini,’’ kata Ancelotti.

Zilina menjaringkan gol saguhati pada minit ke-55 menerusi Tomas Oravec.

Perlawanan seterusnya Kumpulan E ialah pada 28 September dengan Chelsea menanti kedatangan Marseille, yang kalah kepada Spartak Moscow 1-0, semalam manakala Zilina akan beraksi di Moscow.

Arsenal Kenduri Gol


Read more... Arsenal membelasah kelab Portugal, Braga 6-0 pada aksi pembukaan Kumpulan H Liga Juara Juara dengan ketua pasukan, Cesc Fabregas dan Carlos Vela masing-masing menjaringkan dua gol.

Braga, yang cemerlang setelah menewaskan Celtic dan Sevilla untuk layak ke saingan peringkat kumpulan, gagal menyaingi Arsenal pada perlawanan di di Stadium Emirates.

''Kami beraksi seperti mana yang kami rancang, mengekalkan rentak permainan yang kreatif dan berkualiti serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan, di samping semangat juang yang tinggi.

"Kami berlandaskan gaya permainan seumpama itu. Ia merupakan falsafah kami dan kami berjaya menterjemahkannya,'' kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Arsenal dihadiahkan penalti pada awal permainan, setelah Marouane Chamakh dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh penjaga gol, Luiz Felipe.

Penalti disempurnakan oleh Fabregas pada minit kesembilan, apabila memperdayakan Felipe dengan merembat bola di sebelah kiri pintu gol.

Pertahanan Braga hanya mampu bertahan hingga minit ke-30, apabila Fabregas mengelecek dua pemain untuk menghantar bola kepada Andrei Arshavin, bagi membolehkan bintang Rusia itu melakukan voli kaki kanan, untuk gol kedua Arsenal.

Gol ketiga Gunners hadir empat minit berikutnya, apabila Jack Wilshere menolak bola ke arah Chamakh, sebelum pemain itu meledakkan jaringan ke gawang.

Fabregas menambah derita Braga, apabila menanduk masuk bola hasil hantaran Arshavin pada minit ke-53. "Ini merupakan satu pendedahan yang baik, kerana dalam Liga Perdana mahu pun Liga Juara Juara, kami perlu mengharungi perlawanan yang sukar,'' kata Fabregas.

Pemain gantian separuh masa kedua, Vela menjaringkan gol kelima Arsenal pada minit ke-69, selepas Arshavin berjaya menggelecek dua pertahanan lawan, dengan menyungkit bola menerjah ke jaring.

Vela sekali lagi menggegar gawang lawan pada minit ke-84, setelah menerima hantaran Fabregas, yang melakukan sepakan voli kaki kiri.

Perlawanan tersebut merupakan penampilan sulung Braga dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara Juara, selepas menduduki tempat kedua dalam Liga Portugal, musim lalu.

Braga pernah dikenali sebagai Arsenalistas, kerana menggunakan warna kelab dari London itu pada 1921.

"Kami melakukan banyak kesilapan. Amat sukar untuk kami bermain seperti mana kami pamerkan malam ini.

"Menamatkan perlawanan pada babak pertama dengan aksi seperti ini, adalah pengalaman buruk buat kami,'' kata jurulatih Braga, Domingos Paciencia.

Wenger menambah, dengan gaya permainan yang dipamerkan, pasukannya mampu memenangi Liga Juara Juara.

"Anda perlu ingat kami merupakan antara lapan kelab terbaik Eropah, terima kasih kepada pencapaian yang kami pamerkan setiap tahun, tetapi kami masih belum memenangi kejuaraan ini.

Bayern dikerah sebelum atasi Roma


Read more... Jurulatih Bayern Munich, Louis van Gaal meminta peminat kelab gergasi Jerman itu menunjukkan sedikit kesabaran, selepas mereka bekerja keras untuk menang 2-0 ke atas Roma, dalam Liga Juara-juara semalam.

Dengan 66,000 penonton di Arena Allianz, Munich resah pada perlawanan Kumpulan E apabila hampir seri tanpa jaringan, sehinggalah pemain Jerman, Thomas Mueller menceriakan malam yang membosankan, dengan rembatan lencung yang cantik pada minit ke-79.

Kekentalan pertahanan Roma dirobek dan Bayern meningkatkan rentak pada babak akhir, ketika pemain kelab dari Itali itu mula kepenatan.

Pemain gantian babak kedua, Miroslav Klose menyambung sepakan bebas untuk meraih gol kedua pasukannya dan memastikan kemenangan.

Pernah mara ke perlawanan akhir musim lalu sebelum kalah 0-2 kepada Inter Milan, Bayern gagal menyerlah dalam Bundesliga setakat ini, tetapi van Gaal meminta peminat memberikan pasukan itu lebih masa untuk membuktikan kemampuan mereka.

"Saya fikir kami bermain amat baik. Pasukan lawan cuma bertahan, ini menyebabkan keadaan menjadi sukar. Selepas 70 minit, pemain Roma tidak mampu berlari lagi.

"Peminat mesti faham bahawa kami memerlukan masa untuk merobek gawang lawan. Kami mencipta dua gol yang cantik dan mampu menjaringkan lagi, jadi ia menakjubkan.

"Saya fikir adalah sukar untuk menentang sebuah pasukan yang bertahan 10 orang di bahagian pertahanan.

''Ia mengambil masa untuk menembusi pertahanan mereka, tetapi kami berjaya melakukannya.

"Anda boleh melihat mereka kepenatan selepas 70 minit dan apabila memiliki peluang, kami mampu menjaringkan gol. Saya beritahu pemain supaya terus bermain cara biasa, peluang akan tiba.

"Akhirnya, Roma tidak banyak berbuat apa-apa dan ia terserah kepada kami untuk mengekalkan disiplin kami," katanya.

Jurulatih Roma, Claudio Ranieri yang menerajui pasukannya ke tempat kedua dalam Serie A musim lalu, berkata, dia gembira dengan usaha pasukannya, tetapi bukan keputusannya.

"Ia permulaan yang buruk tetapi saya amat gembira dengan pasukan, saya berpuas hati dengan usaha mereka.

"Bagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan keputusan, ia mungkin satu gambaran yang tidak adil, kerana kami juga sentiasa ada banyak peluang. Mereka menyudahkan apa yang dimiliki.

"Ia memalukan (melepaskan gol pertama). Jelas sekali mereka meningkatkan rentak, mereka dapat dua rembatan dari jauh dan gol hebat ini daripada Mueller.

"Ia satu keaiban kerana kami melakukan amat baik. (Marco) Borriello sudah pun hampir untuk menjaringkan gol dalam babak pertama,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...