Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Monday, November 22, 2010

Nicol, Azlan julang pingat emas

Malaysia kembali ligat memburu sasaran mencapai sembilan pingat emas pada Sukan Asia XVI di sini, selepas Datuk Nicol David dan Mohamad Azlan Iskandar masing-masing menyumbang pingat emas pada perlawanan akhir skuasy individu lelaki dan wanita, semalam.Kejayaan Nicol dan Iskandar semalam menjadikan jumlah kutipan emas kontinjen negara di Sukan Asia kepada lima emas dan kembali meletakkan Malaysia bersaing mencari kedudukan 10 terbaik pada temasya yang akan berakhir pada 27 November (Sabtu) ini.

Nicol, pemain yang menduduki ranking No. 1 dan juara dunia turun selaku penyandang juara menentang lawannya dari Hong Kong, Annie Au, yang terpaksa berpuas hati dengan perak dalam perlawanan yang mendebarkan sebelum ratu skuasy itu mencatat kemenangan 11-8, 8-11, 11-6, 11-7.

Nicol yang menang dalam set pertama bagaimanapun, terpaksa akur pada kehebatan Annie bermain hantaran bola pendek apabila tewas 8-11 dalam set kedua sebelum bangkit dalam dua set berikutnya apabila lawannya mula nampak keletihan dan sering melakukan kesilapan.

Taktik pemain Hong Kong itu yang gemar melakukan hantaran pendek dan bermain rali akhirnya menjerat diri, apabila Nicol bijak menggunakan corak permainan pantasnya untuk mencuri mata.

Kejayaannya itu juga sekali gus melebarkan rekod kemenangannya pada Sukan Asia sejak meraih emas pertama pada Temasya Bangkok 1998 sebelum tewas pada perlawanan akhir di Busan 2002 untuk pulang gangsa dan bangkit merampas kembali kemenangan dalam Sukan Asia Doha 2006.

Nicol yang akan beraksi dalam acara berpasukan wanita berkata, beliau benar-benar terharu dan gembira dengan kejayaan memenangi acara individu.

''Dia (Annie) bermain dengan baik. Saya benar-benar memerah keringat pada petang ini (semalam). Saya menyedari terpaksa melakukan yang terbaik untuk menang pertarungan itu dan akhirnya saya berjaya. Ini adalah emas ketiga saya dalam Sukan Asia. Saya bangga dapat menyumbang pingat emas untuk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Sementara itu, Azlan yang akhirnya berjaya memenangi pingat emas pertama Sukan Asia mengakui berasa puas selepas sekadar meraih perak di Doha 2006 selepas tewas kepada Ong Beng Hee pada perlawanan akhir.

''Pingat emas ini ditujukan untuk negara. Ini yang paling penting. Kami dibayar untuk mencari pingat emas dan bukan sekadar berusaha keras semata-mata," ujarnya.

Pada perlawanan akhir, semalam Azlan yang turun selaku pilihan pertama berjaya menewaskan lawannya dari Pakistan yang menang perak, Aamir Atlas Khan 11-6, 11-7, 11-6 yang terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki pemain Malaysia itu dalam tempoh 39 minit.

Aamir, kelmarin menewaskan penyandang juara Doha 2006, Beng Hee 11-5, 11-8, 9-11, 15-13 untuk menempah pertemuan akhir skuasy individu manakala Azlan mengetepikan cabaran India, Saurav Ghosal 11-5, 6-11, 11-5, 12-10.

Sementara itu, Beng Hee dan seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Low Wee Wern masing-masing membawa pulang pingat gangsa daripada acara individu itu.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...