Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Monday, November 22, 2010

Hoki lelaki ke separuh akhir

Skuad hoki lelaki negara berjaya menempah tempat ke separuh akhir selepas menang 4-2 ke atas China dalam perlawanan peringkat Kumpulan A di Padang Hoki Aoti, semalam.Malaysia tidak menunggu lama untuk mendahului apabila Muhamad Amin Rahim menyempurnakan pukulan sudut pada minit kedua.Tersentak dengan jaringan awal itu China bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan 11 minit kemudian, menerusi pukulan sudut penalti Liu Yixian.Skuad bimbingan Stephen Van Huizen kembali mendahului hasil permainan menarik Faizal Saari, yang memperdayakan pertahanan lawan sebelum melepaskan pukulan kencang pada minit ke-18.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan China berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-36 hasil jaringan padang Na Yubo.

Lima minit kemudian Malaysia kembali di depan, ia berpunca daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan dengan baik oleh Hafifihafiz Hanafi.

Malaysia berada pada kedudukan selesa untuk mencatatkan kemenangan apabila menambah gol keempat menerusi gol padang pemain berpengalaman, Azlan Misron pada minit ke-66.

Malaysia, yang menduduki tangga kedua Kumpulan A di belakang Korea Selatan, akan menentang juara Kumpulan B India dalam saingan separuh akhir esok.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...