Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Sunday, September 19, 2010

Toure Mahu City Bukti Kekuatan Sebenar

Manchester City berkunjung ke Wigan hari ini bagi melangsaikan perlawanan yang termasuk dalam kategori perlu dimenangi sekiranya mereka serius mahu mencapai impian Liga Juara-Juara, kata Yaya Toure.

Toure, menyertai City dari Barcelona musim panas lalu, mulai menyesuaikan diri dengan saingan sebenar Liga Perdana Inggeris dan setakat kini membuktikan jumlah 24 juta pound (RM118 juta) dibelanjakan Roberto Mancini untuk mendapatkannya, berbaloi.

Selepas mengatasi Red Bull Salzburg dalam saingan Liga Europa Khamis lalu, keyakinan City memuncak semula selepas dilanda kekecewaan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Dua minggu lalu, mereka tewas kepada Sunderland dan sekadar seri 1-1 dengan Blackburn Rovers minggu lalu.
Selepas membelanjakan lebih 100 juta pound (RM492 juta) akhir musim lalu, keputusan sebegitu, ke atas pasukan yang sepatutnya mampu ditewaskan City, sekadar menambahkan lagi tekanan ke atas Mancini serta anak buahnya.

Toure juga tidak terlepas daripada tekanan dan mengutip tiga mata ke atas skuad Roberto Martinez akan membuka laluan City terus memburu tempat dalam kelompok empat teratas liga.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar,” kata pemain tengah itu. “Wigan adalah pasukan seperti Sunderland dan Blackburn, mereka bekerja keras, ia tidak akan memudahkan kami tetapi tiga mata amat penting.

“Wigan pasti bertambah yakin selepas menundukkan Tottenham.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...