Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Wednesday, September 22, 2010

Sumbangan Ronaldo

Cristiano Ronaldo, Gonzalo Higuain dan Karim Benzema masing-masing meledakkan gol untuk membantu Real Madrid menumpaskan Espanyol 3-0 dalam perlawanan La Liga, kelmarin.

Pemain sayap Portugal itu membuka jaringan dengan menyempurnakan penalti pada minit ke-28 dalam aksi di Stadium Santiago Bernabeu.

Ketika kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain, Higuain mendapat bola menerusi hantaran Carlos Kameni dan merembat deras pada minit ke-78 untuk kedudukan 2-0.

Benzema menggantikan Higuain dan berganding kemas dengan Lassana Diarra, apabila penyerang Perancis itu mengelecek dua pertahanan Espanyol, sebelum merembat deras pada minit ke-88.

Madrid mengambil alih teraju liga buat seketika, namun Valencia mampu merampas semula kedudukan teratas apabila menentang Atletico Madrid kemudiannya.

"Keputusan ini amat bagus kerana kami melalui perlawanan sukar. Ia jaringan yang sangat penting buat saya,'' kata Benzema.

Athletic Bilbao meneruskan permulaan baik dengan mencatat kemenangan 3-0 ke atas Mallorca, manakala Osasuna meraih kemenangan pertama 3-1 ke atas Real Sociedad.

Benzema, yang dimasukkan sebagai pemain gantian dalam lima perlawanan berturut-turut, mahu membuktikan kepada pengurus, Jose Mourinho bahawa dia sudah bersedia untuk memberi sumbangan.

"Saya harap lebih kerap diturunkan untuk menjaringkan gol. Saya sedia bekerja keras demi Mourinho,'' kata Benzema.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...