Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, September 28, 2010

Harimau Muda sukar catat kemenangan

Peluang Harimau Muda untuk mencipta kemenangan pertama di Slovakia semakin sukar, apabila kehilangan lapan pemain utama yang mewakili skuad bawah 23 negara pada Piala Millenium Thang Long di Vietnam, apabila berdepan Liptovsky Mikulas, hari ini.

Situasi itu menyebabkan pengendalinya, Ong Kim Swee tiada pilihan, selain mempertaruhkan pemain simpanan, apabila berdepan Liptovsky, yang menduduki tangga ketujuh Liga Divisyen Satu Slovakia, amat sukar dijinakkan.

Sehubungan itu, Kim Swee tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar barisan pemain simpanannya cetek pengalaman.

‘‘Berbanding lapan pemain lain, mereka yang akan saya akan turunkan masih baru beraksi di Slovakia dan memerlukan masa untuk mendapat rentak.

“Kehilangan lapan pemain serentak, menjejaskan rentak keseluruhan skuad yang telah saya bina sejak perlawanan pertama lagi.

“Namun, itu bukan alasan untuk saya mengibar bendera putih. Saya tetap menaruh harapan kepada barisan simpanan untuk melakar sesuatu dan tidak mustahil Liptovsky boleh dikalahkan, ’’ katanya ketika dihubungi.

Lapan pemain yang mengikuti latihan skuad kebangsaan sejak 21 September lalu ialah K. Gurusamy, Mahali Jasuli, Mohd. Fadhli Mohd Shas, Mohd. Fandi Othman, Zamir Selamat, Mohd. Muslim Ahmad, Gary Steven Robbat dan Izzaq Faris Ramlan.

Tanpa kelibat mereka, Kim Swee mungkin terpaksa mempertaruhkan kreativiti dua pemain tengah, D. Saarvindran dan S. Sivanesan.

Selain berdepan Liptovsky, Harimau Muda juga tidak dapat menggunakan khidmat lapan pemain tersebut ketika berdepan Zemplin Michalovce pada 6 Oktober ini.

Namun, Gurusamy dan Zamir digugurkan dalam senarai akhir 20 pemain ke Vietnam.

Harimau Muda mencatat dua keputusan dua seri dan dua kali tewas dalam empat perlawanan awal dengan pasukan Liga Divisyen Satu Slovakia.

Tewas 1-3 kepada Ruzemberok B dalam perlawanan pembukaan namun bangkit seri 2-2 ke atas Petrzalka.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...