Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, September 28, 2010

Taktik Real Tak Menjadi

Pengurus baru Real Madrid, Jose Mourinho yang sering mengamalkan corak permainan menyerang, namun hanya menjaringkan enam gol daripada lima perlawanan, gagal menambah jaringan apabila seri tanpa jaringan dengan pendatang baru La Liga, Levante.

Ini merupakan kali kedua Real gagal menjaringkan setakat ini, selepas seri tanpa jaringan dengan Real Mallorca dan ini membuatkan Mourinho pening kepala untuk menjelaskan kegagalan anak buahnya memanfaatkan gol gol.

"Saya sangat risau kerana kami kehilangan empat mata tanpa menjaringkan sebarang gol walaupun mampu melakukannya berdasarkan peluang yang diperolehi.

"Ia perkara yang tidak normal apabila anda gagal menjaringkan dua atau tiga daripada enam peluang yang baik.

"Kami tidak gembira kerana gagal menjaringkan gol, sedangkan mempunyai banyak peluang ketika menentang Levante," katanya.

Real masih belum tewas dalam enam perlawanan liga, namun dua keputusan seri menyebabkan gergasi Sepanyol itu berada pada kedudukan ketiga liga, dua mata di belakang Valencia, satu mata di belakang musuh ketat, Barcelona.

Pertahanan Real tidak mempunyai banyak masalah, kerana hanya bolos satu gol dan pengurus berbangsa Portugis itu berharap bahagian serangan lebih mengancam selepas ini.

"Kami menguasai permainan, ini menunjukkan tidak perlu perubahan taktik.

"Malah kualiti pemain juga tidak harus dipertikaikan, kerana kita tahu semua pemain mempunyai rekod yang cemerlang untuk menjaringkan gol.

"Anda tidak akan menang jika gagal menjaringkan gol walaupun pertahanan sangat bagus," kata bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan itu.

Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain, masing-masing menjaringkan 53 gol pada musim lepas, mempunyai banyak peluang gol, tetapi gagal menterjemahkan kepada jaringan.

Keputusan itu menyebabkan Real menyerahkan kedudukan teratas liga kepada Valencia.

"Musim lepas kami menjaringkan lebih 100 gol dan ini tidak patut jika kami gagal mengulanginya,'' kata Mourinho.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...