Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Saturday, September 25, 2010

Ferguson resah prestasi Rooney

Alex Ferguson bimbang dengan prestasi bintangnya, Wayne Rooney yang mulai merosot selepas kisah peribadinya didedahkan, apabila Manchester United beraksi di Stadium Reebok, hari ini.

Rooney menerima tamparan hebat baru-baru, setelah media mendedahkan kisah hidup penyerang England itu secara terperinci.

Penyerang berusia 24 tahun itu hanya menjaringkan dua gol sahaja setakat ini, berbanding enam gol dalam tempoh yang sama musim lepas, menunjukkan Rooney bergelut untuk mengatasi masalah terbarunya.

“Saya tidak percaya dia mempunyai masalah dari segi keyakinan.

“Cuma Rooney mula sedar. Dia menyedari apa maksudnya jika menjadi tumpuan media untuk soalan yang tiada kaitan dengan bola sepak.

‘‘Saya tidak fikir dia mampu mengalihkan perhatian media terhadap dirinya ketika ini,’’ kata Ferguson.

United berkunjung ke padang Bolton Wanderes dengan misi meneruskan pencapaian cemerlang, selepas menewaskan musuh tradisi, Liverpool 3-2 minggu lepas.

“Rooney tidak boleh bergerak tanpa paparazzi disekelilingnya, sebagai pemain muda, itu bukan yang dia dimahukan,

“Anda mahu beraksi dan menikmati permainan bola sepak tanpa sebarang gangguan. Gangguan akan meletihkan anda.

“Dia mahu terus bermain dengan bebas, tetapi media sering membuat dia tertekan,”.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...