Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, September 14, 2010

Mourinho Mahu Catat Rekod Unik

Kempen Jose Mourinho untuk mencatat rekod unik dalam Liga Juara-Juara Eropah akan bermula hari ini, apabila pasukan barunya, Real Madrid menerima kunjungan kelab Belanda, Ajax di Santiago Bernabeu.

Mourinho berjaya membimbing gergasi bola sepak Itali, Inter Milan menjulang gelaran elit Eropah itu di Bernabeu musim lalu dengan menundukkan Bayern Munich 2-0. Dia bakal memahat rekod andai mempertahankan kejuaraan bersama pasukan berbeza.

Bekas pengurus Chelsea itu memperoleh kemenangan sulung bersama Real dalam saingan La Liga musim ini dengan membawa juara Eropah sembilan kali itu mengalahkan Osasuna 1-0, Sabtu lalu. Kemenangan tersebut diharap menjadi motivasi terbaik buat mereka untuk mencatat satu lagi kemenangan ke atas juara Eropah empat kali, Ajax.

Pemain sayap Real, Cristiano Ronaldo percaya rakan sepasukannya akan menghadiahkan apa yang diinginkan peminat dan jurulatih, hari ini.

''Mourinho adalah jurulatih terbaik dan saya yakin dia akan buktikan kemampuannya. Tugas kami, bermain dengan baik dan mencari gelaran,'' ujar Ronaldo, yang hampir pasti akan mengisi kesebelasan utama Real.

Sementara itu, Mourinho menegaskan bahawa ejekan yang diterima daripada peminat ketika bertemu Osasuna, Sabtu lalu tidak memberi tekanan kepadanya.

''Saya faham apa yang orang ramai mahukan. Saya juga mahukan yang lebih baik begitu juga pemain,'' kata Mourinho.

Ajax, yang kini dibimbing Martin Jol kembali ke kancah Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak musim 2005/06. Malah, kelab Belanda itu turut memburu kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 1995.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...