Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, October 19, 2010

Chelsea Turut Alu-Alukan Kedatangan Rooney

Carlo Ancelotti membuka pintu buat penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney menyertai Chelsea. Ketika ini, pengurus The Blues itu sedang memantau hubungan Rooney dengan pengurus United, Alex Ferguson yang kini dilaporkan semakin panas.
Situasi itu mencetuskan spekulasi bahawa Rooney bakal meninggalkan Old Trafford.

"Sekiranya United bersedia melepaskan Rooney, bukan saja akan menarik perhatian Chelsea, bahkan kelab lain juga akan berminat," jelas Ancelotti.

Baru-baru ini, pemilik Chelsea, Roman Abramovich telah mengarahkan agar perbelanjaan skuad The Blues itu dikurangkan.

Namun, sumber rapat kepada jutawan Rusia itu memberitahu: "Sekiranya harga Rooney berpatutan, Abramovich sudah pasti berminat untuk mendapatkannya."

Rooney, 24, mempunyai baki kontrak 18 bulan lagi di Old Trafford dan difahamkan, penyerang England itu juga mahu gaji sebanyak £200,000 (RM985,772) seminggu untuk kekal bersama United.

1 comment:

  1. wahaha
    x dapat imagine kalu rooney main untk chelsea
    ada tempat ker untk dia
    striker chelsea dh cukup kuat anelka ngan drogba
    kalu sub boleh ler

    ReplyDelete

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...