Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, October 5, 2010

Real tunjuk belang

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid membelasah Deportivo La Caruna 6-1 dalam saingan La Liga semalam sekali gus menghilangkan keraguan ketumpulan bahagian serangan kelab gergasi Sepanyol itu.

Hanya menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan sebelum ini, Real membuktikan permulaan yang baik di hadapan penyokong sendiri apabila mendahului Deportivo menerusi tandukan Ronaldo pada minit keempat.

Mesut Ozil menghukum kesilapan pertahanan pasukan pelawat untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-24 menerusi rembatan deras ke sudut pintu gol.

Xabi Alonso membuat hantaran jauh kepada Gonzalo Higuain sebelum membuat hantaran lintang kepada Angel de Maria yang menanduk kemas untuk gol ketiga pada minit ke 35.

Pada minit ke-48, Deportivo cuba bertindak balas apabila pada penyerangnya, Lassad Nouioui membuat gerakan solo, namun penjaga gol Real, Iker Casillas tenang menyelamatkan gawang pasukannya.

Derita Deportivo bertambah parah setelah Higuian menjaringkan go keempat Real pada minit ke-54 dan jaringan sendiri pemain tengah Deportivo, Jose Castro pada minit ke-61 meletakkan Real selesa mendahului 5-0.

Deportivo cuba meneruskan sisa perjuangan menerusi jaringan saguhati Juan Rodriguez pada minit ke-79 namun Ronaldo melengkapkan malam gemilang buat Real apabila menjaringkan gol keenam pada minit ke-89.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...