Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Sunday, October 24, 2010

Chelsea kukuhkan kedudukan liga

Juara bertahan, Chelsea dipaksa bekerja keras oleh Wolverhampton Wanderers sebelum menang 2-0 untuk menjarakkan kelebihan kepada lima mata di hadapan Manchester City yang berada di tangga kedua.Florent Malouda menjaringkan gol ketujuhnya pada musim ini pada minit ke-23, selepas mempamerkan gerakan menarik bersama Nicolas Anelka dan Yuri Zhirkov.

Ketika penonton di Stamford Bridge cemas melihatkan kedudukan 1-0 masih belum selamat buat Chelsea, pemain gantian, Salomon Kalou memastikan tiga mata milik Chelsea apabila tenang menyempurnakan hantaran daripada Michael Essien pada minit ke-82.

Wolves cuba mendapatkan gol melalui beberapa percubaan, namun dihampakan kecekapan Peter Cech sementara Jose Bosingwa dan Didier Drogba masing-masing gagal menambahkan jaringan buat Chelsea.

Chelsea kini memungut 22 mata daripada sembilan perlawanan manakala Manchester City berpeluang merapatkan jurang mata kepada dua sekiranya menang ke atas Arsenal, hari ini.

Dalam satu lagi perlawanan, kesilapan penjaga gol Everton, Tim Howard membantu Tottenham seri 1-1 dengan Everton di White Hart Lane.

Everton yang masih segar dengan kemenangan ke atas Liverpool dalam pertembungan Merseyside minggu lalu, membuka tirai perlawanan dengan baik apabila Leighton Baines menjaringkan gol pada minit ke-17 melalui sepakan percuma yang cantik.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Tottenham melipatgandakan usaha dalam mencari gol penyamaan dan hasilnya tiga minit kemudian, jaringan yang dicari akhirnya menjelma.

Berpunca hantaran bola silang daripada pemain pertahanan, Alan Hutton ke sebelah kanan pintu gol Everton, Howard membuat kesilapan dengan menumbuk bola tersebut tepat ke arah Peter Crouch.

Penyerang antarabangsa England itu bijak mengambil kesempatan dengan menanduk tepat ke arah tengah kawasan gol Everton sebelum disambar Rafael Van der Vaart yang mudah melepaskan rembatan untuk gol penyamaan

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...