Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Friday, October 8, 2010

Hodgson lega Liverpool dijual

Pengurus Liverpool, Roy Hodgson semalam mendedahkan, beliau 'gembira' pasukan Reds dijual kepada pemilik Boston Red Sox kerana ia dapat menyelamatkan kelab tersebut.

Tawaran 300 juta pound (RM1.48 bilion) yang dikemukakan oleh pemilik Red Sox, New England Sports Ventures dipersetujui oleh tiga ahli lembaga kelab.

Bagaimanapun penjualan tersebut cuba dihalang oleh pemilik bersama Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett Jr., yang memberitahu, tawaran tersebut "sangat jauh daripada nilai sebenar kelab".

"Amat sukar untuk ahli lembaga menyelesaikan perkara ini. Saya tahu, ia tidak mudah buat mereka kerana pemilik mempunyai idea berbeza mengenai terma jualan.

"Pada saya persetujuan yang dicapai adalah sesuatu yang hebat. Nampaknya akan diteruskan,'' kata Hodgson.

Hodgson sebelum itu turut diberi jaminan, tugasnya sebagai pengurus adalah selamat sekali pun Liverpool mendapat pemilik baru.

Kedudukan pengurus berpengalaman itu nampak 'panas' ketika ini selepas Liverpool menghuni tangga tiga tercorot untuk berada di zon penyingkiran.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...