Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Wednesday, August 18, 2010

Malaysia VS Oman

 Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara berkemungkinan besar bakal diuji pasukan kebangsaan Oman dalam satu perlawanan persahabatan pada 3 September ini.
Perkara itu dinyatakan oleh jurulatih, K. Rajagobal yang berkata perlawanan tersebut bakal dilangsungkan di Doha, Qatar.
"Perlawanan ini adalah salah satu daripada tiga perlawanan persahabatan yang sedang dirancang dalam tempoh latihan fasa kelima kali ini.
''Antara perlawanan lain yang saya sedang aturkan ialah berdepan kelab Perancis, Etoile FC yang beraksi di Liga Singapura pada 23 Ogos ini dan bertemu dengan Thailand pada 28 Ogos ini.
''Namun, kedua-dua perlawanan itu masih belum dapat diputuskan jadi atau tidak termasuk gelanggang pertemuan, sama ada di sini atau di tempat lawan, mungkin esok atau lusa, baru saya boleh mengesahkan, '' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia.
Berdasarkan ranking terbaru di laman web rasmi FIFA, skuad negara dijangka berdepan cabaran getir kerana Oman pada masa kini berada di ranking 81 dunia.
Sebelum itu, Rajagobal berkata, dia telah mengambil keputusan membatalkan aksi di China yang dijadualkan dari 28 Ogos hingga 6 September ini.
"Antara sebab pembatalan itu kerana saya tidak mendapat mengaturkan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang kompetitif walaupun kemudahan di sana cukup baik,'' jelasnya.
Seramai 26 pemain mendaftar diri ke latihan pusat fasa kelima skuad negara yang bermula pada 16 Ogos ini dan akan berakhir pada 7 September.
Majoriti pemain terdiri daripada pemain sama yang dipanggil bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 21 tahun Korea Selatan pada 25 Julai lepas.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira 10 pemain terdiri daripada skuad Harimau Muda termasuk penjaga gol, Zamir Selamat yang menggantikan S. Sasikumar ekoran kemalangan jalan raya dan Izzaq Faris Ramlan.
Hanya Ahmad Shakir Md. Ali dan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias tidak dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada kali ini. Farizal terpaksa berehat selama tiga bulan selepas patah tulang pipi.
Dalam pada itu, Rajagobal mengakui dia berasa lega kerana tiada pemain yang mengalami sebarang kecederaan serius pada latihan pusat pertama skuad negara.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian hari pertama, beliau berpuas hati dengan tahap kecergasan para pemain walaupun terpaksa berlatih di dalam bulan Ramadan.
''Latihan pada bulan puasa ini amat perlu kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk berkumpul dan berlatih bersama selepas berakhir Piala Malaysia pada penghujung Oktober ini,'' katanya yang ditemui pada sesi latihan , kelmarin.
Sementara itu, Rajagobal berkata, skuad negara akan menyertai Piala Ho Chin Minh yang bakal menjadi ujian terakhir sebelum berangkat ke Sukan Asia di Guangzhou.
''Iran, Singapura dan tuan rumah, Vietnam yang bakal menurunkan skuad Bawah 23 tahun akan menjadi pencabar kita dalam kejohanan itu yang dijangka berlangsung dari 26 September ini hingga 3 Oktober,

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...