Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Thursday, August 5, 2010

Messi Tunggu Kehadiran Fabregas Di Barca

Bintang Barcelona, Lionel Messi menyuarakan hajat besar untuk beraksi bersama ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas yang sudah tidak lagi merahsiakan kecenderungan mewakili kelab juara Sepanyol itu satu hari nanti.Messi memberi komen itu menjelang perlawanan persahabatan antara Barca dan kelab dari China, Beijing Guoan di Stadium Sarang Burung, Ahad ini untuk menyambut ulang tahun kedua Sukan Olimpik 2008.Barca sudah pun secara terbuka menyuarakan minat mendapatkan khidmat Fabregas dan sanggup membayar sekitar 30 juta pound (RM150 juta) tetapi menghormati kemahuan Arsenal tidak mahu melepaskan ayam tambatan mereka itu.Pengurus kelab elit Inggeris itu, Arsene Wenger sudah berulang kali berkata Fabregas - anggota pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2010 - harus memberi fokus membantu pasukan memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada dibuai mimpi mahu pulang ke kelab yang mula diwakilinya ketika pemain belasan tahun.Wenger pernah berkata dia mahu pemain tengah Sepanyol itu menamatkan khabar angin itu dan kembali dengan minda segar ke Stadium Emirates selepas percutian berikutan Piala Dunia di Afrika Selatan.
“Spekulasi tidak dapat disekat. Hanya dia boleh lakukan,” kata Wenger.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...