Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Saturday, August 21, 2010

Dendam Fergie

Alex Ferguson mengingatkan Mark Hughes bahawa tiada peluang buat Fulham untuk mencatat kemenangan mengejut ke atas Manchester United, pada aksi Liga Perdana England.
Ferguson mahu melupakan memori pahit United dalam dua aksi mereka di Fulham apabila beraksi di Craven Cottage, hari ini.
Musim lalu, United tumpas 0-3 di Fulham, apabila masalah kecederaan melampau di dalam skuad Ferguson, sehingga memaksa dia menukar pemain tengah Darren Fletcher dan Michael Carrick ke bahagian pertahanan. Pada musim sebelumnya, United kalah 0-2.
Hari ini, Ferguson mempunyai peluang untuk membalas dendam walaupun dia percaya Hughes, mempunyai keupayaan untuk meneruskan pencapaian baik kelab itu yang ditinggalkan Roy Hodgson, yang kini menyertai Liverpool.
"Kami menghadapi situasi yang sukar ketika beraksi di Fulham sebelum ini.
''Pada musim lalu, kami hanya tinggal sembilan pemain dari skuad musim sebelumnya, yang mana kami agak keterlaluan ketika menukar pemain pertahanan.
"Mark Hughes mempunyai skuad yang kecil di Blackburn dan pengalamannya di situ amat berharga buat Fulham.
"Fulham hampir mencipta keajaiban hanya dengan skuad kecil pada musim lalu.
"Mereka bermain dalam 59 perlawanan bermula Julai dan mengakhirinya pada Mei di Hamburg (final Liga Eropah) dan itu merupakan satu fenomena.
"Saya fikir, perkara yang membantu mereka adalah permainan pantas ,yang membuatkan mereka tiada masa untuk berfikir perkara lain.
"Mereka hanya menyarung jersi dan bermain. Mereka tidak melakukan banyak latihan, kerana mereka adalah skuad kecil yang perlu mengekalkan kecergasan.
"Ia merupakan musim terbaik bagi mereka, tetapi itu tidak akan berlaku lagi, saya yakin tentang perkara itu," katanya.
Hughes pula tidak mahukan apa-apa selain menjamin kemenangan ke atas United, dalam perlawanan pertamanya sejak mengambilalih dari Hodgson.
Persediaan Fulham bagi perlawanan itu bagaimanapun dibayangi tindakan Hughes yang mahu mengekalkan penjaga gol Australia, Mark Schwarzer yang mahu menyertai Arsenal.
Kecergasan Schwarzer diragui akibat masalah belakang, namun Hughes mahu mengekalkan pemain itu di Craven Cottage dan menjelaskan bidaan kedua daripada Arsenal di tolak.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...