Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Thursday, August 5, 2010

Terry Tekad Lupa Aib Piala Dunia

John Terry akan kembali ke Chelsea dengan matlamat mahu membuktikan kemampuannya musim ini selepas pertahanan England itu mengharungi kempen Piala Dunia mengecewakan.

Jika pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti bimbang Terry akan dipengaruhi pengalaman buruknya di Afrika Selatan, kebimbangan jurulatih dari Itali itu pasti reda selepas melihat kapten pasukannya mula berjoging di pusat latihan kelab beberapa hari selepas England disingkirkan Jerman.Pengalaman Piala Dunia England meninggalkan kesan mendalam ke atas harga diri skuad bimbingan Fabio Capello, yang dikecam peminat kerana sekali lagi gagal di kejohanan utama antarabangsa.Terry antara yang paling terasa bahangnya selepas melakukan beberapa kesilapan besar di dalam dan di luar padang dalam usahanya cuba mengisi kekosongan kepimpinan ditinggalkan kapten Rio Ferdinand yang tercedera sebelum kempen bermula.

Bagaimanapun, Ancelotti bernasib baik kerana Terry mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan selepas tempoh tidak menyenangkan bersama England, dia kembali bersedia merebut peluang untuk menerajui Chelsea sekali lagi.Terry sebelum ini tersilap percaturan apabila cuba mencabar taktik diterap Capello pada Piala Dunia dalam satu sidang akhbar, selepas aksi hambar England pada perlawanan pembukaan kumpulan di Afrika Selatan.
Malah sebelum dilucutkan jawatan kapten kerana mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanita rakan sepasukan lamanya di Chelsea - Wayne Bridge - Terry tidak pernah mempunyai pengaruh besar di dalam bilik persalinan Capello.
Namun keazamannya untuk dilihat sebagai pemimpin yang menjadikan Terry antara pemain dihormati di Chelsea. Di Stamford Bridge, dia menjadi perangsang utama kepada pemain-pemain lain di atas padang, dan sentiasa berusaha mengeratkan hubungan serta meningkatkan moral mereka.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...