Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Wednesday, August 4, 2010

Hati Torres masih Bersama Liverpool

Fernando Torres berkata, dia tidak sabar untuk beraksi bersama Liverpol selepas berakhirnya Piala Dunia, sekali gus menafikan khabar angin pemain itu mahu ke kelab lain dalam mengejar impian menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Menurut Torres, fokus utamanya sekarang ialah membawa trofi ke Anfield walaupun Reds kini hangat dalam perbincangan untuk beralih tangan.
''Saya menghargai usaha jurulatih Roy Hodgson untuk datang berjumpa dengan saya. Dia memberitahu perancangannya dan mahukan saya dalam menjayakan misi itu. Saya benar-benar menghargainya.
''Saya berharap dia adalah orangnya yang akan merealisasikan impian Liverpool dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,'' ujar Torres.
Torres yang bergelut dengan masalah prestasi semasa Piala Dunia dan mendapat kecederaan paha di akhir kejohanan berkata, buat masa ini dia berlatih sendiri dan berharap akan cergas menjelang pertemuan menentang Arsenal pada 15 Ogos ini dalam musim baru Liga Perdana England.Menurut Torres, dia juga tidak sabar untuk bekerjasama dengan pemain tengah England, Joe Cole yang menyertai Reds dari Chelsea.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...