Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, August 10, 2010

Selangor Dapat Duit Raya

Sekalipun umat Islam hanya mula menjalani ibadah puasa hari ini, pemain-pemain Selangor bakal menerima duit raya lebih awal apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengagihkan hadiah kemenangan RM500,000 yang diperoleh hasil kejayaan muncul juara Liga Super dalam masa terdekat.
Setiap pemain yang berjaya membantu skuad Red Giantsmempertahankan kejuaraan bakal menikmati RM15,000 seorang, umum Presiden FAS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Walaupun hadiah kemenangan ini bukanlah dari saku FAS, namun ia diharap mampu menyuntik semangat pemain menjelang saingan Piala Malaysia yang akan bermula, September ini.
"Kerajaan negeri hanya menyerahkan semula ganjaran kemenangan itu kepada pemain sebagai galakan dan keazaman baru untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih besar dengan menjulang Piala Malaysia pula (yang bermula 14 September ini).
"Ia bererti kami tidak mengambil hasil ini tetapi kami memang gembira dan kami terangkan kepada pemain bahawa banyak perhatian kini tertumpu kepada mereka bukan sahaja daripada peminat bahkan Tuanku Sultan Selangor yang pernah memimpin FAS, beberapa tahun lalu," kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid bagaimanapun menyerahkan kepada sebuah jawatankuasa FAS yang terlibat untuk menetapkan angka sebenar pembahagian ganjaran kemenangan itu termasuk kepada pegawai pengurusan pasukan Selangor.
"Ia bukan perkara baru tetapi memang satu tradisi mana-mana negeri sekiranya memenangi kejuaraan. Cara pengagihan sebenarnya, terserah kepada jawatankuasa terlibat," katanya pada sidang akhbar selepas majlis meraikan kejayaan pasukan di sebuah hotel, semalam.
Beliau turut berbangga dengan kejayaan anak buah K. Devan yang turut mencatat satu rekod kerana menjuarainya kali kedua berturut-turut tetapi tetap mengingatkan pasukan bahawa masih ada Piala Malaysia untuk direbut sejak kali terakhir dimenangi mereka pada 2005.
Abdul Khalid juga prihatin dengan keluhan yang disuarakan Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada majlis itu mengenai kemudahan pengangkutan pasukan yang sudah usang untuk digunakan bagi menghadiri perlawanan khususnya di gelanggang lawan di luar Lembah Klang.
Beliau turut berjanji untuk menimbangkan sejumlah peruntukan bagi membeli sebuah bas baru pasukan bagi menggantikan yang digunakan sekarang memandangkan ia sudah susut nilai setelah mencapai 14 tahun dan memerlukan kos yang besar jika mahu terus diperbaiki.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...