Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Monday, August 2, 2010

Skuad Bola Sepak Bawah 13 sekadar Tempat Ke 3

SKUAD Bawah 13 tahun negara sekadar menduduki tangga keempat Kejohanan Bola Sepak Piala Asean Yamaha 2010 selepas tewas pada penentuan penalti 4-1 kepada Indonesia I di Stadium Soemantri Brodjonegoro, Jakarta, semalam. Percubaan skuad kendalian Annuar Abu Bakar untuk merakam kemenangan pertama di kejohanan edisi kedua itu tidak kesampaian apabila hanya satu daripada empat sepakan penalti disempurnakan menerusi Mohamad Syafiq Rizuan. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap penganjur kejohanan dan pegawai pertandingan yang tidak mengikut peraturan permainan apabila membenarkan pemain masuk ke bilik persalinan sebelum sepakan penalti dimulakan sebaik tamat masa tambahan. Teguran pembantu jurulatih negara, Abdul Jamil Zainal bagaimanapun tidak dipedulikan pengadil, malah berlaku kekecohan yang hampir menjurus kepada pergaduhan. Namun atas semangat kesukanan, ketegangan akhirnya reda. Pada edisi ketiga tahun depan, Thailand akan menjadi tuan rumah dan kemungkinan Malaysia dibenarkan menghantar dua pasukan.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...