Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Wednesday, August 4, 2010

Torres Terlepas Aksi Pembukaan

Bintang penyerang Liverpool, Fernando Torres dijangka terlepas aksi pembukaan Liga Perdana England menentang Arsenal pada 15 Ogos ini kerana masalah kecergasan, namun dia hampir pasti kekal di Anfield.
Tonggak yang membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia itu, akhirnya kembali menyertai sesi latihan bersama skuad Reds semalam selepas bercuti panjang, iaitu percutian pertamanya dalam tempoh tiga tahun.
Bagaimanapun, selepas mengalami kecederaan pangkal paha dalam perlawanan akhir Piala Dunia menentang Belanda bulan lalu, Torres masih belum bersedia membuat penampilan penuh, mahupun latihan berat.
Semalam, dia hanya dibenarkan melakukan latihan ringan di gimnasium, walaupun kecederaannya semakin pulih. Liverpool tidak mahu memaksanya untuk segera kembali, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga.
Torres juga tidak akan mengambil bahagian pada perlawanan kedua kelayakan Liga Europa menentang Rabotnicki, esok malah dijangka tidak akan melakukan sesi latihan penuh sehingga kempen liga bermula, minggu depan.
Bermakna, dia tidak mempunyai sebarang perlawanan pemanas badan sebelum aksi pembukaan Liga Perdana menentang Arsenal, justeru peluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama amat tipis.
Torres diberi pendekatan latihan ringan, sebelum menempatkan diri dalam pasukan. Sasaran paling realistik yang diletakkan Liverpool untuk pemain itu adalah aksi Liga Europa pada 19 Ogos ini.
Pengurus pasukan, Roy Hodgson berhati-hati dalam menurunkan pemain, terutama yang beraksi pada Piala Dunia bagi mengelak mereka daripada keletihan apabila mengharungi musim liga yang panjang.
Hodgson yakin penyerangnya itu akan menjadi sebahagian daripada perancangan penting musim ini.
Dia mahu Torres bermain dalam lebih banyak perlawanan berbanding musim lalu, di mana dia hanya diturunkan sepanjang 90 minit permainan dalam 14 perlawanan.
Pengurus baru Reds itu melindungi semua pemainnya yang beraksi pada Piala Dunia, malah merehatkan tonggak England apabila membawa pasukan itu menentang Rabotnicki di Macedona dalam saingan pertama kelayakan Liga Europa, minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...