Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Friday, August 20, 2010

Man city Belanja besar beli Milner

 Pemain tengah England, James Milner telah menyempurnakan perpindahannya yang dilaporkan bernilai 26 juta pound dari Aston Villa ke Manchester City, kelmarin.
Bekas pemain tengah Ireland, Stephen Ireland turut berpindah sebagai sebahagian perjanjian lain yang menyaksikan pengurus Villa, Martin O’Neill meletak jawatan sejak seminggu lalu sebagai tanda tidak berpuas hati kepada kelab yang menjual pemain terbaik mereka.
City juga telah membeli bintang tengah lain iaitu pemain antarabangsa England, Gareth Barry pada musim tahun lalu.
Pengurus City, Roberto Mancini pula begitu gembira apabila mendapatkan enam pemain baru sejak akhir musim lalu.
“Saya amat gembira apabila James menyertai kami kerana semua orang tahu, kami begitu mengaguminya selama ini.
“Dia merupakan pemain tengah yang cemerlang yang boleh bermain dalam pelbagai posisi. Ini adalah penting buat pasukan dan saya tidak sabar untuk menyaksikan dia bermain bersama kami.
“Kami mempunyai skuad yang amat kuat dan perjanjian itu adalah amat penting untuk kami.
“James sudah pun menjadi pemain yang amat baik, yang membuktikan dia boleh bermain di peringkat tertinggi. Malah, dia juga masih muda dan mempunyai karakter yang baik dan saya fikir dia mampu meningkat dan menjadi pemain yang bagus buat Manchester City buat tempoh yang lama,” kata Mancini yang menggantikan Mark Hughes musim lalu seterusnya membimbing City ke tangga kelima dalam liga.
Milner yang sebelum ini bermain dengan Leeds United serta Newcastle United telah beraksi buat England dalam kempen mengecewakan di Piala Dunia, namun menunjukkan kehebatan ketika bersama Villa dengan satu gol pada perlawanan pembukaan, menang 3-0 ke atas West Ham.
Pemain berusia 24 tahun itu dijangka membuat penampilan pertama bersama City menentang Liverpool, Isnin ini.
Sementara itu, Milner menjelaskan, dia hadir ke kelab itu untuk memenangi hadiah terhebat dalam arena bola sepak kebangsaan itu.
“Saya tidak kisah sangat apabila dijual oleh mereka setelah melihat pemain yang telah ada di sini serta perancangan buat kelab.
“Perkara terakhir yang dia katakan kepada saya adalah bersedia untuk perlawanan seterusnya dan kemudian dia berkata lagi, bersedia untuk memenangi Liga Perdana dan itu merupakan objektif utama yang saya mahu dilakukan dan sebab kenapa saya berada di sini,”

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...