Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, August 10, 2010

Brazil Dalam Tekanan

 Biarpun menurunkan ramai pemain muda dalam usaha memulakan revolusi bola sepak Brazil, namun ia tetap tidak akan menggelakkan pasukan itu daripada terus dibayangi tekanan apabila menentang Amerika Syarikat dalam aksi persahabatan hari ini, kata tonggak pertahanan, Dani Alves.
Brazil tersingkir pada suku akhir Piala Dunia bulan lalu di tangan naib juara kejohanan, Belanda, keputusan mengecewakan yang turut membawa kepada pemecatan jurulatih, Dunga.
Mano Menezes, yang sepatutnya membimbing skuad bawah 23 tahun Brazil menghadapi Sukan Olimpik London 2012, bagaimanapun dipilih menggantikan Dunga dan membimbing skuad senior menghadapi Piala Dunia 2014 yang akan diadakan di negara itu.
"Menyarung jersi Brazil sentiasa menghadirkan tekanan dan setiap kali anda turut ke padang, tanggungjawabnya sangat berat,'' kata pertahanan Barcelona, Alves.
Gandingan pemain Santos, Paulo Henrique Ganso dan Neymar yang mencetuskan kontroversi kerana tidak dibawa oleh Dunga pada Piala Dunia lalu, antara 11 muka baru yang diperkenalkan Menezes dalam skuad mudanya.
Turut dipanggil penyerang AC Milan, Alexandre Pato dan pemain tengah Liverpoo, Lucas, yang kedua-dunya terlepas aksi Piala Dunia.
"Ini adalah permulaan baru buat semua orang. Selepas Piala Dunia, tekanan semakin hebat, apatah lagi kami akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014. Orang ramai amat teruja dan mengharapkan kami menang,'' kata Lucas pula.
Tonggak Brazil pada Piala Dunia - penjaga gol, Julio Cesar, pemain pertahanan - Maicon dan Lucio, selain perancang utama, Kaka tidak disenaraikan dalam perlawanan hari ini.
Meskipun sebarang keputusan tidak memberi banyak makna buat Brazil, namun Menezes menegaskan, kekalahan sesuatu yang tidak boleh diterima..

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...