yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Saturday, August 14, 2010
Chelsea Resah
Chelsea akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England menentang West Bromwich Albion, esok dalam keadaan tidak menentu.
Blues memenangi kejuaraan liga dan Piala FA musim lalu, namun memulakan musim baru dengan momentum tidak menentu, selepas kempen pra musim yang mengecewakan, termasuk dikalahkan Manchester United pada perlawanan Perisai Komuniti.
Kalah kepada Ajax, Hamburg dan Eintracht Frankfurt sebelum kalah kepada Red Devils di Wembley mencetuskan kebimbangan buat pengurus Carlo Ancelotti, yang turut emas terhadap kecergasan beberapa pemain utama, sejak beberapa minggu lalu.
Mungkin ada beberapa muka baru pada aksi di Stamford Bridge esok, seperti Ramires dan Neymar, yang kuat dikaitkan ke Chelsea, namun pemain sedia ada perlu memulakan kempen dengan kemenangan.
Di sebalik masalah sebelum sepak mula, ramai yang berani bertaruh bahawa Chelsea akan mencatat kemenangan pada aksi di tempat sendiri.
Blues, yang menjaringkan lebih 100 gol liga pada musim 2009/10, menang 10 perlawanan terakhir ke atas lawan yang akan ditentang esok. Ia bakal menjadi kejutan terbesar jika kemenangan tidak dapat diteruskan sehingga angka ke-11.
West Brom pula adalah kelab berprestasi yo-yo sejak sekian lama.
Boss Baggies, Roberto Di Matteo mendapatkan khidmat Boaz Myhill, Nicky Shorey, Pablo Ibanez dan Steven Reid musim ini. Perlawanan menentang pasukan sekuat Chelsea, bukanlah penentu nasib Baggies, malahan jika berjaya mengutip mata, ia disifatkan bonus
Sementera itu, Saloman Kalou percaya saingan musim ini adalah peluang terakhir skuad tua Chelsea untuk memenangi Liga Juara-Juara.
Frank Lampard, Didier Drogba, Nicolas Anelka, John Terry dan Ashley Cole, kesemuanya akan mencecah usia 30 tahun musim ini dan Kalou merasakan jika mereka mengetepikan kekecewaan Piala Dunia, ia akan memberi semangat kepada kelab musim ini.
"Inilah alasan mengapa kami perlu menang, kami harus menempuh semua cabaran.
"Saya rasa musim ini adalah yang terbaik buat Chelsea, kerana ia mungkin peluang terakhir untuk kami memenangi Liga Juara-Juara atau memenangi dua kejuaraan serentak,'' katanya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here