yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Tuesday, August 31, 2010
Ibrahimovic sah sertai AC Milan
Zlatan Ibrahimovic lulus pemeriksaan perubatan kelmarin, untuk secara rasmi menyertai AC Milan dari Barcelona.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang menyaksikan kemenangan Milan 4-0 ke atas Lecce pada hari pembukaan Serie A Ahad lalu, meninggalkan padang latihan selepas ujian perubatan tersebut, untuk menyertai skuad Sweden yang akan beraksi dalam kelayakan Euro 2012.
Perpindahan tersebut memberi harapan buat Milan untuk memberi saingan kepada bekas kelabnya yang juga juara, Inter Milan.
Namun, kehadirannya cuma semusim, dengan Rossoneri kemudiannya dikehendaki membayar 24 juta euro (RM30 juta), bagi memastikan Ibrahimovic kekal di kelab tersebut.
Sementara itu, dalam kenyataan lain Milan menjelaskan, sejumlah 1,137 tiket telah dibeli oleh penyokong, menjadikan sebanyak 21,945 tiket terjual setakat ini dalam tempoh dua bulan.
Ibrahimovic kembali ke Itali selepas hanya satu musim di Barca, yang menyebabkan penyerang Milan, Marco Borriello menimbangkan masa depannya untuk menyerahkan tempat dalam skuad utama kepada penyerang Sweden itu.
Laporan media menyatakan, Juventus cuba untuk meminjam Borriello, sebelum musim perpindahan berakhir.
"Kami sedang berbincang, semuanya akan diketahui tidak lama lagi," jelas Borriello kepada www.gazzetta.it.
Milan, yang mendapatkan Ronaldinho dan Alexandre Pato, juga dikatakan mahu mendapatkan pemain Manchester City, Robinho.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here