yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Sunday, August 1, 2010
Real Madrid Berbelanja RM50 Juta Untuk Khidmat khedira
Pemain tengah Jerman, Sami Khedira, yang memainkan peranan utama dalam memastikan kemaraan Jerman ke separuh akhir Piala Dunia, secara rasmi menyertai Real Madrid dari VfB Stuttgart menerusi kontrak lima tahun, kata kelab itu kelmarin.
Kehadiran pemain berusia 23 tahun itu menyebabkan gergasi La Liga terpaksa membayar AS$15.7 juta (RM50 juta), demikian menurut laporan media Sepanyol.
Dia merupakan pemain keempat yang dibeli oleh jurulatih baru Real, Jose Mourinho selepas pemain sayap Argentina, Angel Di Maria dan pemain tengah Sepanyol, Sergio Canales dan Pedro Leon.
Mourinho menggantikan Manuel Pellegrini pada hujung musim lalu, selepas kelab itu gagal memenangi sebarang trofi.
Real mahu menamatkan penguasaan musuh ketat Barcelona sebagai juara Sepanyol dan memenangi Liga Juara-Juara pertama sejak 2002.
Khedira membuat kemunculan antarabangsa pertama pada aksi persahabatan menentang Afrika Selatan, September lalu.
Dia mulanya tidak dijangka diturunkan pada Piala Dunia lalu dan diberi peluang beraksi bagi menggantikan ketua pasukan Michael Ballack, yang cedera.
Dia membentuk gandingan mantap dengan Bastian Schweinsteiger, ketika Jerman menduduki tempat ketiga.
Dia memiliki 12 cap antarabangsa dan menjaringkan gol pertama pada perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Uruguay.

No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here