yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Saturday, August 21, 2010
Aquilani Sertai Juventus Secara Pinjaman
Sebuah akhbar di Itali mendakwa satu persetujuan telah dicapai untuk Alberto Aquilani, bekas bintang Roma menyertai Juventus secara pinjaman pada musim 2010-11, dengan pilihan perpindahan kekal hingga akhir musim bernilai 17 juta euro.Ejen pemain tersebut, Franco Zavaglia mengesahkan persetujuan tersebut telahpun dicapai.
"Ia merupakan perpindahan secara pinjaman. Juventus boleh membeli pemain itu hingga akhir musim. Gaji Aquilani akan dibayar oleh Juve," jelasnya kepada akhbar Sportitalia.
Semua kontrak yang diperlukan telah ditandatangani dan satu pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.Sebelum ini, pengurus Liverpool, Roy Hodgson mendedahkan, Alberto Aquilani mungkin kembali ke Itali secara pinjaman, malah ejen pemain itu mendakwa perjanjian dengan kelab gergasi Itali itu hampir selesai.
Aquilani tiada dalam skuad Liverpool ketika Reds menang 1-0 dalam perlawanan Liga Europa ke atas Trabsonspor di Anfield, Khamis lalu.
Hodgson mendedahkan pemain itu bersedia untuk berpindah bagi memastikan dia berada dalam skuad utama, selain mengekalkan nilainya.
Bekas pemain tengah Roma itu menyertai Reds dengan nilai 20 juta euro musim lalu, bagi menggantikan Xabi Alonso, tetapi menghabiskan sebahagian besar musim dengan kecederaan, malah gagal memberi impak kepada kelab di Merseyside itu

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here