yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Tuesday, August 10, 2010
Martin O'Neill letak jawatan pengurus Villa
Martin O'Neill meletakkan jawatan sebagai pengurus Aston Villa secara mengejut kelmarin, hanya lima hari sebelum kempen Liga Perdana England bermula.
Jurulatih kelahiran Ireland Utara berusia 58 tahun itu mengumumkan keputusannya dalam satu kenyataan bersama ketua eksekutif kelab, Paul Faulkner yang disiarkan laman web rasmi Villa (www.avfc.com).
Walaupun tiada alasan diberikan oleh Villa di sebalik tindakan mengejut O'Neill, namun sejak beberapa minggu lalu, jurulatih itu menyuarakan rasa kecewa kerana berpotensi kehilangan dua tonggak utama - James Milner dan Ashley Young yang dalam rundingan untuk dijual. Penjualan pemain tengah, Gareth Barry tahun lalu juga masih tiada pengganti sehingga hari ini.
"Saya telah menikmati saat yang indah bersama Aston Villa dan sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan kelab yang hebat ini.
"Saya ingin memberi penghormatan kepada semua pemain Villa, kakitangan kejurulatihan serta penyokong kerana sokongan dan galakkan yang diberikan kepada kelab dan diri saya secara peribadi sepanjang saya menjadi pengurus,'' kata O'Neill, yang bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa dia berundur secara tiba-tiba.
Pengurus pasukan simpanan, Kevin MacDonald akan menjadi pengganti sementara untuk menghadapi perlawanan pembukaan musim baru menentang West Ham United di tempat sendiri, Sabtu ini.
O'Neill meninggalkan Villa selepas hampir empat tahun menyertai kelab Midlands itu. Dalam tempoh tersebut, dia berjaya membawa Villa menduduki tangga keenam liga musim lalu, selain layak ke final pertamanya dalam tempoh 10 tahun, ketika mereka kalah 1-2 kepada Manchester United.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here