yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Wednesday, August 18, 2010
Messi Bukan Maradona
Lionel Messi ditegur rakan sepasukan, Martin Palermo yang mendakwa bintang Barcelona itu kurang mutu kepimpinan seperti yang dimiliki Diego Maradona ketika menerajui Argentina menjulang Piala Dunia 1986.
Palermo membandingkan ciri-ciri merendah diri Maradona, yang membesar di kawasan setinggan Buenos Aires, berbanding zaman remaja Messi, yang dihabiskan dengan bermain untuk Barcelona.
"Messi bukan Maradona," kata Palermo menerusi America TV, kelmarin.
"Bagi saya, Messi tidak memiliki cara pemikiran Maradona. Dia tidak bersedia untuk membawa pasukan.
"Dia (Messi) bukan seseorang yang mendukung peranan pemimpin. Dia tidak akan melakukannya kerana dia tidak biasa dengan jawatan itu.
"Dia membesar dalam cara lain, dia hidup dengan berbeza. Dia bersama Barcelona sejak berusia 12 tahun," katanya.
Messi, Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tidak pernah menunjukkan prestasi yang sama dengan pasukan kebangsaan Argentina, seperti mana ketika beraksi di Barcelona.
Pada Piala Dunia di Afrika Selatan, baru-baru ini, dia gagal menjaringkan sebarang gol.
Pengkritik menyarankan Maradona meletakkan Messi di luar posisi, memaksanya diturunkan ke bahagian tengah untuk mendapatkan bola, berbanding menunggu bola dekat kotak penalti.
Jerman mengaibkan Argentina 4-0 dalam suku akhir Piala Dunia dan Maradona meninggalkan pasukan, beberapa minggu kemudian selepas Persekutuan Bola Sepak Argentina menolak untuk membaharui semula kontraknya sebagai jurulatih.
Palermo, 36, merupakan salah seorang daripada enam penyerang dalam skuad Argentina pada Piala Dunia, tetapi hanya bermain 13 minit di Afrika Selatan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here