Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, August 31, 2010

Ronaldo Kehilangan Tempat Dalam Skuad Portugal


Read more...
Pemain sayap, Ricardo Quaresma akan menggantikan Cristiano Ronaldo, yang cedera dalam skuad Euro 2012 Portugal untuk aksi kelayakan menentang Cyprus Jumaat ini dan di tempat lawan menentang Norway, empat hari kemudian.
Ronaldo tidak dapat bermain kira-kira tiga minggu selepas cedera pergelangan kaki kanan, ketika beraksi bersama Real Madrid pada perlawanan pembukaan La Liga menentang Real Mallorca Ahad lalu dan terlepas aksi kedua-dua perlawanan kelayakan.
Quaresma memiliki 25 cap antarabangsa tetapi kehilangan tempat dalam pasukan dan tidak beraksi pada Piala Dunia lalu, selepas hanya beberapa kali beraksi sepanjang dua musim di Inter Milan.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Besiktas pada Jun lalu dan prestasi baik pada perlawanan pertama untuk kelab Turki itu, menyebabkan dia mendapat peluang kembali ke skuad kebangsaan.
Persatuan bola sepak negara itu, FPF berkata, pemain pertahanan Paulo Ferreira bersara dari pentas antarabangsa, atas alasan peribadi.
Pemain berusia 31 tahun itu meraih cap pertama pada September 2002 dan beraksi bersama Portugal sebanyak 62 kali, juga tampil pada dua kejohanan Eropah dan Piala Dunia. 

Mascherano lengkap perpindahan ke Barca


Read more...
Pemain antarabangsa Argentina, Javier Mascherano melengkapkan perpindahan ke kelab juara Liga Sepanyol, Barcelona dengan bayaran 17.25 juta pound (RM83.7 juta) dari kelab Liga Perdana England, Liverpool.
Pemain berusia 26 tahun itu yang juga ketua pasukan Argentina pada Piala Dunia ketika kalah besar 0-4 kepada Jerman, menandatangani kontrak empat tahun bersama Barcelona, selepas melepasi ujian perubatan.
Doktor pasukan Barcelona, Ricard Pruna berkata, tahap kecergasan Mascherano cukup baik.
Dr. Pruna turut memberitahu kepada para penyokong Barcelona, mereka tidak perlu risau mengenai tahap kecederaan Mascherano, yang terlepas banyak perlawanan.
''Tahap kecergasan Mascherano amat sempurna walaupun dia banyak mengalami kecederaan.
''Dalam tempoh lima tahun, dia hanya mengalami satu kecederaan tetapi kesannya dirasai sehingga ke hari ini, namun itu tidak akan mengganggu Mascherano, '' katanya.
Mascherano mahu meninggalkan Anfield sejak beberapa bulan lalu dan hampir menyertai juara Sepanyol itu 12 bulan lepas, namun perpindahan tersebut tidak dapat direalisasikan, kerana bekas pengurus, Rafael Beneitez meletakkan harga perpindahan yang tinggi.
Bagaimanapun, Mascherano tetap berkeras mahu meninggalkan Liverpool atas alasan peribadi.
Dia mendakwa keluarganya tidak dapat menyesuaikan diri di England, memaksa dia dijual ke Barcelona.
Liverpool pernah menolak bidaan berjumlah 16 juta pound (RM77.6 juta), namun perpindahannya menjadi realiti selepas kelab Sepanyol itu membuat bidaan kali kedua, dengan jumlah yang lebih tinggi.
Pemain itu yang dibeli dengan harga 18 juta pound (RM87.3 juta ) dari West Ham tiga tahun lalu, menimbulkan kemarahan pengurus Liverpool, Roy Hodgson apabila enggan diturunkan ketika Reds kalah 0-3 kepada Manchester City, Isnin lalu.

Ibrahimovic sah sertai AC Milan


Read more...
Zlatan Ibrahimovic lulus pemeriksaan perubatan kelmarin, untuk secara rasmi menyertai AC Milan dari Barcelona.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang menyaksikan kemenangan Milan 4-0 ke atas Lecce pada hari pembukaan Serie A Ahad lalu, meninggalkan padang latihan selepas ujian perubatan tersebut, untuk menyertai skuad Sweden yang akan beraksi dalam kelayakan Euro 2012.
Perpindahan tersebut memberi harapan buat Milan untuk memberi saingan kepada bekas kelabnya yang juga juara, Inter Milan.
Namun, kehadirannya cuma semusim, dengan Rossoneri kemudiannya dikehendaki membayar 24 juta euro (RM30 juta), bagi memastikan Ibrahimovic kekal di kelab tersebut.
Sementara itu, dalam kenyataan lain Milan menjelaskan, sejumlah 1,137 tiket telah dibeli oleh penyokong, menjadikan sebanyak 21,945 tiket terjual setakat ini dalam tempoh dua bulan.
Ibrahimovic kembali ke Itali selepas hanya satu musim di Barca, yang menyebabkan penyerang Milan, Marco Borriello menimbangkan masa depannya untuk menyerahkan tempat dalam skuad utama kepada penyerang Sweden itu.
Laporan media menyatakan, Juventus cuba untuk meminjam Borriello, sebelum musim perpindahan berakhir.
"Kami sedang berbincang, semuanya akan diketahui tidak lama lagi," jelas Borriello kepada www.gazzetta.it.
Milan, yang mendapatkan Ronaldinho dan Alexandre Pato, juga dikatakan mahu mendapatkan pemain Manchester City, Robinho.

Monday, August 30, 2010

Rooney Mula Bersinar Kembali


Read more...

Wayne Rooney menamatkan kemarau gol, apabila menjadi inspirasi kemenangan 3-0 Manchester United ke atas West Ham semalam, sekali gus memberikan khabar gembira buat pengurus England, Fabio Capello.
Capello dan England akan memulakan kempen kelayakan Euro 2012 Jumaat ini di bawah tekanan dan mereka akan melakukannya ketika Rooney mula menamatkan tempoh kurang produktif dalam kariernya.
Dengan Capello turut menyaksikan perlawanan di Old Trafford, ada petanda ketajaman Rooney dalam meledak gol, kini kembali apabila dia turut membuka gerakan gol untuk jaringan kedua Nani, sebelum Dimitar Berbatov melengkapkan kemenangan United.
“Ia prestasi yang cukup, cukup bagus. Penguasaan bola kami juga amat bagus dan kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.
“Kebiasaannya, apabila anda mendapat gol pertama, ia membuka pintu buat anda. Kami terpaksa menanti seketika, namun kami tidak memberhentikan perlawanan dan kami memang layak berada di depan.
“Jaringan Nani amat menarik dan saya gembira dengan prestasi pemain. Semua orang mahu merebut bola, mereka sentiasa memerhatikan untuk melakukan hantaran, bergerak, ia adalah prestasi yang bagus secara kolektif,’’ kata Ferguson.

Kecederaan Lampard Jejas Persiapan Chelsea


Read more...
 Carlo Ancelotti mengakui kecederaan usus yang dialami Frank Lampard, memberi kesan dalam kempen awal Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England.
Skuad Ancelotti merekod kemenangan ketiga berturut-turut kelmarin, menerusi jaringan Florent Malouda dan penalti Didier Drogba, untuk kemenangan 2-0 ke atas Stoke di Stamford Bridge.
Juara bertahan itu yang akan berehat bagi memberi laluan kepada aksi antarabangsa minggu ini, menduduki tangga teratas liga dengan 14 gol dan belum dibolosi dalam tiga pertemuan awal.
Namun, Ancelotti tidak senang duduk apabila menunggu keputusan pembedahan usus pemain tengah England, Lampard minggu hadapan.
Lampard akan terlepas aksi pembukaan England pada kempen kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria dan Switzerland, selepas diganggu kecederaan tersebut, kelmarin.
Dia dikeluarkan pada 18 minit akhir perlawanan dan gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-10 perlawanan.
"Dia mempunyai masalah usus. Dia telah menjalani pembedahan akibat masalah tersebut 10 tahun lalu dan minggu ini, keadaannya tidak berapa bagus.
"Dalam perlawanan ini, dia rasa tidak sihat dan saya fikir, satu-satunya penyelesaian adalah pembedahan sekali lagi.
"Saya fikir dia akan melakukannya esok atau lusa. Dia tidak mampu beraksi bersama skuad kebangsaan.
"Dia akan berehat selama satu atau dua minggu. Kami mempunyai pengalaman dengan Didier Drogba dan dia juga menjalani pembedahan sama dan dalam satu minggu, dia mampu berlatih.
''Ia bukan masalah besar dan pembedahan yang mudah. Bagaimanapun, dia mula berasa sakit dan perlu lakukan ini," kata Ancelotti.

Arsenal Makin Dihormati


Read more...
Arsene Wenger percaya kemenangan Arsenal 2-1 ke atas Blackburn kelmarin, akan memaksa pasukan lain dalam Liga Perdana menghormati cita-cita mereka untuk bergelar juara.
Gol Theo Walcott dan Andrey Arshavin membantu menghalang permainan keras Rovers di Ewood Park.
Ia begitu berbeza pada hari terakhir musim lalu, apabila Arsenal dikalahkan 2-1 oleh lawan yang sama.
Namun, Wenger menegaskan, kemenangan pasukannya menjelaskan bahawa mereka adalah pencabar sebenar musim ini.
"Jika anda mempunyai cita-cita dalam liga, anda mahu menang di Blackburn," kata Wenger.
"Kerana jika anda tidak menang, lalu cita-cita anda tidak akan dihormati oleh pasukan lain, ia ujian penting bagi kami.
"Kami menjaringkan satu gol yang hebat, selepas itu kami agak gementar mengenai bagaimana untuk menentang Blackburn.
"Dalam babak kedua, kami lebih tenang, mengawal bola baik di padang dan mengawal permainan jauh lebih baik.
"Cuma dalam tempoh 15 minit terakhir, ia benar-benar menguji kami dan kami perlukan tuah, kami benar-benar gigih.
"Namun apabila anda tidak menjaringkan gol ketiga, anda sentiasa diancam oleh pasukan seperti Blackburn.
"Tahun lalu kami ada kenangan buruk di sini dan saya tahu mereka bermain pada perlawanan yang tidak digemari.
''Jadi kami tiada keyakinan untuk menanganinya, tetapi dalam babak kedua, kami bermain lebih baik," katanya.

Saturday, August 28, 2010

Atletico malukan Inter Milan


Read more...

Atletico Madrid menamatkan kutipan piala Inter Milan apabila menumpaskan juara Liga Juara-Juara Eropah musim lalu itu 2-0 dalam merebut Piala Super Eropah, kelmarin.
Jaringan Jose Antonio Reyes pada minit ke-62 dan tolakan mudah Sergio Aguero di minit ke-83 memberikan penyandang juara Liga Europa itu kemenangan yang tidak dijangka ke atas kelab Itali yang memenangi kejuaraan treblemusim lalu.
Kekecewaan Inter ditambah dengan kegagalan Diego Milito, yang menjaringkan kedua-dua gol dalam saingan akhir Liga Juara-Juara Eropah, Mei lalu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90.
Kedua-dua pasukan membariskan 10 daripada 11 pemain yang mencatatkan kejayaan di peringkat Eropah tetapi Inter di bawah bimbingan jurulatih baru, Rafael Benitez masih dibayangi kejayaan Jose Mounrinho musim lalu

Arsenal Tebus Maruah


Read more...
 Andrei Arshavin muncul wira Arsenal apabila menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua untuk menebus kembali kekalahan musim lalu di Blackburn dengan kemenangan 2-1 di Ewood Park, semalam.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengeluh minggu ini berikutan taktik agresif Blackburn ketika Arsenal tewas 1-2 pada Mei lalu dengan mendakwa pasukan bimbingan Sam Allardyce cuba untuk menukarkan pertembungan itu kepada perlawanan ragbi.
Allardyce memberi reaksi atas sindiran itu dengan mendakwa gelaran yang dimenangi Arsenal sebelum ini adalah dengan cara kotor, namun pada akhirnya Wenger tersenyum riang atas jaringan kemenangan Arshavin.
The Gunners memberi amaran seawal minit keempat menyaksikan percubaan Abou Diaby terpaksa dikeluarkan dari garisan gol oleh Vince Grella.
Arsenal memperoleh jaringan menerusi rembatan cantik Theo Walcott pada minit ke-20 walaupun dia berada di sudut sukar di bahagian kanan kotak penalti lawan selepas menerima hantaran leret Robin van Persie.
Bagaimanapun, kegembiraan Arsenal tidak kekal lama apabila Blackburn memperoleh jaringan penyamaan menerusi pemain pinjaman daripada Manchester United, Mame Biram Diouf tujuh minit kemudian, hasil hantaran El-Hadji Diouf.
Pemain sayap Rusia, Arshavin menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-51 berpunca daripada larian deras Bacary Sagna di sebelah kanan sebelum melakukan hantaran lintang ke dalam petak penalti.
Bagaimanapun, berita kurang gembira buat Arsenal diterima pada separuh masa pertama apabila Van Persie mengalami kecederaan di bahagian buku lali memaksa dia dikeluarkan pada separuh masa pertama dan digantikan dengan Marouane Chamakh.
Pertahanan Arsenal beraksi dengan baik untuk mengekang serangan Blackburn pada 30 minit akhir bagaimanapun pasukan pelawat dilihat hampir menambah jaringan dengan dua percubaan Walcott melepasi palang gol, termasuk satu jaringan yang tidak disahkan akibat ofsaid.
Pada masa kecederaan, serangan balas pantas oleh Arsenal menyaksikan Walcott melakukan hantaran kepada pemain tengah England, Jack Wilshere, namun tolakan lemahnya menyaksikan penjaga gol Blackburn, Paul Robinson meluru pantas dan menghalang percubaan tersebut.
Ia adalah kekalahan kedua Blackburn selepas memulakan kempen musim ini dengan kemenangan tipis 1-0 di tempat sendiri ke atas Everton

Thursday, August 26, 2010

Malaysia VS Chelsea


Read more...
 Juara Liga Perdana England, Chelsea, telah memilih Malaysia sebagai pusat latihan pramusim dalam program Jelajah Asia 2011 pasukan itu, demikian diumumkan oleh Ketua Eksekutifnya, Ron Gourlay.
Pada taklimat media mengenai program Jelajah Asia 2011 di sini hari ini, katanya, kelab itu akan mengadakan latihan selama seminggu di Malaysia sebelum mengadakan satu perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur.
"Sebagai pusat latihan pra musim, pengurus pasukan Carlo Ancelotti akan memerlukan kemudahan kelas pertama dan kami tahu Malaysia akan menyediakannya," katanya.
Gourlay berkata, Chelsea yakin dengan minat yang ditunjukkan oleh Malaysia dan berharap untuk mendekatkan lagi dengan peminat pasukan itu di negara ini.
"Sejumlah besar penonton menyaksikan perlawanan kami semasa Jelajah Asia 2008 dan dengan perlawanan akan datang di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 85,000 penonton, maka ada peluang untuk lebih ramai peminat akan datang untuk melihat aksi pasukan kami.

Mourinho Bukan Senda Capello


Read more...
Jose Mourinho menafikan sekeras-kerasnya dia melancarkan serangan terhadap pengurus England, Fabio Capello seperti dilaporkan oleh satu akhbar tabloid Britain.
Memetik The Daily Mirror, kelmarin, pengurus Real Madrid yang terkenal dengan mulut lancangnya mendakwa, skuad England di bawah Capello tidak akan memenangi kejohanan besar.
Bagaimanapun, dalam kenyataan jurucakapnya di Real, Mourinho kemudian menyangkal artikel itu dan menegaskan, laporan itu adalah palsu.
The Mirror memetik kata-kata Mourinho yang menyebut: "Masalahnya adalah pada pengurus. Capello tidak akan menjadi buat England."
Kelmarin, jurucakap Mourinho, Eladio Parames menafikan perkara itu kepada media Sepanyol.
"Jose Mourinho tidak pernah bercakap dengan akhbar, oleh itu dia menafikan apa yang telah tertulis," katanya.
Parames menambah, Mourinho juga sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mirror.

Spurs Mara Kesaingan Liga Juara-Juara


Read more...
Tottenham mudah ke peringkat kumpulan Liga Juara- Juara selepas hatrik Peter Crouch di White Hart Lane mendorong kemenangan 4-0 ke atas wakil Switzerland, Young Boys dalam perlawanan kedua penentuan, kelmarin.
Pasukan Harry Redknapp ketinggalan 2-3 daripada perlawanan pertama tetapi peranan menonjol Crouch dan satu gol kontroversi Jermain Defoe memastikan mereka mara 6-3 menerusi agregat.
Crouch membuka jaringan kemudian Defoe menyumbat satu lagi biarpun ulang tayang menunjukkan dia memegang bola sebelum itu.
Satu tandukan daripada Crouch menambah pendahuluan Spurs selepas separuh masa dan
Gareth Bale yang merancang tiga gol pertama, dijatuhkan hingga mendapat penalti, mengakibatkan Senad Lulic dibuang padang dan Crouch merembat masuk gol ketiganya.
Kini Spurs mampu memberi perhatian kepada undian bagi peringkat kumpulan yang besar dan kemungkinan menghadapi gergasi Eropah seperti Real Madrid, Barcelona dan juara bertahan Inter Milan.
Redknapp mengakui ia satu impian yang menjadi kenyataan yang mendorong Spurs ke Liga Juara-Juara buat kali pertama.
“Ia menakjubkan, ia satu masa yang panjang sejak Tottenham bermain dalam pertandingan utama Eropah.
“Kami akan menyaingi sesiapa sahaja. Ia satu tempat yang sengit di sini dan kami mahu mara sejauh kami mampu.

Wednesday, August 25, 2010

Skuad Harimau Muda A Kembali Ke Slovakia.


Read more...
 Pasukan Harimau Muda A yang dikendalikan oleh jurulatih Ong Kim Swee sekali lagi akan menimba ilmu di Slovakia bagi menyiapkan diri mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada temasya 2011 di Indonesia.
Keputusan dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, selepas mengadakan perbincangan dengan Kim Swee pada 24 Ogos lalu setelah mengkaji tiga pilihan yang ada.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad, seramai 19 pemain dan empat pegawai akan berlepas ke Slovakia pada 1 September ini iaitu ketua jurulatih Kim Swee, penolong jurulatih Hassan Sazali Mohd. Waras, jurulatih penjaga gol, Yong Wai Hwang dan ahli fisioterapi, Mohd. Nasrul Ahmad Tajuddin.
"Enam pemain yang kini menjalani latihan bersama skuad senior akan menyertai Harimau Muda A selepas menamatkan perlawanan persahabatan dengan Oman di Doha pada 3 September ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Jelasnya, enam pemain itu ialah K. Gurusamy, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd. Fadhli Shas.
"FAM percaya langkah menghantar pasukan ini ke Slovakia adalah tepat, berlandaskan beberapa aspek iaitu pasukan Harimau Muda A akan didedahkan kepada 12 perlawanan menentang lawan Divisyen Satu Liga Slovakia yang bersifat kompetitif.
"Ia tidak termasuk empat perlawanan persahabatan dengan empat pasukan, Bawah 21 Austria, Poland, Republik Czech dan Hungary dalam tempoh tiga bulan yang juga satu tempoh singkat untuk mengatur mana-mana perlawanan persahabatan bertaraf tinggi.
Katanya, Slovakia sebuah lokasi yang lazim buat pemain dan FAM tidak perlu dibebani isu jadual dan siapa pasukan lawan disebabkan struktur liga dan jadual yang teratur di negara Eropah itu.
"Berasaskan perkara-perkara tersebut, FAM memutuskan untuk menghantar Kim Swee dan anak buahnya ke Slovakia yang juga pilihan pertama buat pasukan itu meningkatkan prestasi.
"Pilihan kedua ialah menjalani kem latihan di Cardiff City, Wales, selama enam minggu berasaskan tawaran pihak pengurusan Cardiff manakala pilihan ketiga meneruskan latihan dalam negeri sebelum ke luar negara untuk latihan perlawanan persahabatan dari Ogos hingga Disember 2010," katanya.
Tambahnya, keputusan juga harus dibuat dengan segera disebabkan pasukan negara akan mempertahankan pingat emas Sukan SEA tidak sampai 15 bulan dari sekarang.
Dalam pertemuan itu, Sultan Ahmad Shah juga mendengar taklimat jurulatih pasukan kebangsaan, K. Rajagobal mengenai persiapan pasukannya menjelang Sukan Asia di Guangzhou dan Piala Suzuki.

Wenger Sambung KOntrak, Naik Gaji


Read more...
Kontrak baru Arsene Wenger bersama Arsenal bernilai 6 juta pound setahun, menjadikan dia pengurus menerima gaji kedua tertinggi dalam Liga Perdana England.
Wenger menandatangani kontrak baru tiga tahun baru-baru ini, bermakna dia akan kekal di Emirates sehingga 2014.
Difahamkan perjanjian tersebut merangkumi bayaran bonus selepas layak ke Liga Juara-Juara buat kali ke-12 berturut-turut.
Perjanjian merangkumi 20 peratus tambahan bayaran untuk Wenger, yang mana perjanjian sebelum ini dipercayai lima juta pound setahun.
Pengurus Arsenal itu mengatasi Cesc Fabregas, yang menerima 110,000 pound seminggu atau 5.7 juta pound setahun, sebagai pemain bergaji paling tinggi di Stadium Emirates.
Di peringkat global, hanya jurulatih baru Real Madrid, Jose Mourinho mendapat bayaran lebih tinggi berbanding Wenger.
Pengurus dari Portugal itu menandatangani perjanjian empat tahun dengan bayaran 8.5 juta pound setahun.
Di kalangan pengurus Liga Perdana England, Ancelotti, yang membimbing Chelsea memenangi Liga Perdana England dan Piala FA pada musim pertama di Stamford Bridge, mendapat bayaran tertinggi, iaitu 6.5 juta pound setahun.

Tuesday, August 24, 2010

Teves Lenyapkan Harapan Liverpool


Read more...
Carlos Tevez menyumbat dua gol pada babak kedua perlawanan bola sepak Liga Perdana England, semalam untuk membantu Manchester City mengecewakan Liverpool 3-0 di Eastlands.
Perlawanan itu turut disaksikan oleh pemilik City, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan yang menerima tepukan gemuruh penyokong City.
Pemain England, James Milner memulakan aksi pertamanya dengan cemerlang, menjadi perancang kepada gol pertama City apabila mengumpan bola kepada bekas pemain Aston Villa, Gareth Barry untuk gol pertama tuan rumah.
Tevez menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-52, melalui percubaan dari sudut sukar selepas menerima hantaran tandukan Miach Richards.
Gol ketiga City muncul melalui sepakan penalti pada minit ke-68 selepas Adam Johnson dijatuhkan oleh pertahanan Liverpool, Martin Skrtel dan Tevez tenang melakukan penyudah.
City yang telah berbelanja besar kira-kira 100 juta pound (RM 484.110 juta) untuk membeli pemain baru, kini berada di tangga keempat selepas mengalahkan Liverpool buat pertama kali sejak tahun 2005.
Dalam pada itu, juara bertahan, Chelsea membelasah Wigan 6-0, meraih enam mata penuh daripada dua perlawanan manakala Arsenal di tangga kedua selepas membenam Blackpool dengan jaringan yang sama.
Semalam, Liverpool turun tanpa pemain Argentina, Javier Mascherano yang dikaitkan perpindahan ke Barcelona dan Joe Cole yang digantung perlawanan,
Namun, Fernando Torres diturunkan buat pertama kali dalam musim ini.

Sunday, August 22, 2010

United Hanya Seri Di Craven Cottage


Read more...

Brede Hangeland berjaya menebus kesilapannya dengan memadamkan jaringan sendiri selepas menanduk masuk gol penyamaan buat Fulham untuk mengikat Manchester United 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) di Craven Cottage semalam.
Hangeland berjaya menukar skrip perlawanan dalam tempoh enam minit apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-84 dan berjaya menyelamatkan Fulham daripada mencatat kekalahan di tempat sendiri hasil tandukan gol seminit sebelum perlawanan tamat.
United tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Paul Scholes melakukan rembatan jarak jauh pada minit ke-11 menewaskan penjaga gol Fulham, David Stockdale selepas menerima hantaran pendek daripada Dimitar Berbatov.
Berbatov hampir menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-21 apabila melepaskan rembatan kencang di dalam petak penalti selepas menerima hantaran Antonio Valencia namun Stockdale lebih bersedia untuk menepis bola keluar.
Penyerang United itu juga mempunyai dua lagi peluang pada minit ke-28 dan 29 namun gagal menemui sasaran, tatkala Edwin van der Sar beraksi cemerlang dengan menyelamatkan dua kali percubaan Dickson Etuhu di minit ke-31.
Aksi separuh masa pertama berakhir dengan United kekal mendahului Fulham 1-0, namun pasukan bimbingan Mark Hughes itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 melalui Simon Davies hasil gerakan menarik Damien Duff.
Tersentak dengan jaringan tersebut United berusaha untuk kembali di depan dan Berbatov memperoleh peluang terbaik pada minit ke-68 bagaimanapun rembatannya sekali lagi berjaya dihalang oleh Stockdale.
Kedudukan berubah pada minit ke-84 apabila sepakan sudut yang diambil Ryan Giggs cuba ditanduk ke belakang oleh pertahanan Fulham, Aaron Hughes namun rakan sepasukannya, Hangeland tertolak bola ke gawang sendiri.
Selang dua minit United sekali lagi memperoleh peluang untuk menambah jaringan selepas pengadil, Peter Walton menghadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena Duff di dalam petak penalti, namun sepakan yang diambil Nani berjaya ditepis Stockdale.
Seminit sebelum perlawanan tamat Hangeland berjaya menebus kembali kesilapannya apabila menjaringkan gol penyamaan buat Fulham apabila menanduk masuk sepakan sudut Duff.
Sementara itu Newcastle United berkenduri gol selepas membelasah Aston Villa 6-0 di gelanggang sendiri, untuk mencatat kemenangan pertama selepas kembali beraksi di EPL musim ini.
Bagaimanapun Villa melepaskan peluang terbaik mereka seawal minit kesembilan selepas Ashley Young dijatuhkan penjaga gol Newcastle United, Steve Harper di dalam petak penalti namun John Carew yang mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakannya.
Sebaliknya Joey Barton meletakkan Newcastle di depan hasil rembatan deras pada jarak 23 meter pada minit ke-12 sebelum gol kedua dan ketiga muncul dalam tempoh empat minit melalui Kevin Nolan (minit ke-31) dan Andrew Carroll (minit ke-34).
Carroll melengkapkan hatrik pada minit dengan dua jaringan pada separuh masa kedua (minit ke-67 dan masa kecederaan) manakala Nolan menambah gol kedua peribadi tiga minit sebelum perlawanan tamat. 

Bellamy Semakin Serasi Bersama Cardiff


Read more...
Pengurus Cardiff, Dave Jones mengakui Craig Bellamy (gambar) mampu menjadi ayam tambatan buat kelab itu apabila penyerang pinjaman dari Manchester City terbabit menjadi inspirasi kemenangan 4-0 ke atas Doncaster.
Bellamy membuat kejutan apabila bertukar ke kelab divisyen dua bola sepak England minggu ini selepas gagal mendapat perhatian daripada Pengurus City, Roberto Mancini.
Walaupun menghabiskan banyak kariernya di kelab teratas seperti Liverpool, Newcastle dan Celtic, pemain antarabangsa Wales itu tidak mempunyai masalah untuk mengadaptasi hidup kurang glamor di Stadium Cardiff City apabila menjaringkan satu gol serta merancang dua lagi.
‘‘Kami memulakan aksi dengan cemas tetapi selepas melakukan pertahanan baik buat 20 minit, kami terus mara dan di babak kedua, kami berada di atas.
“Craig berhak mendapat tepukan di akhir perlawanan walaupun saya tahu dia gementar sebelum perlawanan bermula.
“Semua gol adalah baik dan bukan tidak menghormati Doncaster, namun kami sememangnya membelasah mereka, malah Craig yang menjadi puncanya terutamanya gol daripada tendangan percuma,’’ katanya.
Bellamy merancang gol bersama Jay Bothroyd untuk jaringan pembukaan selepas minit ke-36 dan Cardiff kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-62 setelah ditanduk Bothroyd.
Masuk minit ke-68, Bellamy menghantar bola kepada Chris Burke yang menjadikan kedudukan 3-0 dan pemain berusia 31 tahun sekali lagi melakukan kerja menakjubkan apabila menjaringkan gol dengan tendangan percuma menarik pada minit ke-84.

Walcott Dapat Pujian Wenger


Read more...
 Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya pasukannya mula merasai keuntungan hasil keputusan pengurus, Fabio Capello untuk tidak menyenaraikan Theo Walcott dalam skuad England ke Piala Dunia di Afrika Selatan.
Kelmarin, penyerang muda Arsenal itu mencatat hatrik membantu kelabnya mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Blackpool di Stadium Emirates dan tiga gol lagi menerusi Andrey Arshavin, Abou Diaby dan Maraouane Chakhmakh.
Wenger percaya penyudah hebat Walcott dan corak permainannya membuktikan pemain berusia 21 tahun itu semakin matang dan berazam melupakan kekecewaan Piala Dunia.
“Dia (Walcott) semakin pantas dan tajam dan saya suka melihat cara dia menjaringkan gol dengan pelbagai gaya.
“Dia bermain dengan kepantasan yang tinggi dan tidak mudah untuk membuat keputusan yang betul dan dia telah membuktikan dia mampu melakukannya,” kata pengurus Arsenal itu.
Walcott mempunyai rehat yang cukup sejak berakhirnya musim lepas dan mengembalikan kecergasan selepas dihantui kecederaan sejak dua musim lepas.
“Dia semakin bagus selepas direhatkan dan mempunyai persediaan yang baik untuk beraksi setelah sekian lama terpinggir.
“Kita semua dapat melihat ketajaman dan persediaan Walcott jika dia tidak dilanda kecederaan atau pulang lewat dari perlawanan antarabangsa,” kata pengurus kelahiran Perancis itu.
Wenger menegaskan, Walcott berazam untuk membuktikan Capello membuat keputusan salah selepas pengurus Itali itu terlepas pandang kemampuan Walcott.
Katanya, penyerang memakai jersi nombor 14 itu sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan memandang positif untuk mengatasi cabaran.
“Pada usianya, (rentak) pemain biasanya baru bermula dan dia perlu mempunyai sikap yang bagus serta mengelakkan diri dilanda kecederaan,” kata Wenger.
Wenger turut gembira dengan kemenangan selesa itu yang menyaksikan Cesc Fabregas membuat penampilan pertama sejak menyatakan kesetiaannya kepada kelab.
Bos Arsenal itu juga yakin untuk mendapatkan seorang lagi pemain sebelum tarikh perpindahan ditutup.
Penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer kekal menjadi pemain sasaran Wenger walaupun Fulham memberikan reaksi kurang senang minggu lepas selepas menerima tawaran kedua dari Arsenal sejak Mei lepas.

Saturday, August 21, 2010

Kedudukan Terkini EPL (22 / 8 / 2010 )


Read more...
Premier League Home








TeamPWDLFAGDPTS
1Chelsea2200120126
2Arsenal21107164
3Bolton21103124
4Birmingham21104314
5Wolves21103214
6Tottenham21102114
7Aston Villa11003033
8Man Utd11003033
9Blackburn21012203
10Blackpool210146-23
11WBA210116-53
12Liverpool10101101
13Fulham10100001
14Manchester City10100001
15Sunderland201123-11
16Everton201112-11
17Stoke City200224-20
18Newcastle100103-30
19West Ham Utd200216-50
20Wigan Athletic2002010-100
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...