Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Sunday, September 26, 2010

United Hampir Di malukan

Pemain gantian Manchester United, Michael Owen menyumbang gol pertamanya pada musim ini untuk membolehkan pasukan itu mengutip satu mata selepas seri 2-2 menentang Bolton dalam saingan Liga Perdana England, semalam.

Bekas penyerang England itu menjaringkan gol kedua United pada minit ke-71 selepas Nani menyumbat gol pertama United.

Keputusan seri membolehkan Red Devils di tangga kedua, tiga mata di belakang Chelsea.

Pemain sayap Portugal, Nani menunjukkan permainan menarik apabila membawa bola secara solo dari tengah padang dan menembusi pertahanan Bolton untuk menjaringkan gol pada jarak 20 meter pada minit ke-23.

Gol United itu diperoleh selepas Zat Knight mengejutkan gol pembukaan untuk Bolton pada minit ke-6 perlawanan separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah, enggan mengaku kalah dan menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 menerusi Martin Petrov untuk mendahului seketika sebelum Owen mengikat keputusan seri 2-2.

Ini adalah gol ketiga Owen setelah dia menjaringkan dua gol ketika menentang Scunthorpe pada Piala Liga, Rabu lalu.

''Ini perlawanan yang cukup getir dan kami mencipta banyak peluang bagaimanapun gagal untuk menjayakan peluang tersebut.

''Saya gembira kerana dapat menjaringkan gol tetapi kami sedikit kecewa kerana tidak dapat untuk mencapai matlamat.

''Bagaimanapun Bolton tidak boleh dipandang rendah pada perlawanan ini dan kini kami memberikan fokus pada perlawanan seterusnya,'' kata Owen.

1 comment:

  1. rooney takdak owen pun boleyla! cayala legend liverpool..hihi

    ReplyDelete

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...