Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, September 28, 2010

Chelsea cari sentuhan kemenangan

Selepas menyaksikan Chelsea mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan domestik, pemain sayap Perancis, Florent Malouda bersemangat untuk membantu pasukannya kembali mencari sentuhan kemenangan, apabila menentang juara Perancis, Marseille dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah hari ini.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti memulakan musim baru dengan cemerlang, apabila memenangi semua lima perlawanan liga, namun kempen mereka tiba-tiba bertukar haru biru minggu lalu, bermula disingkir Newcastle United dalam Piala Liga, diikuti kalah 0-1 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana.

Dua kekalahan tersebut merosakkan rekod tanpa kalah pasukan itu dalam semua kejohanan musim ini. Malouda yakin, rentetan kekalahan tidak akan berlanjutan ke perlawanan ketiga, hari ini.

Sejak diambilalih jutawan Rusia, Roman Abramovich pada 2003, Chelsea sudah menghadiahkan beberapa kejuaraan domestik, namun kelab London itu masih belum mencatat kejayaan di peringkat Eropah. Paling hampir mereka melakukannya pada 2008, apabila kalah penentuan penalti kepada Manchester United pada final.

Kejayaan merampas kejuaraan Liga Perdana England musim lalu menaikkan semangat pemilik dan pemain Blues untuk memburu kejuaraan elit Eropah buat kali pertama. Mereka berasakan musim ini adalah peluang terbaik untuk melakukannya.

"Chelsea memasang sasaran besar musim ini - memenangi Piala Eropah. Dua tahun lalu, ia sangat mengecewakan kerana kami hampir menang tetapi kalah tipis,'' ujar Malouda.

Malouda bagaimanapun percaya, Chelsea memiliki skuad yang mantap musim ini, di mana pengalaman dan kekuatan menyeluruh pasukan Blues mampu membantu mereka menyerap tuntutan tinggi untuk bergelar juara Eropah. Pengalaman yang dimiliki oleh Ancelotti, jurulatih yang membawa AC Milan muncul juara dua kali juga akan membantu.

"Pengurus boleh menurunkan satu pasukan pada hari Sabtu dan menurunkan pasukan yang lain pada pertengahan minggu. Kedua-duanya, biarpun berbeza barisan pemain tetapi tetap sebuah skuad berkelas dunia,'' kata Malouda.

Pada ketika Chelsea menjadi pilihan untuk mengalahkan Marseille di Stamford Bridge dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan hari ini, Malouda tetap bimbang dengan kejutan yang bakal dibawa skuad bimbingan Didier Deschamps itu.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...