yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Monday, September 13, 2010
Sevilla kempunan naik takhta
Sevilla terlepas peluang untuk berkongsi tangga teratas La Liga bersama Atletico Madrid dan Valencia dengan enam mata selepas sekadar seri 0-0 di tangan Deportivo La Coruna, semalam.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Alvaro Negredo dan pertahanan Perancis, Abdoulay Konko gagal menembusi benteng lawan biarpun beroleh peluang keemasan.
Percubaan terbaik Negredo mencipta jaringan pada babak pertama tidak kesampaian selepas sepakan kencangnya terkena palang gol.
Konko, yang telah menjaringkan dua gol musim ini mengulangi kegagalan Negredo pada pertengahan separuh masa kedua, apabila rembatannya terkena palang.
Deportivo sebaliknya cukup berpuas hati pulang bersama satu mata.
Keputusan seri semalam meletakkan Sevilla di tangga ke tiga liga dengan empat mata, dua mata di bawah Atletico dan Valencia, yang mencatat kemenangans emalam.
Juara bertahan, Barcelona yang dikejutkan 0-2 oleh pendatang baru liga, Hercules kelmarin kini menghuni tangga ketujuh. Real Madrid pula berada pada kedudukan keempat selepas mengalahkan Osasuna 1-0.
Dalam satu lagi perlawanan, penyerang antarabangsa Itali, Giuseppe Rossi menjaringkan dua gol untuk membantu Villarreal mencatat kemenangan pertamanya musim ini, menewaskan Espanyol 4-0.
Rossi, yang juga bekas pemain Manchester United dan Parma menjaringkan gol pada minit ke-23 dan ke-55 bagi membantu pasukannya memperoleh kemenangan besar.
Dua lagi gol mereka disumbangkan oleh Borja Valero dan Nilmar.
Kemenangan ini membolehkan Villarreal melonjak ke tangga kelima liga.

No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here