Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Tuesday, September 21, 2010

Barcelona tamat badi di Atletico

Penyandang juara, Barcelona kembali berada di landasan mempertahankan kejuaraan La Liga selepas menamatkan badi di Vicente Calderon dengan menundukkan Atletico Madrid 2-1 semalam untuk mengekori pendahulu, Valencia dengan tiga mata di belakang.

Barcelona yang diaibkan pendatang baru liga, Hercules 0-2 di tempat sendiri, minggu lalu tewas dalam dua kunjungan ke Calderon sebelum ini, namun semalam, dua gol babak pertama menerusi bintang penyerang Argentina, Lionel Messi dan bintang Piala Dunia Sepanyol, Gerard Pique berjaya memberi kekalahan pertama Atletico, musim ini.

“Kami terlepas beberapa peluang terbaik dan penjaga gol mereka (David) de Gea mempamer permainan yang menakjubkan.

“Pada penghujung perlawanan, dua gol sudah memadai. Ia adalah kemenangan yang penting meskipun kami tidak mempunyai rehat yang cukup kerana akan menghadapi satu lagi perlawanan Rabu ini (menentang Sporting Gijon),’’ kata penyerang Barcelona, David Villa.

Ini adalah kemenangan pertama buat jurulatih Barcelona, Pep Guardiola di Atletico, sekali gus membolehkan pasukannya mendaki ke kedudukan keenam liga, satu mata di belakang musuh ketat, Real Madrid.

Kegembiraan Guardiola itu bagaimanapun sedikit terencat apabila Messi terpaksa diusung keluar pada minit terakhir kerana kecederaan buku lali selepas disepak pertahanan lawan, Tomasz Ujfalusi.

Messi dijangka terpaksa direhatkan dua minggu selepas doktor mengesahkan ligamen buku lali kanan pemain itu rosak.

Dalam satu lagi perlawanan, juara liga 2002 dan 2004, Valencia merampas takhta liga daripada Real selepas menundukkan Hercules 2-1 untuk mengutip sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan.

Valencia kini dua mata mengatasi Real dan Sevilla, yang bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Malaga 2-1, berterima kasih kepada jaringan Alejandro Alfaro dan Martin Caceres.

Ini adalah kekalahan kedua Atletico dalam tempoh seminggu, selepas tumpas 0-1 kepada Aris Salonica dalam saingan Liga Europa. Bagaimanapun mereka kekal di tangga keempat liga dengan perbezaan gol ke atas Barca.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...