yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Saturday, November 20, 2010
Reds beraksi tanpa Gerrard
Liverpool beraksi tanpa Steven Gerrard, minggu ini, tetapi mereka tidak mungkin mengharapkan lawan yang lebih baik berbanding West Ham ekoran ketiadaan kapten itu yang selama ini menjadi tonggak pasukan.Reds ternyata berang selepas pemain tengah itu berada di atas padang selama lebih sejam sewaktu England kalah 1-2 kepada Perancis dalam perlawanan persabahatan pertengahan minggu di Wembley.
Kelab itu menegaskan yang mereka telah membuat perjanjian dengan pengurus England, Fabio Capello bahawa Gerrard yang di bawa keluar ekoran kecederaan hamstring pada minit ke-84, sepatutnya ditukarkan dalam tempoh sejam permainan.
‘‘Sukar untuk percaya SG (Steven Gerrard) cedera,’’ kata Ketua Kecergasan Liverpool, Darren Burgess yang dipetik melalui laman sosial Twitter.
‘‘Ia sangat tidak profesional dan sekarang kami terpaksa membayar harga atas sikap tidak bertanggungjawab itu. Ia sesuatu yang amat memalukan,’’ tambahnya dalam satu mesej yang kemudiannya telah dipadam daripada laman tersebut.
Liverpool menjangkakan Gerrard mungkin tidak dapat beraksi antara tiga hingga empat minggu, dan, dia akan terlepas perlawanan menentang kelab tercorot Liga Perdana, West Ham di Anfield, hari ini.
Ketiadaan Gerrard bakal membuka laluan kepada Christian Poulsen bagi menyakinkan Liverpool yang penyertaannya ke dalam kelab itu berbaloi, terutamanya, ketika Lucas yang digantung selepas menerima kad merah ketika tumpas 0-2 kepada Stoke, minggu lalu, yang sekali gus menamatkan rekod enam perlawanan tanpa kalah Reds.
Poulsen, 30, pemain yang dibeli dari Juventus pada awal musim, tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas Liverpool tewas 1-2 kepada Blackpool pada 3 Oktober lepas.
Pemain Denmark itu telah diejek oleh penyokong Liverpool sewaktu dia di bawa masuk sebagai pemain gantian ketika Liverpool seri 1-1 dengan Wigan awal bulan ini.
Namun Poulsen, yang pernah bermain di bawah kendalian pengurus Liverpool, Roy Hodgson di Copenhagen, menegaskan yang dia yakin untuk memenangi hati penyokong dengan membantu kelab itu berada di kedudukan teratas liga.
‘‘Saya tahu yang saya berada di dalam sebuah kelab yang besar dan persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan utama amat sukar,’’ kata Poulsen.
‘‘Saya berada dalam situasi yang amat tertekan kerana tidak bermain baik pada permulaan musim. Tetapi saya gembira berada di sini.
‘‘Saya tidak fikir penyokong Liverpool telah menyaksikan aksi sebenar saya. Kami mempunyai jurulatih baru, kakitangan di belakang tabir yang baru dan pemain serta pemilik kelab yang baru. Ia mengambil masa untuk kami mencari persefahaman.
‘‘Saya harap kami dapat memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Saya benar-benar ingin memainkan peranan besar untuk membantu pasukan.’’
Hodgson turut meragui kecergasan penyerang, Fernando Torres dan Dirk Kuyt. Torres yang terlepas aksi persahabatan yang menyaksikan Sepanyol tewas 0-4 kepada Portugal mengalami kecederaan buku lali di Stoke, sementara, Kuyt juga berhadapan masalah sama dan diketepikan daripada tugas antarabangsa mewakili Belanda.
Sementara itu, pemain England, Joe Cole juga mungkin tidak beraksi berikutan masalah hamstring, manakala, Martin Skrtel bergelut dengan kecederaan lutut dan buku lali.

No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here