yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Saturday, November 20, 2010
Kecederaan hantui Chelsea
Masalah kecederaan kini menghantui Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yang akan berkunjung ke Stadium St. Andrew, hari ini, untuk perlawanan Liga Perdana menentang Birmingham City.
Malah, kekalahan mengejut sewaktu menentang Sunderland di Stamford Bridge, Ahad lepas, turut memberi impak yang besar kepada pasukan bimbingan Ancelotti itu.Selepas kekalahan pertama 3-0 di tempat sendiri, Chelsea terus diburu keresahan apabila kapten pasukan, John Terry mungkin tidak dapat beraksi untuk beberapa bulan kerana masalah saraf.
Selain Terry, pemain pertahanan tengah, Alex juga tidak dapat diturunkan kerana baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan akan direhatkan sekurang-kurangnya enam minggu.
Dalam pada itu, Terry dijadual akan mendapatkan rawatan di Itali bagi memastikan masalah saraf yang dihidapinya sejak hujung musim lepas dapat di atasi.
''Masalah ini mengganggu saya, saya tahu kecergasan saya tidak begitu baik untuk perlawanan menentang Birmingham dan masalah ini memerlukan masa sebulan untuk pulih,'' kata Terry.
Bagi mengatasi masalah skuad Blues itu, Ancelotti terpaksa menurunkan beberapa pemain muda seperti Branislav Ivanovic dan Paulo Ferreira untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan.
Sementara itu, Ancelotti berkata, pemain tengahnya, Frank Lampard memerlukan tiga minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan sebelum boleh beraksi, manakala, Michael Essien digantung dua perlawanan selepas perlawanan menentang Fulham.
Selain itu, bintang Chelsea, Didier Drogba masih belum cergas sepenuhnya setelah pulih daripada penyakit malaria.

No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here