Electricity Lightning

Syazwan Khairudin

yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS

Search For Information

Do You Like This Blog?

syazwan khairudin

Friday, July 30, 2010

Red Giant Terdesak Buru Tiga Mata Berharga

KEPUTUSAN seri mungkin memadai, namun K Devan tidak mahu mengambil risiko apabila tetap menurunkan barisan terkuatnya demi memastikan tiga mata penuh bagi mengesahkan gelaran liga buat Selangor untuk dua musim berturut-turut. Berdepan Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini, satu mata dilihat mencukupi untuk melintasi garisan penamat di depan Kelantan berdasarkan perbezaan gol tetapi kemenangan akan memuktamadkan keputusan sekalipun Red Warriors memenangi baki dua perlawanan.

“Perbezaan gol kami adalah lebih baik daripada Kelantan, dengan kami memiliki kelebihan enam gol berbanding mereka,” kata pengendali Selangor yang kembali di bangku simpanan selepas penggantungannya tamat ketika perlawanan menentang Pulau Pinang, 17 Julai lalu.

“Namun kami akan bertemu Kedah pada perlawanan terakhir dan sebarang keciciran mata akan membuka peluang buat Kelantan yang berdepan Johor FC dan kemudian T-Team.

“Saya mahukan anak buah mengekalkan fokus sepanjang 90 minit esok (malam ini),” katanya yang kini memasuki musim keduanya bersama Gergasi Merah.

Kecuali pertahanan kebangsaan, Bunyamin Omar yang direhatkan berikutan kecederaan lutut, Devan memiliki skuad penuh untuk dipilih berdepan dengan pasukan pertama yang menghadiahkan kekalahan buat pasukan itu pada awal musim, 4-0 ketika bertandang ke Kuala Terengganu.
Namun, Devan juga mahukan anak buahnya untuk tidak memikirkan mengenai sebarang habuan kerana pihak pengurusan akan hanya mengumumkannya selepas menyempurnakan misi mereka.

No comments:

Post a Comment

Please Leave your comments here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...