yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Friday, July 30, 2010
Langkah Bijak Malaysia Dan Indonesia
Malaysia dan Indonesia merancang untuk mewujudkan Liga Bolasepak ASEAN, bagi mempertingkatkan lagi standard sukan itu di kalangan negara anggota di rantau ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sebelum ini negara anggota ASEAN hanya bertanding secara karnival pada Kejohanan Piala Tiger atau Pestabola Merdeka, tetapi kini hanya pada temasya Sukan SEA.
"Saya percaya liga peringkat Asia Tenggara ini mampu mempertingkatkan lagi mutu bola sepak di rantau ini," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya dari Indonesia, Dr Andi A Malarangeng, di sini, kira-kira 270km dari Bandung.
Ahmad Shabery kini berada di Bandung untuk menyertai kejohanan golf amal Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Temasya Sukan Bandung, yang bermula esok.
Temasya Bandung merupakan acara sukan yang bertujuan merapatkan hubungan di kalangan 6,000 mahasiswa Malaysia, yang berada di 17 daerah di Indonesia dan akan diadakan di Bandung dari 8 hingga 10 Oktober.
Ahmad Shabery berkata, Indonesia yang bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk mewujudkan Liga ASEAN akan mengemukakannya kepada Menteri-menteri Asean yang lain ketika temasya Sukan Olimpik Remaja di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos ini.
Sementara itu, Dr. Andi berkata beliau percaya kewujudan Liga ASEAN mampu membawa pembaharuan kepada pasukan di rantau ini.

No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here