yOU FOLLOW MINE AND I'LL FOLLOW YOURS
Search For Information
Do You Like This Blog?
syazwan khairudin
Friday, October 15, 2010
Skuad Badminton Tepati Ramalan Emas
EPERTI diramal, badminton menjadi 'lubuk emas' buat kontinjen Malaysia. Pada hari terakhir Sukan Komanwel 2010 semalam, barisan pemain badminton negara menyumbang tiga pingat emas, sekali gus membantu kontinjen Malaysia mengatasi sasaran 10 emas yang diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) pada temasya kali ini.
Daripada lima acara final yang berlangsung di Kompleks Sukan Siri Fort, empat dari- padanya menampilkan kelibat pemain negara.
Tampil sebagai pasangan bukan pilihan, Koo Kien Keat-Chin Eei Hui masih mampu mencipta kejutan apabila menghadiahkan pingat emas dalam acara beregu campuran.
Mereka menewaskan beregu pilihan pertama dari England, Nathan James Robert- son-Jenny Wallwork 22-20, 21-12.
Selepas itu, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih emas kedua peribadinya pada temasya ini selepas menang mudah 21-10, 21-8 ke atas Rajiv Ouseph dari England 21-10, 21-8 dalam acara perseorangan lelaki.
"Saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini. Ia dianggap sebagai suatu persiapan awal saya untuk menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, China bulan depan.
"Saya telah menjalani rawa- tan pada kecederaan belakang. Sebelum ini, kecederaan ini telah banyak mengganggu saya tetapi kini ia lebih baik.
"Dua kejayaan berturut-turut (Terbuka Jepun dan Sukan Komanwel) memberi keyakinan kepada saya untuk menghadapi Sukan Asia nanti," kata Chong Wei.
Emas ketiga acara badminton semalam dihadiahkan menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selepas mereka menumpaskan gandingan England, Robertson-Anthony Clark 21-19, 21-14.
Begitupun, Wong Mew Choo terlepas meraih emas apabila tewas 21-19, 21-23, 13-21 kepada pemain pilihan pertama dari India, Saina Nehwal.
Terdahulu, skuad negara muncul juara dalam acara berpasukan campuran selepas membenam India 3-1.

No comments:
Post a Comment
Please Leave your comments here